Monday 5 August 2013

Ramadhan hampir ke penghujungnya

Perasaan berbaur menanti esok dan lusa tiba.
Takut jika masa yang ada tidak digunakan sebaiknya.

Masih terasa berat dengan 'kotoran' yang sedia ada.
Tak tahu 'hati' sudah disental atau tidak.
Tak tahu diri sudah di cuci dari ke bawah atau tdak.
Adakah aku sudah kaut extra point?.

Moga, Ramadhan kali ini bukan yang terakhir.
Jika yang terakhir, moga, kali ini yang terbaik.

Aku mahu melangkah ke bulan seterusnya sebagai 'seorang' yang baru.
Aku mahu menjadi seorang yang cintakan al-Quran, cintakan amalan sedeqah, cintakan amalan sunat, dan cintakan qiam serta cintakan senjata mukmin yang paling hebat iaitu doa..
Moga madrasah Ramadhan mendidik jiwaku dan jiwa kalian...


No comments:

Post a Comment