Sunday 7 April 2013

rumput oh rumput kenapa engkau panjang?


cerita yang agak lama dan mungkin dah jadi fairy tale.
dongengan itu yang paling mahal dan antik.
















Pada suatu pagi di satu sekolah

menengah, ada seorang pelajar
bertanya
pada seorang guru yang sedang
mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang
secara am. Dialog di antara pelajar
dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?.
Macam mana juga kasih sayang itu nak
berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu
ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat
apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin
kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya
harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas
rumput di situ dan sambil
memandang
rumput di depan kamu, pilih mana yang
PALING cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi walaupun sekali. Dan
kamu petiklah rumput yang PALING
cantik yang berada di depan kamu
tersebut dan selepas itu bawa balik ke
kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula
ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun
bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh
petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di
atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya
carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi
cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan
sambil mencari yang paling cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
sampai di penghujung padang , saya
tak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada di antara yang di
belakang
saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap
tak boleh menoleh ke belakang
semula, jadi tiadalah rumput yang saya
boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita
patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah
kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih
faham dengan orang yang kita sayang
itu, kita boleh perbetulkan keadaan
dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang
itulah kita jumpa paling cantik dan
paling baik pada MULAnya walaupun nak
ikutkan banyak lagi yang cantik
dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut
tak
boleh diselamatkan lagi,
maka barulah kita mulakan sekali
lagi. Maka
sayangilah orang yang berada di depan
kita dengan tulus dan ikhlas

copy paste~

No comments:

Post a Comment