Monday 22 April 2013

Gadis yang membuatkan aku cemburu

Usianya lebih muda dari aku tetapi bukan itu yang aku cemburukan.

Aku cemburu melihat betapa gemarnya dia beribadat. Tanpa sedikit malas, dia mengerjakan solat tahajud. Setiap masa, walaupun aku dan dia berbual panjang hingga larut malam. Dia tetap bangun dua pertiga malam. terus melarutkan diri dalam surah surah quran yang panjang, kemudian mengangkat mukanya, menutup kedua dua matanya dan menadah tangannya.

Dia yang menyampaikan suara hatinya pada maha esa dengan begitu kusyuk, damai, dan begitu asyik. Air matanya membasahi pipinya serentak dengan doa doa yang panjang. ucapannya lembut dan perlahan. manakala badannya bergoyang goyang menahan tangisan.

" kenapa kamu beribadat dengan kuat? kenapa kamu menangis dalam doamu? tidakkah mata kamu berasa letih kerana terlalu banyak menangis?"

" aku ada banyak dosa."

"aku jijik dengan diri ini.aku rasa begitu kotor dan tidak layak berdiri di hadapan Tuhan. ada ketika aku mahu membunuh diri. tetapi Tuhan menolong aku. Padahal ketika itu aku begitu jauh dengan Allah. rasa tak dapat kembali pada jalan yang benar. mengingatkan masa lalu yang kotor.
Setiap kali aku mandi, aku menggosok tubuhku dengan kuat kuat dengan sabun dan berharap semuai itu dapat membersihkan diri aku. Aku mahu bersih ketika menghadapNya nanti. aku mahu Allah menyambut aku dengan kasih sayang. Aku mahu Dia mengizinkan aku yang pernah kotor sebelum ini menatap wajahNya."

Gadis yang hampir dengan Tuhan membuatkan aku cemburu. Sikapnya yang tenang itu membuatkan aku sedar betapa nikmatnya taubat.



No comments:

Post a Comment