Tuesday 30 April 2013

Problem.Settle!

Waktu nak balik rumah adalah waktu free bagi aku, Bos dan Kak Nik bercerita tentang diri masing masing.

Bos : Mi, apasal diam lagi? Ini masa petang, sudah mau balik rumah. 

Mi : Haiyaa..takkan saya mau jerit jerit kuat kuat kasi tau semua orang otak saya sudah lega.

Bos:  Tapi kalau saya ada masalah, saya boleh senyum lagi.

Mi: Itu lelaki, lelaki kuat. Perempuan, sekali mata jarum tercucuk kena jari dah sakit.

Bos:  Saya tau jadi perempuan manyak susah. Satu bulan mesti manyak pening.., saya kasi keluar itu darah baru 500mg sehari sudah pening. Perempuan, berapa banyak darah keluar seminggu.. lagi lah pening. Mi, ada orang, itu masalah boleh simpan simpan. Tapi lama lama hati dia pecah. Kalau ada masalah, kongsi sama sama, jangan tunggu itu hati bengkak.


Bos memang concern dengan hal ehwal pekerja. Tak pernah nak membezakan taraf jawatan beliau. Baginya semua adalah kawan kawannya. Itu yang membuatkan aku respect beliau.

sabarlah duhai hati

pergi masjid, ustaz bercakap bab sabar dan redha
macam kena lempang dengan kuali panas je muka ini
banyak yang terkena pada diri
dalam menjalani kehidupan seharian ni
banyak benda yang dikeluh kesahkan
banyak masalah yang walaupun kecil tapi susah sangat nak sabar
cepat salahkan takdir
dan mudah sangat menganggap diri sendiri yang betol
Allahu Rabbi
banyak yang kena ubah
semakin aku belajar agama
semakin aku mengerti betapa jahilnya diri ini
diriku
mulailah dengan sabar sehingga dirimu mampu melangkah redha
akhirnya
dirimu akan memahami kehendak Allah kepadamu
langkah menuju Allah itu mudah sangat,
tetapi
kenapa di susahkan dengan perkara remeh? :'(





"wahai jiwa yang tenang
kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang redha dan dredhai
maka masuklah dalam golongan hamba-hambaku
maka masuklah ke dalam syurga"(Al-Fajr:27-30)







kalau,tak habis habis kalau

kalau sayang hargai dia
kalau benci maafkan dia
kalau diterima jagalah hatinya
kalau dikhianati doakan dia.

Monday 29 April 2013

toing toing toing




"cinta itu maksudnya kita mengutamakan kebahagiaan orang yang kita sayang itu melebihi kebahagiaan kita. melepaskannya walau terpaksa."

kering

Aku tak punya apa apa.
Kecuali kawan kawan yang rapat.

Namun.

Jika mendekatimu itu memberi kesedihan ke atas mu,
aku rela menjauhkan diri.
dari melihat kamu menangis setiap hari.

Pesan ku pada diri.

Jangan sedih bila tersisih.
Kadangkala sendirian itu buat diri jadi bersih.


Uji rosik kena puji.

Mak aku cakap aku keras hati.
Kawan aku cakap aku tahan kena puji.
Walaupun kadang kadang hati aku teruji.
Terus pekong jauh jauh puji puji.
Takut diri melambung tinggi.

Kawan aku kata aku penuh mesteri.
Mesteri macam mana aku tak tau, serius, tak kenal diri.

Yang aku tahu.
Aku hidup penuh dengan duri.
Di caci di maki hamun rencah hari hari.
Fitnah hidup jadi habuan diri.
Sampai mati kot aku macam ni.

Takpe.aku selesa.
Walau rasa sakit diri ini.
Kerana aku tahu Allah tengah menguji.

Hentam Perempuan

"Pehal ni der? asyik team team awek je yang kena tiaw" - siti markonah, parit bongsu.

"semua bende pon pompuan salah, kami yang kene rogol, pastu kami yang kena kutuk, salah pakaian la, tayang body la, apa pun tak boleh" -peah jambu, simpang ramas.

"50 teguran kat blog, 49 daripadanya mesti teguran kat gugurl,pastu tegur kasar pulak tu.hina sangat ke we all ni?? -saida shub, kampung bumbung


************************

berikut berikut adalah luahanhati jujur gadis gadis kepada aku.

sungguh, luahan hati tersebut menyelinap masuk ke hulu hati aku yang bertaman.pilu hati aku melihat kaum kaum yang sepatutnya dibelai manja dihentam secara berleluasa.

kesian...aku setuju , saban hari, waktu danketika ber'SEPAH' teguran dan kritikan terhadap makhluk yang dinamakan gadis itu, isu tudungnya, isu leggingnya, isu seluar nampak linenya, isu pakai kebaya nampak singlet dan tiub basikal serta isu isu lain yang tidak menyebelahi gadi gadis, setiap teguran pulak, amat sukar mencari teguran yang lembut dan berhemah, kebiasaanya, sure, semua nak jadi kononnya bapak bapak yang garang.

"salahkah we all tegur? jerit seulas anonymous

errr...errr..soalan hujah membalas dari aku pulak


"jantan jantan rogol, pengila seks yang suka main main gesek gesek, mat mat rempit, mamat mamat pukul, mat mat yang tak reti azan, mat mat yang semayang tak cuku cukup, mat mat penakut jadi imam, baca quran gagap, atau kutu berahak jantan lepak buat bising malam malam, mat mat tengok cita blue ADA TAK YOU ALL TEGUR SOUND?

kalau ada pun berapa kali? sebanyak yang we all hentam gadis tu ke?

benarlah kata kawan baik aku,
gadis diexploit dalam bermacam macam cara even bloggers pon gemar exploit wanita,guna isu wanita untuk dapatkan perhatian, traffic pon up kalau buat entry hentam pompuan kan kan?

aku kompiden, gadis gadis pembaca blog mampu menerima teguran terhadap mereka, tetapi yang mereka persoalkan keadilan terhadap mereka. Be adil dalam penulisan kita, sekali hentam gadis, sekali jugak hentam jejaka. kan best kan kan? pastu salah ke jika teguran itu disampai dengan lembut dan berhemah?

Lu orang ada pikir tak? dengan entry kononya teguran korang tu berapa ramai gadis yang agaknya berubah selepas membaca entry entry korang? hurmm, ke ramai yang baca pastu terasa dan rasa macam err errr.........*isi tempat kosong*

gadis, tidak sama bentuk ciptaannya dengan insan yang dinamakan jejaka. hati  sang gadis haluuuusss, yang amat fragile, jika kita semua nak menegur sang gadis, berilah teguran yang halus amat, biar ia bisa menembusi hati mereka yang halusssssss


aku bukan la nak jadi kononnya hero, tapi aku mendapat ilham dan kesedaran sivik yang menyatakan kebanyakkan dari kita menegur dengan cara yang mungkin kurang tepat,

kasi lu situasi:
korang sedang lepak bersama sama geng geng kat tepi jalan. jam menunjukkan pukul 7.27 pm. azan maghrib berkumandang, tetiba lalu pak imam lantas beliau dengan kurang ajar menegur.

"korang ni pekak tuli ker? bebal ke hape? tak reti reti nak balik rumah? dah maghrib ni, tak reti nak pi masjid?"

korang rasa (sila pilih):

a) nak penyepak muka pak imam sambil berkata" lu sebok pe hal?"

b) dengan penuh insaf pergi ke surau.

jawab dengan jujur,toksah nak poyo baik.





p/s: -----aku berubah nak jadi baik-----











Tolonglah, pedih sangat rasa =(

Sejak dari semalam, kehidupan aku penuh tertekan. Hurm, sedih dan pedih sangat, sampaikan kat opis pun aku tak mampu nak mengfokuskan diri pada kerja, sejak dari pukul 9 pagi semalam lagi, keadaan aku boleh digambarkan seperti di dalam gambar ini;





















Sebabnya adalah;

















tolonglah sape sape yang tahu macam mana nak hilangkan resdung yang amat menyakitkan ini.aku bagi sepuluh hinggit.
bijik mata dah lebam lebam.
timbul beberapa ketol bengkak bengkak halus kat muka rasa nak cekik cekik je.
hingus, tak payah nak cakap lah. dah meleleh leleh boleh buat kuah megi lagi.

Sekian.


p/s: cantik tak lukisan aku lukis guna paint? boleh lawan reddit <-- orang paling power guna paint. tak?? kikikiki










Lemah

Kali ini, aku melihat si gadis yang aku cemburu itu sedang menahan sesuatu. Ku dekati lalu menegurnya.

" Kenapa kamu sedemikian rupa?"

" Aku telah menyakiti seseorang. Kali ini aku tidak dapat memaafkan diriku."

" Selagi mana kamu tak menzalimi orang lain dan apa yang  kamu putuskan itu adalah untuk redhaNya, biarlah manusia dengan sangkaan sangkaan mereka. Kamu takkan mati bila dikeji. Kamu juga belum tentu hidup bila selalu dipuji."


tempat tinggal

"Engko tahu kenapa syaitan tak boleh masuk syurga?"

"Entah, Kenapa?"

"Kerana syaitan itu panas.
Syurga itu nyaman, sejuk dan selesa.
Kalau syaitan tinggal sana, mati lah dia."

perkataan sama.maksud lain lain

Hari ini.
Bos banyak bercakap,
macam macam isu dia keluarkan.
Kali ini isu perempuan.
Aku hanya mendengar kak nik dengan bos berbahas dari belakang tempat dudukku.


*********


"Itu perempuan manyak takut sama binatang, kenapa?"

Bos aku yang memang pelat berbahasa melayu.

"Saya manyak takut itu binatang yang lembik lembik macam katak, belut, ular." balas si Kak Nik dengan mengikut loghat pelat bos.

"Tapi saya tengok itu perempuan manyak lagi takut itu Kekoh."

"Haa? Kekoh?" -Kak Nik mula tidak faham.

"Cockroach la Mr.Chong!" Aku bersuara. Kuat. Tension dengan pelat bos.

"Haaaa..ada pun suara Mi..."balas bos tersengih sengih.



P/s:
Kekoh  mengikut loghat kelantan bermaksud gigit
Kekoh mengikut loghat bos lipas.



Sunday 28 April 2013

.

" Bahagia bukan bermakna hidup kita tidak diuji tetapi paling tidak kita memiliki seseorang untuk berkongsi dan bersama menghadapinya serta menyedari Allah sentiasa bersama di sepanjang ujian itu" -Ibnu Mussal-

Wah, cantiknya bungkusan itu.



"Aku nak simpan semua kenangan, bungkus cantik cantik, kemas kemas, kunci dengan mangga, campak kunci dalam sungai. Dan akan tiba masanya, aku nak buka balik kenangan itu"

"Bila agaknya boleh buka?"

"Bila aku dah ada pasangan aku yang betol betol percaya kepada aku. Yang mana takkan berpaling dari aku walaupun dia tengok cantiknya bungkusan ini. Tetapi dia percaya bahawa di dalam bungkusan ini betapa hodoh isi dalamnya."

"Lepas itu apa yang engko mahu lakukan?"

" Aku bersama sama pasanganku akan membakar semua bungkusan tersebut nanti."

Saturday 27 April 2013

Nenek tiga suku

Pada suatu petang, cuaca agak mendung.
Semakin lama langit semakin gelap,
kedengaran beberapa ketul bunyi berdentum dentum.

Atuk: Woi! kau nak kena sambal petir ke?

Nenek: Aku dah kena sambar dah ni.

'Apahal pulak minah ni?' monolog si atuk.

Oleh kerana rasa kesian si nenek berhujan di tengah jalan,
maka ditarik si nenek ke tepi longkang.

Atuk: Engko ni dah kenapa? Macam kucing kurap dah aku nengok.

Nenek: Kenapa engko kawan dengan aku?

Atuk: Gila sentimental soalan engko ni..

Nenek: Aku selalu sakitkan hati engko. Aku selalu buat engko macam tak wujud walaupun engko ada depan aku ni je. Aku selalu sakat, marah, sepak terajang engko dan kadang kadang buat engko menyampah. Tapi kenapa engko tetap kawan dengan aku?

Atuk: Engko tahu tak? Walaupun engko garang macam harimau, tapi untuk orang yang sabar, akan keluar kegembiraan untuk orang yang rapat dengan engko.

Nenek: Nasib baik engko jantan. Kalau tak aku dah peluk engko. (sambil tarik hujung baju si atuk lalu merembeskan mukus yang pekat lagi hijau)






P/s: terima kasih Tarmizi Yunus












Tuhanku..bersamaMu tidak ada jalan buntu.

"Aku sesuai dengan persangkaan hambaku pada diriKu.
Aku bersamanya ketika berzikir (mengingat dan menyebutku)

Sekiranya dia berzikir dalam hatinya.
maka Aku mengingatnya dalam hatiku.

Sekiranya dia mengingatkan dalam suatu jemaah,
maka Aku akan mengingatkannya dalam jemaah yang lebih baik daripada jemaahnya (didunia)

Sekiranya dia mendekati sejengkal.
maka Aku mendekatinya sehasta.

Sekiranya dia mendekati sehasta.
maka Aku mendekatinya selengan.

Sekiranya dia mendekatiKu dengan berjalan.
maka Aku mendekatinya dengan berlari."



Maafkan hamba ya Allah, kerana meski berlalu usia dalam bilangan yang banyak..
masih sedikit rasa syukurku kepadaMu.




Friday 26 April 2013

Cikgu Fizik request jadi friendlist

Bila buka facebook, mata sudah semestinya terjeling kat sebelah kiri.
Mana lah tau ada mamat mamat tak pun gadis sunti hantar friend request.

Kali ini cikgu fizik aku yang request.
Memang dah lama aku cari cikgu Ellah.

Dulu, masa sekolah,
Aku, Sah dan Zini
memang tak boleh nak berenggang dengan cikgu.
asyik pergi kacau cikgu.
tanya itu dan ini.

Lepas habis SPM,
tengah tunggu result dari mana mana universiti,
cikgu Ellah panggil kami,
mintak tolong kami,
periksa kertas exam budak form four.

diberi kertas ujian yang sudah berconteng dengan jawapan.
bersama skima jawapan.

Kalau yang kertas soalan objektif
kami ikut seratus peratus skima jawapan.
tapi yang subjektif,
kami banyak tanya cikgu.
yang ni boleh tak cikgu?
yang ini macam mana cikgu? 
kerana jawapan pelajar ikut logik akal.

tidak lama kemudian, aku bersuara;

"Cikgu, banyak lagi ke yang patut kami tanda ni? Kalau kami tanda semua betol boleh tak? Senang cikit, semua anak murid cikgu dapat markah tinggi tinggi. Cikgu boleh dinobatkan cikgu fizik pandai mengajar." 

" Banyaklah cikgu pandai mengajar. Kamu cakap senang lah. Di alam sana nanti saya nak jawab apa? Gaji yang saya amik tapi saya buat cincai cincai. Saya perlu adil kepada semua. Kesian saya nanti. Dosa saya dah tak tertanggung, ditambah pula dengan dosa yang nih. Heee!"

amik nok, tak memasal masal kena belasah!








Tips goda lelaki.

Aku nak ajar korang macam mana nak cari calon suami atau laki untuk gadis gadis di luar sana.
Lepas ni boleh lah hang pa semua nak try testing kat dorang.
Mohon guna untuk dapat yang laki yang jenis baik.
Bagi yang dah ada kapel. Nilai balik dorang, kalau korang rasa nak break.
Lantak korang lah.
Apa aku peduli.

Mula mula,
ajak dorang pi kedai makan.
McD, KFC, Burger King, Pizza Hut tak boleh diterima pakai.
Hanya kedai yang menggunakan khidmat waiter sahaja yang applicable.

Pastu, tengok cara dorang panggil waiter.
Kalau dia panggil cam bunyi cencurut tahan nak mencebok 'crut crut'
tak pun 'oi oi' atau 'siul'
terus REJECT!!

Lelaki yang awesome akan memanggil dengan panggilan yang baik
seperti 'abang', 'kakak', 'adik' dan sebagainya.
ini lah dinamakan RESPECT.

Jika dorang boleh respect orang yang tak kenal.
Maka, sudah semestinya dorang respect korang more than that.

Tip kedua aku dapat daripada abang aku.

Hanya boleh dilakukan pada hari Jumaat.
pada waktu di antara pukul 1.15 petang hingga 1.45petang.

Mula mula,
amik handphone korang,
tulis ayat power, biar dorang tak dapat nak tunggu seminit dua untuk balas.

Jika dia reply dalam seminit dua selepas korang hantar,
Sah la dia tak pi solat jumaat
takpun
dia tak kusyuk dengar khutbah.

Laki macam ni harus REJECT terus tanpa ada belas kasihan.

Kalau solat Jumaat dua rakaat dah susah nak buat.
Solat yang lagi lima apatah lagi.














Thursday 25 April 2013

Mak bapak ke anak?

Aku perasan, mak ayah zaman sekarang amat suka menentukan kerjaya anak anak. Sejak dari keluar dari perut mak lagi, mereka dah tetapkan, anak aku ni nak jadikan doktor, jadikan cikgu dan macam lagi.

Sampai aku tengok anak dorang tension habis. Result exam dah ok, cemerlang dengan jayanya, tapi masih terlolong lolong kat facebook, twitter, cakap tak suka.

Kesian.

Reason dan alasan mak bapak?
1. mak bapak nak tumpang bangge...

mau taknye, bila sembang dengan kawan kawan, sure la rasa proud bila anak kerja doktor.
cuba bayangkan kalau anak tu kerja biasa biasa aje?

2. susah nak dapat kerja sekarang.

ni alasan yang banyak mak bapak guna bila mengarahkan anak anak jadi apa yang mereka nak. lagi lagi bila si anak minat dalam bidang berkaitan komputer, dituduh susah dapat kerja. biasanya mak bapak suh jadi cikgu..senang katanya. maka dipaksanye anak jadi cikgu..biarpun anak tak mahu. kesannya? banyak wujudnya cikgu yang tak serius dan malas mengajar.


*********

Salah ke mak bapak camtu?
Salah dan tak.

Tak salah sebab mereka semua concern dengan masa depan anak anak. Kang tak amik tau dah kira mak bapak derhaka.

Salah bila mereka bertindak semua benda dorang tau padahal bukan semua tanggapan mereka betol.

Untuk mak bapak, hentikanlah menentukan kerjaya anak anak. korang semua boleh nasihat. Tapi jangan jadi pembuat keputusan. Percayalah, korang boleh merosakkan anak anak.

Untuk anak anak, plissss, jadi orang yang kamu nak jadi. pilih kerjaya yang kamu betol betol minat. kemudian, jadi yang terbaik dalam course yang korang pilih. takkan ada isu mak bapak membebel "itulah engko,aku suruh pi jadi cikgu engko tau mau!!"... 
Tapi jangan DERHAKA!!


*********

" Choose a job you love, and you will never have to work a day in your life" - Confucius

"Everyday I get up and look through the Forbes list of the richest people in Amerika. If I'm not there, I go to work." -Robert Orben.

"When people go to work, they shouldn't have to leave their hearts at home." -Betty Bender.

" You know you are on the road to success if you would do your job, and no to be paid for it." -Oprah Winfrey.



P/s:  matang kan??





















Bila si suami dan si isteri lain jantina


klik atas gambar kalau tak nampak.






























Ini lah jadinya kalau si suami dan si isteri
berbeza pendapat.
berbeza peel.(tabiat)
berbeza kesukaan.

tapi kebiasaan,
si suami lah yang akan mengaku kalah.

aku pun nak tiru cam dorang jugak la.
nak campak semua binatang peliharaan dia.
baru puas hati.
tengok dia terkebil kebil.
K.E.J.A.M





p/s: kalau tiba tiba si suami dan si isteri ni tengok, mintak halal yer, suwit je rumah tangga korang, Semoga berbahagia. ^-^"


Mainan budak budak




Kadang kadang kalau stress kerja,
aku suka conteng conteng,
ikut lah conteng apa apa pun,
atas apa apa pun
asal aku rasa dah tak stress.

Tapi lain pulak harini,
aku try conteng atas odosketch, <-- klik sini
bikin aku makin stress.

Biasa pegang tetikus takde lah sampai terkehel kehel tangan.
Ini. Siap kejang tangan.
Memang hareem..




Wednesday 24 April 2013

Home renovation : Part 2


Aku tengok dua tiga harini entry aku asyik duk bercerita pasal hal kerohaniah.
Sesekali nak jugak rasa hal duniawi kan kan.
Islam jugak mengajar, kejarlah dunia seperti mau hidup selama lamanya.
dan kejarlah akhirat seperti nak mati esoknya.

Selaku interior designer yang terhebakk di dunia ni. gila poyo ayat.
Aku nak kasi beberapa tips kat korang mengenai ubah suai rumah.

Ini berpandukan pengalaman aku sebagai interior designer selama setahun nak masuk dua tahun kerja.
Korang tak nak caya. ikut hang lah. Kalau boleh, percaya lahhhh..

Okeh2, fokus pada tips:

1) Berapa bajet? untuk melakukan pengubahsuai, anda perlu tahu bajet korang. Set kat kepala hotak korang tu  berapa mau abiskan duit untuk renovation. Kalau rasa diri tu kudukut, limit lah kewangan korang tu. Kalau rasa diri tu tak pandai nak membajet, korang bagitau je berapa bajet korang kat designer. (yang upah designer la. kalau yang upah tukang tukang kampung, bagitau la jugak. Dorang lagi arif pasal benda alah ni)

Tapi, sepanjang aku kerja, berapa jejemput je aku jumpa manusia nak kasi dorang punya bajet. Bajet taknak kasi tau sengkek la tu..huhu. Serius aku cakap. tak payah nak membajetkan diri ada duit banyak banyak tapi sebenar tak hade. Bukan nak memperlekehkan. Cuma nak habaq kat hangpa. Kalau korang terus terang kan senang, senang kitorang nak buat kerja. Tak payah nak menghedit kerja dua tiga kali.

2) Fahami bajet anda. Macam yang aku bagitau kat perenggan tadi. Kalau takde, buat cara takde. Jangan nak mengada. Aku selaku ketua persatuan interior designer (tunjuk poyo lagii..) tak pernah nak pandang serong kat korang kalau korang ada bajet sejemput. Aku akan syorkan barang yang berkualiti tanpa anda mengeluarkan wang yang lebih.

3) Pi jalan jalan, masuk kedai kedai dan bandingkan.  Serius. Inginkan rumah idaman yang lengkap untuk hidup seumur hidup perlukan modal yang cukup besar. Betul tak rakyat jelata?? Anda perlu mengeluarkan ratus ratus ribu ringgit untuk memuaskan hati anda agar rumah anda bertukar menjadi 'syurga'. Oleh itu, rajin rajinkanlah diri anda untuk menyemak harga barang di pasaran dan kualiti barang tersebut. KUALITI!! disini aku tegas sekali lagi. sesetengah orang pikiq barang murah takde kualiti, sesetengah orang pulak, pikiq barang mahal kualiti gempaqqq...

Jangan masuk satu kedai, dengar dorang pot pat pot pek terus percaya. Biar lemak korang cair meleleh, daripada keluar duit meleleh leleh, tapi bila tengok hasil....fuhhhh..pada masa itu, nangis tungging tungging takde guna dah.

4) Bila korang dah percaya dengan agen renovation tersebut, planning lah. Jangan serah seratus peratus kepada agen tersebut. Itu rumah korang. Kadang kadang sesetengah agen tak amik tau perkembangan rumah korang setelah mendapat wang pendahuluan. Rancanglah diri anda dengan agen tersebut di mana mahu mulakan dan bilakah masa sesuai untuk bermula. Kalau boleh, anda dengan agen tersebut perlu keep in touch hari hari.






















"aku dah berapa kali minta dorang datang tengok, tak datang datang."
"aku dah call dorang, tak angkat angkat."
"aku dah..dah..dah.."

Kebiasaannya, inilah testimoni yang aku sentiasa dengar kat corong lubang telinga ni. Aku akui, sesetengah designer yang dorang upah tak buat kerja. Sekali lagi bukan nak memburukkan. Tapi inilah realiti yang aku tengok. Sesetengah dorang, dah dapat projek, tak amik pusing. Dorang lepas tangan kat tukang. Owh..plisss, yang ini bukan akuuu..

Kebiasaan yang perangai macam ni, anda boleh mengenal pasti dari mula anda deal dengan beliau, adakah drawing yang dihasilkan beliau siap pada tempoh yang anda inginkan? adakah beliau selalu contact anda untuk mengetahui progress rumah anda? adakah beliau jenis yang mudah mendengar hasrat anda?















Home renovation : Part 1


Ini berpandukan pengalaman aku sebagai interior designer selama setahun nak masuk dua tahun kerja.
Korang tak nak caya. ikut hang lah.



Jangan ingat orang kelate takde fulusss..




















Rumah pakcik sorang ni bukan main lah besau gedabak.

Terpacak kat tengah tengah hujung kampung.
Nak bandingkan dengan orang lain.
Design pakcik sorang ni lah yang lain daripada orang lain.
"Pakcik nak modernnnnn.."

Tapi bila sahaja aku masuk dalam.
Usya punya usya.
Tilik punya tilik.
Hampehhhh..

Ini serius.
Pakcik ni dah kena tipu kaw kaw.
























Manusia judgemental

Aku jenis agak selekeh kalau dress up.
Pakai seluar dah nak kusam, t-shirt size besar,
sandal yang tunggu masa nak arwah, stokin, sling bag satu.
Tudung pun tak pernah nak ikut citarasa peredaran zaman.
Total atas sampai bawah tak sampai seratus ringgit.
Spek jer yang mahal. 300 ringgit.

Bos aku selalu tegur.
"Camni je pakai?"
Takpelah bos. yang penting aurat terjaga.
Kesian. Sentap jugak dia masa tu.

Aku suka macam ni.
Boleh tengok orang sekeliling.
Tengok siapa yang baik, siapa yang jenis judgmental.

Aku pernah pi fokus point.
Nak tukar cermin mata baru.
Orang kedai tu siap pandang atas bawah.
'Ada duit ke dia ni?'

Masa kerja pun sama.
Tambah tambah kena jaga showroom.
Pi layan costumer.
Cite kat dorang sampai meleleh air liuq
Tapi dorang wat tak tau.
Datang bos aku,
"Ini lah designer."
Baru nak hulur tangan, senyum senyum.

Takpe. aku selesa.
Baik duit banyak dari pakai barang mahal mahal.
Kalau mak ayah sakit. Nak bawa pergi hospital, hospital terima duit.
Bukan terima barang mahal.
























Tuesday 23 April 2013

Tuhan menjawab doaku

Lagi sekali aku bertanya kepada gadis yang aku cemburui itu.

"Bagaimana kamu menghadapi segala ujian tersebut?"

Dia menunduk, suaranya perlahan.

"Allah, tolonglah aku. Aku sudah tidak tahu hendak buat apa lagi.
Begitu sukar bagi mempercayai apa yang aku alami. Tetapi inilah yang terjadi. Aku bangun pada pagi keesokkan dengan semangat yang baru. Langkahku terasa ringan, hati terasa jauh lebih lapang bagi menghadapi segala kemungkinan.
Malah aku ingin sekali menyanyi, namun sesuatu yang mustahil akan aku lakukan kerana hati terasa begitu terganggu.
Dia sentiasa yang Maha Baik. Allah menebalkan muka aku sampai berkaki kaki tebalnya. Semoga dosa dosa ini tergugur dengan ujian ini dan semoga aku terlahir kembali menjadi manusia solehah yang semakin dekat denganMu."






Monday 22 April 2013

Mimpi

Seronok kan kalau dapat tido termimpi dengan hero pujaan. Lagi seronok dapat mimpi jumpa ultraman. Siap tangkap gambar dengan ultraman berlatarkan raksasa yang kena tewas. Syok uh. Rasa tak nak bangun. Kena sepak dengan adik tetap pejam mata kuat kuat. Tak nak buka.

Tiba tiba sahaja aku berada di kampungku. Suasana ketika itu agak kebisingan. Aku melihat dicelah celah kain. Penuh. Ramai. Jarang sekali aku melihat suasana sebegini. Aku memasang telinga. Ku tersenyum. Yeah! aku dilamar dan terus berkahwin pada hari itu juga!

Mak ayah aku merestui lamaran tersebut. Lalu, tanpa membuang masa, mak aku mengupah beberapa orang jiran, sanak saudara untuk mengadakan kenduri.

Suasana semakin rancak. Aku mulai menyibukkan diri. Namun, mereka tidak membenarkan aku melakukan apa apa sekalipun. Bermula dari mandi sehinggalah memakai baju, semua mereka uruskan. Aku berasa agak malu. Aku membelek belek pakaian yang membalut tubuhku. Putih bersih. Sesuai dengan citarasa dan impian aku untuk kelihatan bersih. Aku juga di make upkan dengan wangian yang semerbak. Cukup mengasyikkan.

Aku dibawa ke masjid. Memang aku rasa agak gementar. Diusung di khalayak ramai. Terasa diri diawangan. Langkahan usungan itu disusuli dengan sekeping surah dan di ulang ulang .

Di masjid, aku melihat imam dengan beberapa orang yang menjadi saksi kami.

Sekali lagi aku diusung. Aku dengar, dorang berkata mahu membawa aku ke rumah baru. Hadiah dari suami aku. Aku gembira sangat sangat. Impian aku untuk menduduki rumah sendiri semakin tercapai. Rasa seperti mendapat hadiah cabutan bertuah aje.

Sampai di rumah baru ku, imam membacakan beberapa surah dan beberapa potong doa. agak panjang doa tersebut. Mungkin taknak kasi bencana ke atas kami dan juga rumah baruku .

Beberapa minit kemudian, aku melihat mereka pergi meninggalkan aku satu persatu. Langkah mereka perlahan sekali. Sebak. Mungkin tidak membenarkan aku untuk meneruskan malam pertama di rumah baru ini.

Aku tersedar.

Perkahwinanku dengan kematian.













Gadis yang membuatkan aku cemburu

Usianya lebih muda dari aku tetapi bukan itu yang aku cemburukan.

Aku cemburu melihat betapa gemarnya dia beribadat. Tanpa sedikit malas, dia mengerjakan solat tahajud. Setiap masa, walaupun aku dan dia berbual panjang hingga larut malam. Dia tetap bangun dua pertiga malam. terus melarutkan diri dalam surah surah quran yang panjang, kemudian mengangkat mukanya, menutup kedua dua matanya dan menadah tangannya.

Dia yang menyampaikan suara hatinya pada maha esa dengan begitu kusyuk, damai, dan begitu asyik. Air matanya membasahi pipinya serentak dengan doa doa yang panjang. ucapannya lembut dan perlahan. manakala badannya bergoyang goyang menahan tangisan.

" kenapa kamu beribadat dengan kuat? kenapa kamu menangis dalam doamu? tidakkah mata kamu berasa letih kerana terlalu banyak menangis?"

" aku ada banyak dosa."

"aku jijik dengan diri ini.aku rasa begitu kotor dan tidak layak berdiri di hadapan Tuhan. ada ketika aku mahu membunuh diri. tetapi Tuhan menolong aku. Padahal ketika itu aku begitu jauh dengan Allah. rasa tak dapat kembali pada jalan yang benar. mengingatkan masa lalu yang kotor.
Setiap kali aku mandi, aku menggosok tubuhku dengan kuat kuat dengan sabun dan berharap semuai itu dapat membersihkan diri aku. Aku mahu bersih ketika menghadapNya nanti. aku mahu Allah menyambut aku dengan kasih sayang. Aku mahu Dia mengizinkan aku yang pernah kotor sebelum ini menatap wajahNya."

Gadis yang hampir dengan Tuhan membuatkan aku cemburu. Sikapnya yang tenang itu membuatkan aku sedar betapa nikmatnya taubat.



Doa di penghujung surah.

" Doa apa yang paling selalu kamu bacakan? " aku bertanya pada salah seorang gadis yang membuatkan aku cemburu padanya.

" Aku selalu membaca doa pasrah, iaitu surah at-taubah, ayat terakhir dan surah al-baqarah, ayat terakhir. Aku menangis ketika solat tahajud."

Aku mencapai kitab suci Al-Quran dan mencari cari ayat yang dimaksudkan.

"..cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadanya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy (singgahsana) yang agung."
-Surah at-Taubah, 129-

ketika hati berat dan tidak tahu pada siapa harus mengadu, beruntunglah orang yang memiliki Tuhan. Yang percaya ada Dia yang maha kuat dan yang maha perkasa, satu satunya tempat bersandar.

aku mencari ayat yang seterusnya. Surah al-Baqarah juga ayat yang terakhir.

" Allah tidak membebani seorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pehala kebaikan yang diusahakannya dan dia jugak menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata), wahai Tuhan kami!, Janganlah Engkau mengirakan kami salah sekiranya kami lupa ataupun kami tersalah. Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang orang yang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkan dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu, tolonglah kami mencapai kemenangan pada kaum kaum yang kafir.




Friday 19 April 2013

Jihad di hujung minggu

Orang lain yang daftar lesen seangkatan  dengan aku dah lama boleh bawak kereta ke hulu ke hilir. Entah entah dorang sekarang tengah daftar nak amik lesen kapal selam pulak.

Haku nih??

Masih di takuk lama. Kesibukan yang melampaui batas memaksa aku untuk stop belajar memandu. Nak habaq ni..memang sibuk..sehingga nak mencebok pun tak menyempat.
Alasan je tu..update blog, usya facebook, boleh pulak. T_T

Dengan perasaan yang malas nak bangun pagi pagi. Tambahan pula hujung minggu, lagi lagi lah malas. Akhirnya ku gagahi jua. Jihad nih. Pi sambung belajar. Itu pun disebabkan tak tahan nak tadah telinga dengan mak ayah aku, " Bila mau pi habiskan belajar kereta tuuuuu...." dah macam mentera dah kena sound hari hari. Si dia pun dah pandai membebel dah sekarang.

Okeh okeh..

Kita sambung belajar kereta..moga moga harapan nak bawak Hilux tercapai. Nak tuntut dengan beliau nih.

Nah. amik engko. terlebih pandai. orang lain dapat satu.aku dapat dua.
Biru:  DEGREE  holder L. Merah: MASTER holder L 
















Thursday 18 April 2013

.

















Nikmat paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah memiliki sahabat yang sejati.
Jika kamu telah ketemui sahabat yang baik, maka peganglah dengan bersunguh sungguh.
-Saidina Umar Al Khattab-

Tuesday 16 April 2013

curiousity kills the cat

























sambungan cerita teringin tapi takut 

anak kucing boleh lagi nak masuk dekat dekat.
tapi kalau yang bapak bapak, 
ibu ibu, memang dah terangkat angkat.

memang aku rasa pelik wa ajaib dengan perangai kucing ni.

ia terjadi,
ketika aku tengah makan di warung warung.
biasa bersepah sepah la dorang ni.

bos aku yang minat kucing takde pulak dorang nak datang dekat dekat.
kak nik yang suka terkam kucing dari jauh pun takde pulak dorang nak pi terkam.

tengah syok nak sedut sedut kunyah kunyah,
tiba tiba rasa bergeli geli betis.
dua tiga ekor datang bergelimpangan di kedua belah kaki aku.
tak memasal masal aku tertendang tanpa niat yang hakiki

paling menyayat hati.
baru nak duduk sopan santun
betul betulkan tudung.
moga moga buleh pikat laki macho.

tup tup
datang si hitam bulu manis..
lagi machooooo..huh.















usaha



biarlah orang lebelkan diri sebagai muka tak malu
terhegeh hegeh
degil tak kira tempat
tetap tak nak mengaku kalah.

aja aja fighting!!

teringin tapi takut

aku adalah pecinta kucing

boleh tak nak buat kenyataan 50% palsu di sini? kalau tengok anak kucing, ketepikan bapak, ibu, moyang, atuk, nenek kucing. rasa macam nak gomol gomol. kalian pun rasa sedemikian juga kan.

niat di hati memang teringin sangat nak membela seketol dua anak kucing, hok mata bulat bulat bulu gebu gebu. habuan tangkap gambar comel siap dengan peace pastu upload kat facebook, instagram banyak banyak kasi orang tengok jadi mual.

tapi itu niat di hati. sebab sekarang, jasmani dan rohani tak dapat nak bagi kerjasama. rohani nak sangat bela kucing. bukan rohani binti awang. yang anak dia enam orang. tapi ini rohani yang bermaksud jiwa.hati.

tapi permasalahan sekarang, jasmani ini tidak dapat nak serasi dengan kucing. bagi aku, kucing ini haiwan yang pengganas. nak cakau orang merata rata. kalau nampak kucing harus jarakkan beliau sekurang kurangnya dua meter. tak pun bisik dalam hati, jangan datang jangan datang.

memang aku spesis takut kucing.

namun persoalan yang harus dirungkai sekarang

lagi lagi kucing yang macam ni, tak kan tak nak bela kottt..



































comel kan comel kan! sebab tu geram nak bela. rasa ketenangan datang menjengah dengan kadar segera bila tengok dorang main. tak pernah tak comel.

pernah dulu dulu masa kecik kecik ma aku bela kucing. ramai jugak lah sebab ma aku ni jenis pecinta kucing.

entah manja sangat macam mana entah, sekor tu datang cakau dan gigit gigit kaki aku. terus trauma tak nak bela dah. tengok dorang dah nampak macam harimau dah. ilusi optik menggaburi mata nih.

terus ma aku melabelkan aku sebagai seorang yang takut kucing. maka demi anak beliau yang tersayang ni, ma memadamkan perasaan sayang kepada kucing. kesian mak aku.













Saturday 13 April 2013

Kau lah yang satu














Awal bulan, tempat paling best aku pi jenguk, mesin ATM.
Tersengih macam kerang busuk. Rasa nak joli sepuluh sen dua.
Target bulan nih. Handphone Samsung S III.

Tanpa melengahkan masa. Serbu mall tak ingat diri. 
Pi usya sana sini.
Nasfu serakah menguasai diri.

Tiba tiba aja,
Flash back datang.

**************

"Bos, bila bisnes bos berjaya nanti, bos beli la BMW." aku bersuara setelah melihat kereta BMW melintasi kereta bos aku.

"Tarak mau la." 

"Kenapa bos?"

"Walaupun saya ada projek berjuta juta, company dah stabil, kereta yang lama ini lah yang kasi saya mula mula ong. Tarak mau jadi itu kulit dengan kacang. Lagipun, apa faedah kereta BMW? bukan boleh bawak masuk lumpur." 


*********

Kembali ke realiti sebenar.

Ambil handphone yang sedia ada.
Gosok gosok.
Peluk peluk.
Cium cium.
"Jangan risau, aku takkan menduakan kamu."

Blah dari kedai.



















Tuesday 9 April 2013

tali kasut


















tak pandai ikat tali kasut,
tiap kali tengok orang ikat,
perhati dan belajar ikat.

tak kenal,
belajar kenal,
tak sayang,
belajar sayang,
bila dah pandai 'ikat tali kasut'
macam takde maknanya je.











Monday 8 April 2013

Bagi aku peluang....................



terkadang peluang yang ada depan mata
kita buat buat buta
bila peluang berlalu begitu sahaja
baru lah rasa menyesal tak terhingga
mula lah gelabah tak tentu hala

ini bukan cerita dongengan
bukan juga cerita boboiboy

setiap yang bersalah tak semestinya layak diberi peluang kedua
kadang kadang kita tak sempat nak menikmati peluang seterusnya.

























Amacam??
ada peluang tak? nak ngorat nenek kebayan..










Sunday 7 April 2013

rumput oh rumput kenapa engkau panjang?


cerita yang agak lama dan mungkin dah jadi fairy tale.
dongengan itu yang paling mahal dan antik.
















Pada suatu pagi di satu sekolah

menengah, ada seorang pelajar
bertanya
pada seorang guru yang sedang
mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang
secara am. Dialog di antara pelajar
dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?.
Macam mana juga kasih sayang itu nak
berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu
ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat
apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin
kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya
harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas
rumput di situ dan sambil
memandang
rumput di depan kamu, pilih mana yang
PALING cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi walaupun sekali. Dan
kamu petiklah rumput yang PALING
cantik yang berada di depan kamu
tersebut dan selepas itu bawa balik ke
kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula
ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun
bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh
petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di
atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya
carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi
cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya
tak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada di antara yang di
belakang
saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap
tak boleh menoleh ke belakang
semula, jadi tiadalah rumput yang saya
boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih
faham dengan orang yang kita sayang
itu, kita boleh perbetulkan keadaan
dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang
itulah kita jumpa paling cantik dan
paling baik pada MULAnya walaupun nak
ikutkan banyak lagi yang cantik
dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut
tak
boleh diselamatkan lagi,
maka barulah kita mulakan sekali
lagi. Maka
sayangilah orang yang berada di depan
kita dengan tulus dan ikhlas

copy paste~

waiting for the negative person


Friday 5 April 2013

isu hari ini dan selepas














Kadang kadang orang tak faham tarikh di setiap entri blog atau status.
Tarikh adalah batu tanda kejadian
tentang bila
mengenai ketika yang khas itu
terjadi spesifiknya waktu

begitu tidak adil dan kejam andai sesuatu yang ditulis pada suatu tarikh diguna pakai di tarikh yang lain.
boleh jatuh fitnah
boleh porak peranda
boleh membakar amarah.


dua tiga tahun lepas, die menulis tentang bahagianya dia berzina dengan si polan.
semalam,
dia menulis tentang syurga itu terlalu cantik warnanya
kenapa dipersoalkan siapa dia dahulu?
kenapa tidak nampak dia gigih mencari dirinya yang baru?


cepat
atau lambat
itu sahaja

perubahan kita manusia
ada
cuma cepat
atau lambat

kita semua bukan kita 5 tahun dulu
kita semua bukan kita 3 bulan lalu
kita semua bukan kita 4 saat tadi
kerana kita manusia
dan kita percaya pada memperbetulkan diri


jangan hukumkan seseorang hari ini kerana tulisannya sebelas ribu tahun yang lalu
bagaimana bernanah dia, sekurang dia sedang bertatih kini
bagaimana pujuk dia agar diterima Tuhan, itu antara dia dengan Rabbi

janganlah pula tudingkan seseorang hari ini kerana dirinya yang engkau tafsir pada mata kamu
bagaimana berulat dia, sekurangnya dia bangkit semula esok pagi
bagaimana busuk dia, mungkin dia yang mendapat tempat di sisi Tuhan berbanding kita sendiri


sibuk sibuk busuk orang
mulut sendiri lupa diperiksa
sibuk sibuk ketiak orang
badan sendiri lupa dijaga


kita semua pendosa
mungkin masanya bebeza
mungkin dosa tidak pun sama
tetap
tak ada dikalangan kita yang sempurna


syurga itu luas untuk kau lokekkan.
apa seronok merasa nikmat tanpa ada sesiapa untuk kau kongsikan?


berhentilah menjadi Tuhan
kalau tak mau dibantu tatihnya
jangan diperlengkeskan mereka


biarkan.


kenangkan..
andai Rasulullah memandang masa lalu
tak mungkin Umar menjadi al Khattab



aku adalah antara yang tidak percaya memadam entri enti lalu
aku dengan waras mau membiarkan terjelas
bagi aku
masa lepas layaknya dibiar menjadi masa lepas

aku perlu biarkan demi suatu masa dibaca setiap satu persatu
agar aku sendiri melihat betapa jauh perjalanan aku mencari Tuhan
sehari seinci
jadilah
dari tidak ada

mana tau
satu hari nanti
ada yang berkata
"kalau perempuan seburuk ini mampu kembali pada Tuhannya,
apa lagi aku"

aku percaya
cahaya tetap sudi menjamah aku.













Rahman




































Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?





Thursday 4 April 2013

kurus + gemuk






















Biarlah nampak gemuk sebab pakai baju longgar..
daripada nampak kurus sebab baju ketat..


hidayah




















semalam biarkan berlalu

semalam yang aku lalui
bersama satu impian murni
ku genggam erat sebagai satu petanda
di haru muka, kelak akan tercapai jua

semalam yang aku lalui
bersama kegelapan sebagai teman
kutangisii dan sendu
kerana leburnya impian itu


namun semalam jua

terpukau mata memandang cahaya nan terbit
cahaya yang menerangi kembali kegelapanku
petanda pengharapan impianku bersinar

semalam sudah berlalu
biarkan ia terus berlalu
dihadapan sana aku terus melangkah
bertemankan cahaya dariNya
terima kasih wahai Pencipta
kerna impianku kini sudah tercapai..







Wednesday 3 April 2013

Untuk dia

Dear my Sahabat,

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit 
dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan 
bersamanya dosa dosanya seperti pohon yang 
menggugurkan daun daunnya

(H.R Bukhari dan Muslim)

                                                                                     Yang Benar,
                                                                                      Sahabatmu.





Syafakallah




















"Dan apabila aku sakit,
Dia lah yang menyembuhkan aku."
(Surah Asy-Syu'ara': 26:80)

Semoga dia kembali sihat seperti sedia kala. Amiin.






Monday 1 April 2013

apa engko buat?

"apa engko buat sekarang?"
ini lah persoalan yang orang keliling duk tanye aku sekarang.

"aku duk umah.jadi fulltime housewife." -_-

pagi pagi bangun pagi.
gosok gigi.
makan nasi.
sudah kenyang goyang kaki.

huh.simple bukan, hidup.




















nampak tak?
sekarang aku dah ada dua bijik pc.
maka,
peningkatan mutu kerja juga perlu bertambah
mengikuti
peningkatan harga harga bil elektrik. uhuk.

okeh tuan tuan dan puan puan.

bangun pagi

selepas segala bende settle.
aku buka benda alah ini lah.















maka
terpampang lah berpuluh puluh ketol icon di atas skrin yang berwarna hitam.
suka desktop hitam daripada taruk gambar pelik pelik
untuk memudahkan proses pencarian.

yang wajib aku tekan.
skecthUp. autocad. adobe photoshop.
tak lupa juga
abang Google kita.















proses mendesign akan bermula
apabila anda mendapati seorang wanita yang tidak menutup auratnya
berada di atas padang hijau seluas infiniti.

biasanya aku delete jer pempuan ni.
buat menyomak den jer.
















pastu start la melukis.
dulu dulu masa study.
nak buat benda alah ni memang susah betol.
tekan citu.
tekan cini.
banyak sangat proses.

sekarang.
tidak lagi.
semua aku tibai dengan short cut.

seketol design ni biasa aku amik masa setengah jam.
kalau pada hari itu mood aku elok, amik sejam jugak la.
mau kasi detail.
















ini adalah proses rendering.
ketika ini,
aku boleh la nak korek hidung ke
nak mencebok ke
nak beristinjak ke
nak keluar pi jalan jalan pun boleh.

proses ni agak lama.
al maklum la..nak bersolek lebih.

biasa aku suka render tiga atau empat projek dalam satu masa
untuk mengelakkan proses membazir masa.

kadang kadang,
aku tido je.
biar pc aku ni jer yang buat kerja.





























last sekali.
ini lah jadiknyer.
save dalam format JPEG.
kalau rasa ada yang tak kena.
aku touch up je benda alah ni dalam photoshop.
malas eh nak render banyak kali.

sekarang musim red warrior.
sampai ke dapur nak meroh jugak.




















okeh la tuan tuan puan puan
nak pi panjat pokok mangga lak.
actually, nak kasi tahu. rumah sewa kita dah tak semak dah.
petang petang kite tebas semak tu.
haa tengok tengok

mana ada goyang kaki??


p/s:
kerja di rumah syok sekali
terima gaji senang hati
tapi bimbang goyang kaki
takut rezeki tidak diberkati.