Saturday 27 April 2013

Nenek tiga suku

Pada suatu petang, cuaca agak mendung.
Semakin lama langit semakin gelap,
kedengaran beberapa ketul bunyi berdentum dentum.

Atuk: Woi! kau nak kena sambal petir ke?

Nenek: Aku dah kena sambar dah ni.

'Apahal pulak minah ni?' monolog si atuk.

Oleh kerana rasa kesian si nenek berhujan di tengah jalan,
maka ditarik si nenek ke tepi longkang.

Atuk: Engko ni dah kenapa? Macam kucing kurap dah aku nengok.

Nenek: Kenapa engko kawan dengan aku?

Atuk: Gila sentimental soalan engko ni..

Nenek: Aku selalu sakitkan hati engko. Aku selalu buat engko macam tak wujud walaupun engko ada depan aku ni je. Aku selalu sakat, marah, sepak terajang engko dan kadang kadang buat engko menyampah. Tapi kenapa engko tetap kawan dengan aku?

Atuk: Engko tahu tak? Walaupun engko garang macam harimau, tapi untuk orang yang sabar, akan keluar kegembiraan untuk orang yang rapat dengan engko.

Nenek: Nasib baik engko jantan. Kalau tak aku dah peluk engko. (sambil tarik hujung baju si atuk lalu merembeskan mukus yang pekat lagi hijau)






P/s: terima kasih Tarmizi Yunus












No comments:

Post a Comment