Tuesday 26 February 2013

Monday 25 February 2013

Si die yang gatal


Menjiwai seorang designer

21hb Feb 2013(Khamis)
9 p.m: Tengah best guling guling menghadap drama tragis bawang besar dengan halia. 
Kringggggg!!!!!!!!! Kacau la handphone ni..baru sahaja nak berpuitis
"Hallo..boleh tolong siapkan dua bijik appartment yang saya kasi tadi tak? Nak tengok lusa"
"What deee??!!!"
sekilas mata memandang jam. Pukul sepuluh sudah.
Capai 2 bijik pelan.
sebijik rumah lebih kurang enam ratus per square feet.
kecik je.
Campak pelan ke tepi.
Amik bantal.
Tido.

22hb Feb 2013(Jumaat)
6 a.m lebih lebih: lepas solat subuh, tekad di hati nak buka pc, start kerja.
tengok adik masuk selimut balik.
terus berubah pendirian T_T
9 a.m: bingkas bangun cepat cepat.
terasa diri dalam kealpaan
tanpa mandi
tanpa makan
tanpa buang tahi gigi, tahi mata, segala jenis tahi
sebelah tangan di papan kekunci
sebelah tangan di tikus tikus
mata terpacak di skrin empat segi
jiwa kosong.

5 a.m: mission not possible complete

23hb Feb 2013(Sabtu)
"Moshi moshi..bos! Gua dah siap buat"
"Ok, tq ya..kita jumpa client esok"
Tersadung buat 24jam.




Alhamdulillah..berkat kerja last minute..my first proposal accepted!
Pas ni aku tak mahu percaya kata kata bos aku lagi.



Sunday 24 February 2013

jiwa dan gambar tak boleh dipisahkan



adakala gambar boleh menceritakan segalanya dan
adakala gambar boleh mengaburi mata semua...


Bila jiwa diketepikan

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan,
tetapi dalam hati mereke ada kelebihan...
Jinak jinak si burung merpati,
dekat boleh,
sentuh jangan.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang
di mana insan dapat berteduh
Jangan jadi seperti pohon kering
tempat pungguk melepas rindu dan hanya dibuat kayu api!!
Sesungguhnya segala ujian dan godaan,
gangguan dan tentangan itu diizinkan Allah semata mata
mahu melihat kesungguhan juga untuk memantapkan
wardah perjalanan.

Saturday 23 February 2013

Jiwa+Raga


My dear Raga,

"You don’t have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an imam in prayers. That’s how I define gorgeous. You don’t have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem. That’s how i would melt. You don’t have to be rich for me to love you."

Sincerely,
Your love, Jiwa.

kita...die...


Kita dan die kawan baik
Tapi dalam masa yang sama
Kita memendam rasa pada die
Banyak kali die menduga perasaan kita
Kita buat derk jer..
Namun, dalam masa yang sama perit kita tahan
Suatu hari
Die tanya kita
"perempuan suka apa?"
Kita cakap
"bunga"
Hati kita berbunga bunga
Tapi bunga tu bukan untuk kita
Esoknye die bawa kita jalan jalan
Gembiranya kita
Kalau boleh kita nak bersama dengan die sampai bila bila
Kita dan die masuk kedai emas sama sama
Die minta kita pilih
Kita ingat die nak kasi kita
Dugaan apakah die nak kasi kat kita

Hari ini, kita dapat kad dari die
Dua nama di situ
Satu nama die dan satu lagi bukan nama kita
Kita senyum je
Semoga die berbahagia dengan die+die.

Monday 11 February 2013

Berimaginasi untuk orang lain.

Kata abah, seorang tukang jahit akan menjahit baju pelanggan beliau dengan penuh ketelitaan agar pelanggannye sentiasa selesa dengan pakaian buatan beliau walaupun beliau hanya berpakaian compang camping.

Begitu juga aku, sebagai pereka dalaman dan luaran rumah, aku sentiasa inginkan rumah impian pelanggan aku memenuhi citarasa beliau walaupun aku tidak memilikinya.






Sunday 10 February 2013

Comot si tikus aktif

Hai. Kenalkan ini comot, tikus dari keturunan apa entah..peliharaan aku. Aku bagi nama Comot sebab aku tengok die ni comot jer.


Tikus ni aku dapat daripada seorang member baik merangkap roomate aku ketika aku punye birthday. Aku ni bukan la dari peminat yang suka membela binatang berbulu bulu. Namun pertama kali aku pegang Comot, Comot tertunduk malu dengan menutup mata seperti rasa mahu disayangi.

Aku belikan rumah yang agak besar untuk Comot bersama dengan permainan beliau. Setiap pagi, sebelum aku pergi ke kelas, aku akan kejutkan Comot untuk mandi di dalam bekas yang berisi sabun pasir. Comot ni tak berapa suka mandi dengan air, katanya sejuk kena air di pagi hari.

Jadi, aku biarkan Comot menggayakan beberapa jenis aksi seperti kuak lentang, kuak tertiarap, renang berirama di dalam bekas pasir sabun sambil aku menyediakan juadah sarapan pagi, serta mengemas rumah beliau. Makanan kegemaran Comot, biji kuaci manakala minuman kegemaran beliau air Ribena.

Comot seekor tikus yang aktif, bila dengar je tapak kaki aku balik dari kelas. Comot akan keluar dari rumah beliau untuk menyambut kepulangan aku. Setiap petang aku akan keluarkan Comot dari sangkar beliau untuk menghirup udara yang bersih. Sesekali aku memaksa Comot untuk bersenam agar beliau tidak terkena diabetes.

Pada suatu hari, aku melihat Comot seperti muram tidak seperti sedia kala. Aku pikir, Comot ingin pasangan, jadi aku bawa Comot ke kedai Wonder Pet yang berdekatan dengan kawasan universiti aku. Lalu tauke tersebut meletakkan beliau di dalam sebuah sangkar yang banyak tikus tikus. Aku nampak Comot makin hyperaktif, mungkin gembira bertemu teman baru. Jadi, aku bawak balik Comot dan pasangan beliau yang diberi nama June.

Sejak dari itu, aku sentiasa lihat Comot dan June berkejar kejaran, bergurau senda, dan kadang kadang mereka bergaduh. Biasanya aku lah menjadi orang tengah dalam pergaduhan mereka.

Setahun kemudian, aku mulai perasan Comot menjadi super duper hyperaktif. Sangkar besi digigit gigit beliau, kadang kadang jari aku menjadi mangsa. Aku membawa Comot ke klinik haiwan. Doktor mengesahkan Comot menghadapi barah otak. Reaksi Comot yang hyperaktif menunjukkan beliau terlampau sakit. Doktor menahan Comot selama beberapa hari untuk tindakan susulan. Namun, Comot tidak dapat bertahan, Comot meninggalkan aku buat selama lamanya. Dua tiga minggu kemudian, June menyusul mengikut Comot.

Sejak daripada itu, aku tidak lagi membela binatang peliharaan kerana aku tidak sanggup melihat kehilangan mereka.




Pelangi pudar warna

Ini hidup saya..
Putih..sunyi..sepi..
Setiap hari sama saja..
Sehingga lah awak hadir dalam hidup saya..
Saya ingat lagi bagaimana uniknya perkenalan kita..
Sejak dari itu, ke mana saya pergi awak sentiasa berada dalam poket saya..
Awak cukup suka cerita tentang diri awak..
Dan saya jugak suka bercerita tentang diri saya..
Setiap kali saya bersedih, awak selalu datang menceriakan saya..
Kadang kadang, saya pula jadi bahan ketawa awak..
Akhirnya kita sama sama gembira..
Tapi..
Bahagia yang kita rasa tak selalu kekal lama..
Silap saya jugak..
Awak mulai menjauhkan saya..
Kini..
Hidup saya kembali seperti sedia kala..
Kosong tanpa warna..



if only i could reach the rainbow, i would pull it down and put your name on it, then put it back in the sky, so people would know how colourful my life has been with you in it... 





just for you..

awak, semalam kite gaduh teruk,
kite siap mintak putus lagi,
tapi awak cakap tak nak,
kita terus mintak jugak,
last last awak setuju.




esoknya, kite pelik kenapa awak tak tegur kite,
kite panggil awak, 
awak buat derk jer..
kite lupe perjanjian kite..



kite mintak maaf,
tapi awak diam jer,
kite hantar SMS panjang panjang,
tapi awak balas pendek jer..
sedihnye rasa...






kite try pujuk awak,
tapi awak cikit pun tak makan pujuk, 
siap wat muke puss in boot lagi..
awak buat tak tau je..



kite dah tak tau nak buat apa...
.
.
.
.
.
last last..
kite korek hati kite..
pos kat awak
dengan harapan
awak tau..
kite rindu awak..





p/s: mintak maaf pakcik..kite janji tak buat lagi.....

bawang putih bawang merah versi 2013

Alkisah, di zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil. Tinggal sepasang suami isteri yang bernama Dollah dangan Joyah. Hasil perkahwinan mereka, maka terlahirlah seorang bayi perempuan yang putih melepak, oleh sebab bayi tersebut keluar je mintak bawang, hatta, mereka menamakan anak beliau Bawang Putih.

Belum je bawang putih ni mencecah umur setahun, si Dollah ni terasa gatal untuk menambahkan seorang lagi isteri. Selepas meminta kebenaran daripada Joyah, akhirnya Dollah berkahwin dengan Peah, si janda anak seorang. Secara kebetulan, Paeh mempunyai anak yang bernama Bawang Merah.

Hiduplah laki dan bini bini serta anak anak dengan aman damai serentak dengan peningkatan tumbuhsaran Bawang Putih dan Merah. Namun, langit yang cerah tak kan selalunye cerah. Dollah menghembuskan nafas yang terakhir ketika menggulung gulung rokok daun beliau.  Sepermegian Dollah, perangai mak bawang merah mulai berubah, dari yang lurus bendul kepada brutal. Paeh mula tunjuk taring.

Awal perkahwinan beliau lagi, Paeh berdendam kesumat dengan Joyah kerana Joyah merampas cinta pertama beliau. Maka, Paeh menanam hasrat untuk membunuh Joyah. Joyah yang tidak tahu menahu tentang  hubungan cinta Dollah dengan Paeh zaman muda mudi dahulu, menjadi korban setelah ditolak kedalam perigi.

Bawang Putih yang tak pernah berenggang dengan mak beliau merasa pelik apabila Joyah tidak pulang ke rumah. Menangis lah Bawang Putih seharian sehingga beliau tertido dan bermimpi..

“Wahai anakku Bawang Putih. Akulah mak engkau. Mak telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak Bawang Merah. Engkau datanglah bermain dengan mak pada tiap-tiap hari. Bawalah makanan untuk mak sekepal nasi melukut dan sayur keladi.”

Tersedarlah Bawang Putih dari mimpi..dan berlari lari lah beliau ke perigi..menangislah Bawang Putih sehingga menjelma ikan kaloi yang boleh bercakap dari perigi tersebut dan memperkenalkan diri beliau.

Keesokkan harinya, setelah memasak untuk hidangan breakfast Paeh dan Bawang Merah. Bawang Putih turun ke perigi untuk bertemu bonda kesayangannya yang sudah bertukar menjadi ikan kaloi..maka Bawang Putih bergurindam,

“Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Putih datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”

Setiap hari Bawang Putih sentiasa menemani ibunya dengan membawa nasi berlauk sayur keladi. Tetapi, rahsia pertemuan Bawang Putih dengan Joyah si ikan Kaloi diketahui Bawang Putih dan Paeh. Apa lagi, Paeh tidak puas hati, dipancing ikan kaloi tersebut dan dimasak gulai tempoyak serta diberi makan kepada Bawang Putih. Bawang Putih yang memang kebulur memakan ibu beliau dengan lahap sekali..sehingga tinggal tulang sahaja.

Setelah kekenyangan, Bawang Putih seperti biasa membawa nasi untuk santapan ibunya, kali ini bukan lauk sayur keladi, tapi lauk gulai tempoyak yang bersisa. Bawang Putih bergurindam, namun ikan kaloi tidak jua timbul..menangislah Bawang Putih buat kali kedua..tidak semena mena terdengar lah satu suara yang entah dari mana,

“Tidak usahlah engkau menangis Bawang Putih. Ikan kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Merah dan sudah dibuat gulai yang engkau makan tadi. Dan sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan tanamlah.”  

Mendengar permintaan suara tersebut, Bawang Putih ke bawah rumah, mencari tulang tulang tersebut, dibungkus, lalu dibawa ke dalam hutan agar mak Bawang Merah tidak menjumpainya. Lalu ditanam, tidak sampai seminit tanam, tulang tersebut mengeluarkan pokok yang rendang, dan sekali gus membesar menjadi pokok yang tinggi lagi kuat dahannya..di situ tersedia sebuah buaian..

Bawang Putih yang excited melihat buaian tersebut, terus duduk di atas buaian dan menyanyi..

Tinggi-tinggi pohon beringin
Kalau tinggi menyapu awan
Kalau rendah menyapu bumi
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku yatim piatu

Nyanyian Bawang Putih kedengaran ke cuping telinga anak raja yang tengah bermain main di dalam hutan,.anak raja yang dah memang miang, tidak boleh dengar suara perempuan, terus mencari jejak suara tersebut. Akhirnya beliau terlihat seorang gadis yang hanya berkembang, bermain buaian sambil menyanyi teresak esak.

Anak raja yang pantang melihat perempuan cantik, terus mengajak Bawang Putih berkahwin. Bawang Putih bersetuju dengan syarat, agar dibawa pokok dan buaian tersebut ke istana. Maka digali gali lah pokok tersebut dengan forklift ke istana. Berbahagialah anak raja dan Bawang Putih di istana dengan buaian ajaib.





p/s: aku nak pi gantung buaian kat wayar letrik yang cross jalan, mana la tau masa duk nyanyi nyanyi lagu, kereta anak raja datang, buleh kawen dengan beliau..hoho.


Tinggi-tinggi tiang letrik berangin
Kalau tinggi menyapu wayar letrik
Kalau rendah menyapu tar jalan
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku..
Aku nak kawen dengan anak raja

Friday 8 February 2013

Cinta dulu dan Cinta hari ini

Bagi kanak kanak miang macam aku ni, kisah cinta aku bermula seawal empat bolas tahun. Masa tu tingkatan dua. Pakwe aku tu aku jupa di surau sewaktu die enak mendendangkan ayat ayat suci Al-Quran..perghh..masa tu memang berkobar kobar aku nak die jadi 'iman' aku. Disebalik jantung aku nak berguguran tu..aku pendamkan hasrat.. setakat pendam dalam hati jer ni..

Lama jugak la aku duk usya mamat ni..sehingga lah aku habis SPM dan sehingga aku masuk matrikulasi..tak jugak aku habaq kat die..sehingga lah aku rasa cam jodoh dah mai dah...mamat ni yang cari aku dahulu..
Namun sangkaan aku meleset..seperti perigi cari timba...bagai bertepuk sebelah tangan..

Pertama, mesti cantikkk..dah muka aku cam ugly betty..dengan cermin mata yang besau..tudung pun pakai senget senget..kuruh cengkeding cam cicak terkepit pintu..syarat pertama beliau di tolak mentah mentah.


Kedua, kaya raya..tang yang ni memang aku out..memang aku bukan anak gabenor Zeti Aziz..
Ketiga, asal dari keluarga yang baik baik..rasanya keluarga aku bukan bekas banduan..
Keempat, agama..Quran memang dah khatam banyak kali dah..tapi....30juzuk aku belum habis hafal..

Memang terus reject la..

Lepas putus harapan dengan mamat tersebut..datang la seorang putera yang tak berapa nak putera..bagi motivasi mengalahkan dato' fadhilah kamsah..cair bukan main lagi hati aku nih..sehingga pertumbuhan beberapa ketol bunga bunga di hati ni..

agak lama jugak la bunga bunga cinta kitorang nih..dari status single -> in a relationship -> engaged sehingga jadi single balik..

bile pikir pikir balik, macam aku ni cam gula gula getah..lama korang kunyah kunyah..lepas dah tawar rasa kat lidah hangpa semua..korang buang jer kat mana korang nak..



kawen dulu dan sekarang

wohoooo..harga manusia dah macam harga bayar muka kereta dah.

Dua tiga bulan lepas aku konvo..aku survey survey la serba sedikit info mas kahwin dengan nilai hantaran kahwin..ye ar..dah habis study..kepala hotak nak pikir bab kawin la..dah berpakwe makwe bertahun tahun. tak kan nak macam ni je idak??
Aku dah tersengih sengih kerana tergolong di kalangan individu yang tak ditetapkan harga mas kahwin..maka dengan ini boleh la ikut sesedap rasa aku nak mintak daripada bakal laki aku nih..

Tak main la duit duit ni..ingat aku mata duitan ka??

Aku nak mintak tujuh bijik dragon ball yang betol betol original bukan yang tipu tipu dengan beliau la.





Pastu hantaran pulak nak mintak:
1 dulang hati nyamuk
1 botol darah langsuir
1 perigi air mata anak dara
1 istana emas sebesar besar bumi
1 jambatan emas menyambungkan Malaysia dengan Mekah (senang aku nak pergi haji.)

Apa macam?? ada berani ka?? Bajet diri ni macam Bugati Veyron Superspot je..puiiih..
mau tercirit bakal suami aku nak sediakan hantaran bagai..mas kahwin pun rasanye belum tentu boleh lepas..

Alkisah cite cite mak ayah aku dulu dulu..dorang kawin mas kawin berapa hinggit jer..pastu hantaran pulak hanya berbungkuskan surat khabar..nak up sikit..balut dengan kertas minyak yang warna coklat tu..boleh jugak beranak sampai enam orang dan sampai ke hari ini masih bersweet sweet gitu...

Jadi, sebelum korang semua nak bangga diri nak keluar duit mas kawen dan hantaran kawen mahal mahal. pikir habis habis dulu. hari ini boleh la korang sara bini korang..nanti dah beranak pinak..tak ke tercekik diri korang tu.

Belum kira lagi yuran sekolah..susu anak..pampers..nestum..baju baju..toys dorang...alamatnye, kepala korang dah boleh ganti cermin dah..

tak dinafikan hang memang cun..kalu upah wedding photographer mahal mahal boleh bangga masa bersanding..apa mau kisah kan.

tapi kena ingat, cun tu tak boleh buat hang kenyang bila balik kerja. cun tu tak boleh buat duit tuk bayar anak anak sekolah.. dan cun tu tak boleh bagi tiket frist class akhirat nanti.

Sekian.








Thursday 7 February 2013

sayang abang sangat sangat

Tadi aku ada chat sama aku punye brother..dah lama aku tak chat dengan beliau semenjak aku ada pakwe merangkap tunang dan bekas tunang..Ingat ingat dulu..abang aku ni tempat aku bermanja lela..siap tinggal parut kesan kena gigit dengan aku..

Alhamdulillah..khabar berita yang membuatkan aku senyum melebar plus nak tabik spring kat abang aku nih..dah lama dah aku tak merasa bangga dengan keupayaan beliau..silap aku jugak..dah tangkap cintan maut dengan pakwe..sampai lupe di mana tempat pertama aku meluahkan perasaan dahulu kala..

Dalam banyak banyak abang kat atas dunia nih..abang aku yang real ni lah paling aku sayang..makna tak nye..sejak aku kecil sampai dah umo 25tahun ni..abang aku yang banyak tolong aku..mak aku cite cite..masa kecik lagi abang aku nih dah tunjuk sifat ke'abang'an beliau..jarak umo yang hanya setahun membuatkan kitorang ni rapat..

masa baby baby dulu..mak aku tak cukup susu nak susukan dua beradik nih..dah macam kucing dah mak aku cakap..berebut rebut nak susu ibu yang lemak berkrim disukai ramai..eh..susu mak aku,untuk adik bradik aku jela..korang pi cari mak mak kamu!! tengah tengah aku dengan abang aku berebut..aku ni jenis tamak haloba..tak ngaku kalah..masa tu dah tumbuh gigi dah..tunjuk taring..pi gigit lengan abang aku..tinggal la parut kat lengan sampai sekarang..mengalah la si abang ni..pi cari botol susu..bancuh sendiri susu..dengan muka kesian..tapi aku tak amik peduli..

masuk sekolah rendah..aku memang tak pandai nak membeli..ada duit..tengok duit macam tengok batu je..takde feeling langsung (dah besar len dah) abang aku ni jugak la datang kelas aku..bawakan kuih muih..belikan feveret kek APOLLO bungkusan warna kuning..

bila dah masuk sekolah menengah..abang aku memainkan peranan beliau sebagai lelaki yang paling macho..tak kasi siapa siapa lelaki dekat dengan aku..aku sendiri pun takut tengok ketegasan beliau nih..

oleh sebab aku ni tak boleh nak berjauhan dengan abang aku..akhirnya..lepas je die masuk universiti..aku pun turut sama..seuniversiti dengan beliau..memang take care gile ah abang aku nih..kadang kadang teringin nak ada suami macam abang aku ni..di universiti..aku selalu je jatuh sakit..homesick kot..abang aku la ke hulu ke hilir bawak ubat,pastu call aku tanya dah sihat belum..sampai rasa naik rimas pun ade..terlebih sangat..mesej mesej pun dengan abang aku ni jugak..keluar gi outing pun dengan abang..makan kat cafe pun dengan abang..sehingga ada sesetengah pihak yang tak tau kitorang ni adik bradik mengatakan kitorang ni kapel..haiiyaaa...

namun..keakraban aku ni terhakis dek seorang lelaki..dah ade boyfriend kan..watpe cari abang lagi kan..cari abang yang baru la kan..abang aku bagi je green light..mungkin beliau dah tak tahan layan aku kot..duk berkepit ngan adik..jatuh saham la..nak cari aweks pun susah kan..

orang tua tua cakap..air yang dicincang tak akan putus..ni la yang terjadi antara aku dengan abang aku..bukan main lama berchatting kat ym..mengalahkan orang tengah bercinta..macam macam cite keluar..dari kecik sampai besar..dan alhamdulillah..abang aku dah nak kerja dah..pastu tak lama lagi..dapat ar akak ipar baru..insyAllah...



p/s: walau macam mana hebat lelaki yang kamu jumpai..kamu tetap tak akan jumpa persis seorang abang kandung, seorang adik kandung,sorang ayah kandung..kerana seburuk-buruk dan sebaik baik mereka..mereka lah yang terbaik ^^

sekian.




Friday 1 February 2013

Blah la dulu

aku tak tau nak tulis pe kat blog ni..mula mula memang niat nak tulis blog bukan berkisah tentang perihal aku..dah try buat dah nak tulis tuk umum...tapi jadi jugak pasal aku,.dah tak boleh lari dah..tak pe la..harap harap buleh wat sebagai pengajaran, ikhtibar, serta semangat kat korang lagi..

orang kata, kalu tak rasa bende tu, atau kene sendiri atas batang hidung..jangan harap nak kata apa apa kan..

ermm..aku sekarang keje dengan bos lama aku balik..lepas keje dengan syarikat yang kononnye besar gedabak,memang besar pun..huh.. memang mula mula aku nak keje sangat di sini..tapi apakan daya..khidmat aku hanya sementara..
best woo kije cni..macam macam aku leh belajar..

kenape aku berhenti?

sebab utama aku, balik jer keje..mesti aku nangis nangis..rakan sekerja aku tak suke aku..huaaa..
mula mula aku memang tahan jugak la..wat muke comel comel lagi walaupun hati ni dah disakiti..bukan aku minta dengan bos aku nak gaji lagi besar dari dorang..dah bos kasi..aku trime jela..aku pn satu..tak bleh nk cover ckit kelam kabut masa nak claim OT..tak pasal pasal kak senior dah nmpk basic aku..haiyya...silap aku jugak kan..

masa kat company punye promotion..desas desus mngatakan aku dibenci oleh kak senior..bukan stakat dgr dari mulut..tapi depan2 aku kene..nak nangis.tapi tahan la..nati orang cakap aku ni lemah lak..be strong my jiwa!!
kak senior tak nak hantar aku balik dh lepas ni..huaaaa..dah la malam..hujan lak tu..balik la aku dengan adik aku..kesian adik aku kene hujan..semata mata nak amik aku..

huhuhu..xpe dik..nati akak beli kete deh..insyAllah!! bisik ati aku tersedu sedan belakang adik sambil bonceng moto..nasib baik hujan lebat..leh cover nangis aku tu..

tekad aku..nak amik lesen lepas abis promosi nih!!

kedua,.tukang pun wat hal dengan aku..tau la muke aku ni cam budak umor belasan tahun..tak nak dengar cakap aku...tapi aku buat keje demi nak jaga nama syarikat.,.bukan aku saje saje mntak korang semua rombak balik kabinet kabinet tu..aku pun kesian jugak kat korang..kalau aku tak amik kputusan tu..nak ke mr.wong tu jupe bos n pastu bising bising kat situ..biar la stakat aku je yang sakit woo..

tapi alhamdulillah..akhirnya dengan kebijaksanaan aku tu..akhirnya..siap jugak projek yang paling cerewet dan paling mncabar bagi seorang interior designer yang berclass junior ni..huhu..aku belanje ar ckit dorg..bia la duit abis byk aritu..asal muke muke pakcik pakcik tukang ni senyum melebar..hiiiiiiiiiiiiiiii...

ketiga..
aku dapat offer dari bos lame nih (die buke company baru)..mmg gaji die tak seberapa mana yang aku dapat sebelum ni..tapi takpe r..aku tak nak serabut otak aku ni nak hadap muke muke orang yang benci aku..bia la aku berlalu pergi...huuuu..sambil sedut hingus yang tak tau berapa kali dah nk keluar..hukhuk..

nak bagitau kat korang..jangan la ade sikap dengki mendengki ni..korang mana tau kan..die nak dapat sesuatu tu bukan main susah lagi..