Friday 5 April 2013

isu hari ini dan selepas














Kadang kadang orang tak faham tarikh di setiap entri blog atau status.
Tarikh adalah batu tanda kejadian
tentang bila
mengenai ketika yang khas itu
terjadi spesifiknya waktu

begitu tidak adil dan kejam andai sesuatu yang ditulis pada suatu tarikh diguna pakai di tarikh yang lain.
boleh jatuh fitnah
boleh porak peranda
boleh membakar amarah.


dua tiga tahun lepas, die menulis tentang bahagianya dia berzina dengan si polan.
semalam,
dia menulis tentang syurga itu terlalu cantik warnanya
kenapa dipersoalkan siapa dia dahulu?
kenapa tidak nampak dia gigih mencari dirinya yang baru?


cepat
atau lambat
itu sahaja

perubahan kita manusia
ada
cuma cepat
atau lambat

kita semua bukan kita 5 tahun dulu
kita semua bukan kita 3 bulan lalu
kita semua bukan kita 4 saat tadi
kerana kita manusia
dan kita percaya pada memperbetulkan diri


jangan hukumkan seseorang hari ini kerana tulisannya sebelas ribu tahun yang lalu
bagaimana bernanah dia, sekurang dia sedang bertatih kini
bagaimana pujuk dia agar diterima Tuhan, itu antara dia dengan Rabbi

janganlah pula tudingkan seseorang hari ini kerana dirinya yang engkau tafsir pada mata kamu
bagaimana berulat dia, sekurangnya dia bangkit semula esok pagi
bagaimana busuk dia, mungkin dia yang mendapat tempat di sisi Tuhan berbanding kita sendiri


sibuk sibuk busuk orang
mulut sendiri lupa diperiksa
sibuk sibuk ketiak orang
badan sendiri lupa dijaga


kita semua pendosa
mungkin masanya bebeza
mungkin dosa tidak pun sama
tetap
tak ada dikalangan kita yang sempurna


syurga itu luas untuk kau lokekkan.
apa seronok merasa nikmat tanpa ada sesiapa untuk kau kongsikan?


berhentilah menjadi Tuhan
kalau tak mau dibantu tatihnya
jangan diperlengkeskan mereka


biarkan.


kenangkan..
andai Rasulullah memandang masa lalu
tak mungkin Umar menjadi al Khattab



aku adalah antara yang tidak percaya memadam entri enti lalu
aku dengan waras mau membiarkan terjelas
bagi aku
masa lepas layaknya dibiar menjadi masa lepas

aku perlu biarkan demi suatu masa dibaca setiap satu persatu
agar aku sendiri melihat betapa jauh perjalanan aku mencari Tuhan
sehari seinci
jadilah
dari tidak ada

mana tau
satu hari nanti
ada yang berkata
"kalau perempuan seburuk ini mampu kembali pada Tuhannya,
apa lagi aku"

aku percaya
cahaya tetap sudi menjamah aku.













No comments:

Post a Comment