Tuesday 23 April 2013

Tuhan menjawab doaku

Lagi sekali aku bertanya kepada gadis yang aku cemburui itu.

"Bagaimana kamu menghadapi segala ujian tersebut?"

Dia menunduk, suaranya perlahan.

"Allah, tolonglah aku. Aku sudah tidak tahu hendak buat apa lagi.
Begitu sukar bagi mempercayai apa yang aku alami. Tetapi inilah yang terjadi. Aku bangun pada pagi keesokkan dengan semangat yang baru. Langkahku terasa ringan, hati terasa jauh lebih lapang bagi menghadapi segala kemungkinan.
Malah aku ingin sekali menyanyi, namun sesuatu yang mustahil akan aku lakukan kerana hati terasa begitu terganggu.
Dia sentiasa yang Maha Baik. Allah menebalkan muka aku sampai berkaki kaki tebalnya. Semoga dosa dosa ini tergugur dengan ujian ini dan semoga aku terlahir kembali menjadi manusia solehah yang semakin dekat denganMu."






No comments:

Post a Comment