Friday 26 April 2013

Tips goda lelaki.

Aku nak ajar korang macam mana nak cari calon suami atau laki untuk gadis gadis di luar sana.
Lepas ni boleh lah hang pa semua nak try testing kat dorang.
Mohon guna untuk dapat yang laki yang jenis baik.
Bagi yang dah ada kapel. Nilai balik dorang, kalau korang rasa nak break.
Lantak korang lah.
Apa aku peduli.

Mula mula,
ajak dorang pi kedai makan.
McD, KFC, Burger King, Pizza Hut tak boleh diterima pakai.
Hanya kedai yang menggunakan khidmat waiter sahaja yang applicable.

Pastu, tengok cara dorang panggil waiter.
Kalau dia panggil cam bunyi cencurut tahan nak mencebok 'crut crut'
tak pun 'oi oi' atau 'siul'
terus REJECT!!

Lelaki yang awesome akan memanggil dengan panggilan yang baik
seperti 'abang', 'kakak', 'adik' dan sebagainya.
ini lah dinamakan RESPECT.

Jika dorang boleh respect orang yang tak kenal.
Maka, sudah semestinya dorang respect korang more than that.

Tip kedua aku dapat daripada abang aku.

Hanya boleh dilakukan pada hari Jumaat.
pada waktu di antara pukul 1.15 petang hingga 1.45petang.

Mula mula,
amik handphone korang,
tulis ayat power, biar dorang tak dapat nak tunggu seminit dua untuk balas.

Jika dia reply dalam seminit dua selepas korang hantar,
Sah la dia tak pi solat jumaat
takpun
dia tak kusyuk dengar khutbah.

Laki macam ni harus REJECT terus tanpa ada belas kasihan.

Kalau solat Jumaat dua rakaat dah susah nak buat.
Solat yang lagi lima apatah lagi.














No comments:

Post a Comment