Sunday 29 September 2013

jenis manusia: cakap nak A

Cakap nak A je

Satu malam, guwa borak2 dengan adik-adik aku
Cerita pasal justin bieber
Ntah macam mane terborak pasal jenis manusia yg we all anti

*****

"ko kak jah?manusia yg macam mane yg ko benci?" - soal adik no.3 aku 

"banyak dow,tapi aku paling menyampah dengan org yang cakap nak A je. Serabut dow otak kalau ade member jenis camtu" 

"oooooooooooo" - balas si no.3 dengan memek muke buat2 paham

"oooooooo plak, ko ni tau x ape maknenye cakap nak "A" je tu? - soal aku balik bile tgk muke die bekerut

"taula,aku bukan bodoh sangat"

"cube ko cakap sikit kt akak ko ni ape tu cakap nak "A" je"

"bukan susah. Tgk ni , "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA" " 

"pang!!!!!" - bunyi pelempang aku yang hinggap tepat muke beliau

****

Maksud cakap nak "A" je :

Mengikut kamus dewan makan, golongan cakap nak "A" ni adelah golongan manusia yang bile bercakap suke mengagungkan diri sendiri,jenis taknak kalah bile bercerite, cerite lebat. Konon semua bende dalam dunia ni die tau. Jenis yang org lain takkan betol.tiada yang betol melainkan die.

Annoying kan golongan ni?

p/s : aku jenis yang cakap nak "B" je


epal yang manisss

Indah sungguh cuaca pagi itu, angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk. Sejak seminggu lalu, epal itu asyik berfikir kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus,warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar selera. Pasti mereka terbayang manis rasanya. Tapi kenapa aku tidak dipetik orang? 

Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….
Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu,janganlah kau kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.
Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.
p/s* Allah jadikan Epal yang paling tinggi adalah salah satu sebab untuk menyelamatkanmu dari dosa jika kamu berada rendah pada dahan pokok yang rendah.Di dunia mungkin kamu merasa rendah diri kerana tiada lelaki yang melihat kamu tapi ingatlah bahawa sesungguhnya kamu,Allah pelihara dari dosa dan maksiat..Aminn~

Tuesday 10 September 2013

engkau bukan

Engkau bukan malaikat.

Malaikat yang tidak pernah membuat salah.

Malaikat yang jauh dari dosa.

Malaikat yang tiada kepentingan diri.

Malaikat yang hanya memuji dan mumuja Tuhannya saban hari tanpa ada penat, lelah mahupun lemas.

Engkau juga bukan syaitan dan konco- konconya.
Yang berjanji tak akan sekali mengikut Tuhan yang mencipta mereka.
Yang suka akan dosa.
Yang cinta akan neraka.
Yang hidup matinya mahu menyesatkan insan.
Yang misi selamanya tidak mahu melihat anak adam itu mengabdikan dirinya hanya buat Tuhannya.

Engkau tak suci dari dosa, bukan juga pembuat dosa yang kekal tiada berubah.
Manusia itu ada ‘aqal, pemberian agung Tuhannya dan ditambahi dengan BukuNya yang tiada salah, ditunjuki lagi dengan contoh dalam realiti hidup seorang manusia (Muhammad SAW) yang segalanya dalam satu pakej istimewa, yakni Islam.

Tidakkah engkau itu merasa bangga akan apa yang dikurniakanNya?
Manusia itu bisa menjadi sebaik malaikat, bahkan lebih baik, tapi awas, manusia itu juga bisa menjadi syaitan dalam nafsunya sendiri yang mungkin lebih juara daripada syaitan sebenar. Na’uzubillah.

Monday 9 September 2013

aku kau dengki, eh ape yang kau dengki sangat ni

Manusia, eh melayu kot , selalu sangat, bila dikata, di kritik, dikondem,
eh semua la.
tegur suruh tutup aurat pon termasuk

akan pakai alasan ;
eh, jangan jaga tepi kain orang,
melayu memang suka dengki dengan bangsa sendiri.

Tak ape. harapnya satu hari nanti awak akan terus "sesat" selamanya tanpa ada orang dengki, jaga kain, kritik, kondem. 
semoga awak-awak semua akan terus hanyut dengan perasaan perasan betul selamaya awak.

selalu jugak, alasan yang awak bagi
tegur biar berhikmah, baik-baik , lembut-lembut.

betul, tapi dah 18 kali tegur dengan hikmah awak buat bodoh, memang dah sampai masanya, malah layak awak kene tampar dengan selipar pon

bukan semua yang tegur tu dengki, jangan perasan yang awak tu bagus sangat sampai ingat semua orang pon nak dengki dengan awak.
mungkin yang menegur, jauh lebih baik dari awak.

sekian

nota stokin kaki : awak tu untuk semua, bukan awak yang baca. awak la. aah awak.