Monday 26 August 2013

katanya

katanya,
suruh tengok2 hati dia
dah kecik. katanya
suruh tengok2 perasaan dia
dah calar, katanya

asyik kita menengok-jaga
yang kita punya terlanyak2
ada orang tanya?


Letih.
Lelah.
Air mata mula jadi murah.
Air mata mula jadi teman setiap masa.


Hingga terkadang,
dia rasa seperti mahu berhenti dari semuanya.
dia mula mengharapkan orang lain
untuk memahami yang dia juga manusia biasa,
yang dia juga punya hati dan perasaan,
yang dia juga erti jatuh dan rebah.
Bila dia terkontang-kanting sendirian,
dia mula sedar…
yang benar-benar peduli cuma Dia.


Saat itu,
dia pujuk diri,
dia yakinkan hati,
untuk teruskan langkah dan jangan mengalah
tak kira berapa kali jatuh
sebab Allah tu ada -
jadi sumber kekuatan.

“A lot of things that I choose not to tell anyone not because that I want to keep them as a secret, but because no one would ever understand.”


Tuesday 6 August 2013

Ucapan raya dari perantauan


Hai

Assalamualaikum

Eceli aku nak wt video nak kasi ucapn raya mcm org2 y penah wt guna keekkk tu...
namun memandangkn aku punya voice mengalahkan avril lavigne dan aku punya muka terlebih comel. maka terpaksa la aku kuburkan hasrat murni aku tu, bkan pe,.susah org lain nak cari mkn nati.ceit,bajet retis ajo

Jadi harap korang terima lah ucapan secara manual.baca lah dengan nada seperti hang pa sume baru dapat kad raya sebesar pintu gergasi okeh.

Insyallah, kalu ank bulan kelihatan, lusa kita yg beragama islam akan menyambut bulan syawal. sempena dengan itu, aku ingin memohon kemaafaan atas tindak tanduk penulisan yg aku selalu post. y mn ada terguris ati tu.den mnta maaf la.den bukan sajo2 nk buat kome sume terasa.tapi kdg2 cakap lembut2 tak guna.kasi hentam kuat2 br ati kito sume ni tergerak. lagipun setiap apo y den tulis, bukan untuk kome shj.tp buat nasihat untuk diri ini juga.

kepada kawan2 yang knl aku, terutama kwn baik aku yg sllu ada time aku susah dan senang (sory byk2 aku tak tulis nama siapa..byk sgt..nt tulis, tertinggal..terasa ati plok..kira umum la ek) ,,terima kasih sebab sudi mengambil berat tentang aku, mnta maaf atas silap sepnnjg kita berkwn dan mnta maaf buat korang sakit kple melayan kerenah aku ni,serius, aku try nak jadi matang depan korang. namun hampa..sifat semulajadi aku ni mmg ssh nk pisahkan.heee..

buat pakcik2 yg suka pggil aku mek jah..terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku nih..wlpn kita knl secara alam maya.sesungguhnya perkenalan ini memberi aku seribu pengalaman.cewah..mual guna ayat senimental.mnta maaf yea pakcik bikin otak pkcik kusut masai.

okeh, buat atuk superman dan kdg2 jadi ultraman.terima kasih kerana sudi merelakan diri menjadi sbgai watak utama dlm penghasilan karya aku nih. wlpn mung selalu mnyampah, tegur aku jangan post, jgn terlampau merevealkan diri mung.aku tetap berdegil jugak.terima kasih lah  sb sudi layan kerenah aku y biol ini. aku mnta maaf sb selalu buli mung. pas raya aku buli mung lagi deh!  aku tau mung suka aku buli mung tiap hari.

dan last sekali, buat pembaca yang selalu baca blog aku nih, samaada yang follow aku atau tidak, aku tak kisah pun kalu tak follow..alhamdulillah, dalam bulan ramadhan ni,aku perasan aku punya overall stats meningkat sebnyak 1.5k. terima kasih sngat kepada yang sudi menjengah kat blog ni..harap apa yang aku update, boleh dijadikan pedoman, yg mn buruk terutama gaya percakapan tu xsoh nak ikut sgt la..amik y baik2 ajo deh.;)


terimalah nyanyian daripada aku..kikikiki



okeh la pembaca2 sekalian.sebelum nak menutup tirai kain meroh ni..nak habaq ni..mulai esok dan spnjg raya, aku tak update blog cam biasa..spend time ngan family..besa lah..anak solehah..kiki..insyallah, esok pagi aku nk terbang balik ke tanah air..doakan perjalanan aku slmt.

pergi bandar masuk pasar raya
beli sardin dalam tin
selamat hari raya
maaf zahir dan batin



p/s;siapa2 nak kasi duit raya kt aku bleh bank ink kn duit raya anda ke 0613554687854543 (jiwaUsbank) :P

Monday 5 August 2013

Ramadhan hampir ke penghujungnya

Perasaan berbaur menanti esok dan lusa tiba.
Takut jika masa yang ada tidak digunakan sebaiknya.

Masih terasa berat dengan 'kotoran' yang sedia ada.
Tak tahu 'hati' sudah disental atau tidak.
Tak tahu diri sudah di cuci dari ke bawah atau tdak.
Adakah aku sudah kaut extra point?.

Moga, Ramadhan kali ini bukan yang terakhir.
Jika yang terakhir, moga, kali ini yang terbaik.

Aku mahu melangkah ke bulan seterusnya sebagai 'seorang' yang baru.
Aku mahu menjadi seorang yang cintakan al-Quran, cintakan amalan sedeqah, cintakan amalan sunat, dan cintakan qiam serta cintakan senjata mukmin yang paling hebat iaitu doa..
Moga madrasah Ramadhan mendidik jiwaku dan jiwa kalian...


Iklan Raya Aidilfitri Maxis 2013



Baru dpt tgk iklan ni..tu pun kt youtube,.
huhhh..
rindu zaman tecik2
nati blk nak ajak abg dan adik2 aku main..
syokkkk

Sunday 4 August 2013

penghapus dosa



Barangsiapa yang beriktiqad di dalam hatinya bahawa ubat panadol yang menyembuhkan penyakit atau demam, maka dia telah syirik kepada Allah. Bukan panadol yang menyembuhkan penyakit, tetapi Allah yang menyembuhkan penyakit. panadol tiada kuasa apa-apa untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Allah sandarkan sifat penyembuh kepada ubat tersebut, jadi, ubat itu berfungsi sebagai penyembuh penyakit. kalau kita cakap dengan lidah bahawa ubat itu menyembuhkan demam, itu dibolehkan, tetapi jangan sesekali beriktiqad di dalam hati bahawa ubat yang menyembuhkan penyakit kerana ianya syirik. Hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit.


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ 
البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

Precisely, in fact respectable & genuine replied..

Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman.

lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: " Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran.

Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".

Saturday 3 August 2013

Subuh punya cerita




Ini serius.
Semalam aku sembang dengan member aku.
semua cina
loo, lee, dan lim
cerita pasal macam-macam
paling banyak pasal lelaki. 
pelik. pempuan kalau sembang mesti pasal lelaki
dari rambut sampai kaki.ape yang best ntah.

satu soalan aku
lama da aku nak tanya
sebab aku perasan,bebudak cina selalu bangun awal

"weh,lu orang cina selalu bangun pukul berape dow"

"pagi la jah.masa itu azan subuh, kita sudah bangun maa" - lee, disambut dengan anggukkan dua yang lain

"melayu bagus maa,ade azan.untuk kejut kasi bangun.bangun pagi bagus.boleh exercise." - loo plak tambah


*****


"dem! yang cina bangun time azan,yang melayu?" - dalam hati


p/s : aku azan subuh baru tido.azan zuhur bangun.wakakaka



klik gambar untuk tumbuhsaran















fakta dari falakonline.

Sambil sambil nak ke masjid waltu Subuh esok pagi, Ahad 4 Ogos 2013, jengah-jengahlah ke arah TIMUR.

Bulan, yang kini semakin nipis sabitnya, akan berkumpul dengan 2 buah planet, iaitu Musytari dan Marikh.

Ketiga-tiga ni membentuk 3 segi tu!

Musytari akan berada ke KIRI dari Bulan.
Marikh pula akan berada ke BAWAH dari Musytari.

Musytari jauh lebih terang dari Marikh, dan tidak mungkin kita akan terkeliru dengan bintang lain.

Tapi Marikh ni, agak kelam, dan mungkin mencabar sikit.

Oppss.. jangan lupa tengok buruj Orion yang dah mula kembali ke langit pagi kita ni... arah ATAS KANAN dari kedudukan Bulan.

Selamat memburu!



Friday 2 August 2013

cerita ramadhan
















sedor sedor tak sedor dah hari 24 bulan ramadhan ni hah...ada yang sedang rancak menghitung hari.ada yang tak hitung hitung pon..wat dek je manjang..orang pose die pose..orang berbuka dia berbukak ..orang main mercun dia tumpang sama ..orang sahur dia sahur..entah entah orang dah umum esok raya..

ada orang makin lama berpuasa makin turun berat badan.ada orang..makin lama puasa makin naik sukatan jarum mesin penimbang tu hah..mana taknya..berbuka tak hengat dunia..sahurnya dengan air mineral je..tu pon nasib baik mineral tu ada sebelah katil..kalau tak,teguk air basi je la jawabnya..dah tu mase berbuka..melantak macam dah tak berbuka seminggu jugak la jawabnya..

aku sendiri punya cerita juga dalam bulan ramadhan kali ni..berada jauh dari family.berbuka pulak nasib baik ad jugak kwn di sisi. .malam malam di isi dengan perkara lebih berfaedah..alhamdulillah..semoga nekad aku untuk menjadi orang baru akan kekal hingga akhir nafasku..insyallah..


harga kamu berapa?

minta maaf, gambar agak seksi di sini


Situasi 1:
A: Eh, wanita wajib ke pakai stokin.
B: Aku tak pasti pasal hukum hakam ni, tapi setahu aku wanita hanya boleh dedahkan muka dan tapak tangan je.
A: Tapi hari tu aku pergi pasar, aku jumpa makcik pakai jubah, tudung labuh, dia tak pakai stokin pon, tak tutup pon kaki dia.
B: …………

Situasi 2:
A: Eh, wajib ke tutup aurat dengan abang ipar?
B: Aah. Wajib tutup aurat dengan abang ipar, sebab kita bukan mahram dia.
A: Tapi ada kawan aku tu, budak baik. Memang jaga lah aurat dia, dia cakap depan abang ipar dia tak paka tudung pun.
B: ………………………

Situasi 3 :
A: Eh, keluar berdua-duaan dengan makwe tak baik kan?
B : Aah. Kita dilarang berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahram kita.
A: Tapi kenapa ketua dakwah kat kampus  aku dulu selamba je dating ngan makwe dia.
B: …………………….

Satu kesilapan umat islam zaman sekarang adalah melihat islam itu pada diri seseorang. Seseorang yang dicop budak dakwah dan budak baik akan dijadikan sebagai hujah untuk menyokong hujah yang dicipta sendiri. Ya, ia berlaku kerana adanya umat islam yang tidak mengamalkan islam sepenuhnya, mengambil perkara yang dirasakan mudah dilakukan sahaja. Telah berfirman Allah s.w.t dalam al-quran;

” Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” [ Al-Baqarah 2 : 208]

Allah s.w.t telah mengingatkan kita untuk masuk ke dalam Islam secara keseluruhan. Tidak ada firman yang memerintahkan umat islam untuk memilih melakukan perintah mana yang dirasakan sesuai bagi diri senirik.

Bagi yang merasakan berat untuk menutup aurat sepenuhnya, bagi yang rasa berat untuk melaksanakan perintah Allah sebaiknya, usah menciptakan hujah sendiri, jangan budak dakwah dijadikan bahan untuk membuktikan hujah anda betul.

Kerana manusia itu tidak semua sempurna, jangan meletakkan kepercayaan korang pada islam melalui seseorang manusia sahaja.
Kerana Islam itu agama yang sangat suci, yakinilah bahawa setiap yang ada pada islam itu punya hikmah untuk memberi kebaikan kepada kita dan seluruh umat Islam. 


Thursday 1 August 2013

manusia


















manusia tidak duduk dengan kita 24jam.
jika dia melihat kala kita marah, tanpa pernah bersama kita kala kita bersabar, maka pemarahlah kita di matanya..

jika dia melihat kita kala kita berhujah lantang, tanpa pernah sempat bersama kita kala kita menerima pendapat, maka keras kepalalah kita di matanya..

namun Allah,Dia tidak tidur, tidak mengantuk..Dia bersama kita setiap masa..sepanjang waktu..di mana kita berada..kala kita naik atau jatuh..Allah Maha Tahu siapakah kita..maka tak mengapa jika manusia membenci dan melabel kita..

kadangkala bersuara menjelaskan keadaan sebenar hanya tambah menyakitkan kita..kerana mereka manusia, macam kita juga..lebih banyak menduga, tapi kenapa xbertanya..??

jujurlah dengan Allah, di hadapan dan di belakang manusia, dari situlah kekuatan daripadaNya akan hadir, buat hamba lemah seperti kita...dan terkadang Allah bagi kita 'kuat' lebih dari apa yg kita fikirkan...kan?? 





p/s:kene slow update entry dh.start buzi di studio.mugo Allah mempermudahkan.

mendustai Allah

bila ada seseorang mintak sebotol jus blueberry dari seseorang yang lain..dah tu orang tu dah bgi..yang mintak tu menoalnya pulak...maka jenis apakah orang yang spesies cenggini???

dan seterusnya dia terus menerus meminta jus tersebut dengan orang yang sama..tapi setiap kali diberi jus tersebut..dia tetap menolaknya lagi dan lagi dan lagi..bolehkah aku nak kata yang meminta itu sedang mempermainkan si pemberi tersebut???dan apakah perasaan si pemberi tersebut???

sehari hari..hidup selaku seorang muslim..maka bersolat itu menjadi satu kewajipan bukan???tujuh belas rakaan sehari semalam jika dicampurkan kesemuanya..bermakna..tujuh belas kali la kita akan membaca surah alfatihah yang merupakan salah satu rukun sembahyang..kalo tak baca mana nak sah semayang kita..tu tak kira yang mana rajin solat sunat lagi tu..kalo tak bertambah tambah lagi la jawabnya..


maka setiap kali alfatihah dibaca..berulang ulang jugaklah doa doa dan permintaan kepada ALLAH diulang ulang..ketikaman kita membaca..
“Kepada-Mu kami menyembah, dan kepada-Mu kami meminta pertolongan. “(Al-Fatihah: 5).

Tunjukkanlah kami ke Jalan yang lurus. “(Al-Fatihah:6).

akan tetapi realiti berbicara lain bukan..kita meminta dan menyatakan dalam setiap rakaan solat yang kita kerjakan..namun apa tindakan kita..apa usaha kita..bila kita dikurniakan ALLAH akan sesuatu yang kita pinta..adakah kita dapat menerimanya dengan hati yang terbuka..adakah kita kembali mengucapkan lafaz kesyukuran pada yang esa..atau..adakah kita..bermain tarik tali dengan doa yang kita panjatkan kehadrat ALLAH yang maha kuasa..sesungguhnya..jutaan umat islam didunia sedang berdusta dihadapan ALLAH..meminta namun dalam masa yang sama menolaknya..ALLAHU RABBI..
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.dan Engkau lah jua tuhan yang memegang hati hati kami