Friday 31 May 2013

Dan keranaNya

Dan, kerana Allah, bersabarlah.
Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…
walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah, bersabarlah…
bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, maka bersabarlah..
dan kerana yakin pada Allah, maka bersabarlah…
dan kerana Allah, maka bersabarlah..
tiada ketentuan yang sia-sia.
tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.
Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG YANG SABAR..
JIKA kamu HILANGKAN SABARmu MAKA ALLAH akan menghilang darimu....

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
 
saat ujian datang bertimpa-timpa,
Allah cuma mahu menduga,
masihkah kamu sabar dengan kekurangan,
dan
masihkah kamu redha dengan ketentuanNYA.

tazkirah di hari jumaat

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala.
Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab : “Aku takutkan api neraka…”
 
Khalifah yang adil itu memujuk : “Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka..”
Namun, apakah jawapan budak itu? Katanya : “Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?”
Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis….

Apabila rasa takutkan Allah  yang sentiasa memerhati sentiasa menjaga dan mengawasi berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang fikirkan tentang Allah, lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.


note to myself..islahnafsi

Gagal

aku gagal..kenapa aku masih terr senyum?
sebab aku tak takut dengan kegagalan ...
APABILA aku dah berusaha,
APABILA aku dah berdoa,
APABILA aku dah bertawakal kepadaNya.

kerana,
aku percaya Allah mendengar doa-doaku,
aku akui dengan nyata Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

mungkin kegagalan sangat menyakitkan,
terutamanya apabila kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk mencapainya,
dan tanpa terduga,
keputusannya tidak seperti yang dijangka.

mengapa sedih dan berdukacita?
sebenarnya kau bukan gagal untuk segalanya.
kemenanganmu sedang tertunda.
jangan lekas putus asa dengan kegagalan yang kau rasa,

bukan kegagalan itu yang akan meruntuhkanmu sepanjang perjalanan,
ia hanya suatu cubaan,
dalam sebuah pengharapan,
akan ada suatu ujian,
sejauh mana kita mampu mensyukuri nikmat Tuhan.

menyesal ke berdoa, berusaha dan bertawakal kepadaNYa?
jangan pernah ungkapkan sedemikian rupa,
kerana,
boleh jadi kegagalan ini yang akan menjadi tangga untuk kau menaiki puncak kejyaan.
Dia maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa.
yakinlah ada kejayaan yang lebih besar menantimu dihari depan,
kegagalan hari ini hanya sebagai modal untuk meminjam masamu supaya kau lebih rela berusaha dengan penuh kegigihan,

tak usah peduli dengan suara-suara sumbang yang mengata di belakang,
kita tidak melakukan apa-apa kesalahan,
biarlah mereka dengan ejekan dan hinaan,
kerana Allah menilaimu lebih tinggi apabila kau bentengkan diri dengan kesabaran.
apabila mereka mengejekmu dengan cercaan,
mereka sebenarnya merendahkan nikmat yang telah Allah berikan.
mereka lupa siapa sebenarnya yang mengatur kehidupan, kejayaan dan kegagalan.
mereka tidak sedar nikmat yang sedang mereka punya bila-bila masa boleh kembali kepadaNya semula jika Dia mengkehendakiNya,

mereka yang merendahkanmu ,
sebenarnya sedang membakar semangatmu,
tunjukkan kepada mereka bahawa kau sebenarnya mampu,
inilah titik untuk memulakan kembali perjuangan yang kian layu,
berterima kasihlah kepada yang orang merendahkanmu,
dia sebenarnya sedang menunjuk jalan buatmu,
 
terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu, dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur (al-a'raf:144)

segala yang kau miliki,
adalah milikNYa,
jangan risau kerana Allah maha kaya,
ada kejayaan buatmu di hari muka.
teruskan berusaha jangan pernah berputus asa.





setiap kali aku jatuh, sungguh-sungguh aku cuba bangun..boleh rasa dunia nie nak hempap dada..sangat menyesakkan..tapi, bersama deraian air mata ku sedar..Allah sentiasa ada untuk melihat dan memerhatikan hambaNya..

#ya Allah, moga aku tak kalah dengan ujian2Mu..yakni 'nikmat2' sihat, sakit, gembira, dukacita yg Kau berikan..ameen...dan benarlah, ''semua yg datang dari Allah tue indah, walaupom terkadang kita tak boleh melihat betapa indahnya musibah itu..'' (Ibnul Qayyim)


Wednesday 29 May 2013

Ayu bukan aku, aku bukan ayu.

Hai.
Amboi engkau minah..cam western jer kasi hai hai. Dah tak reti nak bagi salam?

Assalamualaikum...
Haa..kan sopan cam tu.

Alhamdulillah. Hari ini jari jemari aku masih berada di atas keyboard. Kaku. Masih memikirkan apa yang mahu ditulis. Aku belek belek entry entry aku sebelum ini. Cukup sebulan entry aku berbaur kesedihan. Penuh jiwang.
Aku buka facebook aku. Aku belek belek inbox aku. Baca balik apa yang aku sembang sembang bersama sama dengan sahabat baik aku.

saje baca baca balik post post lama mung
kenkadang tengok analogi mung ...
some sort on different stage
mmm
maybe either your brain wiired like this or this is how architecture mind works 

Tersengih sebentar membaca mesej yang dihantar kawan baik aku yang sorang ni. Alhamdulillah. Masih lagi ada makhluk yang sudi mengambil berat tentang aku walaupun aku layan dia macam gorilla. Haha. Jangan marah atuk superman.

Ada jugak yang tertanya tanya.  Adakah aku sakit.  Hmmm.  Biarlah rahsia.  Kikiki.

okeh, sementara otak aku ni kosong, tarak tau mau tulis apa. aku nak cerita serba sedikit tentang aku. 
bagi manusia yang tak kenal aku. tengok aku awal awal. memang dorang pikir, "aku lah wanita yang seayu ayunya.." 

Bukan. Bukan aku ayu mahupun tentang seorang wanita yang bernama ayu. Aku gagal untuk menjadi wanita ayu. Jangan risau bakal mak mertua aku. Walaupun aku begini, aku tetap menjaga batas. Dah perempuan, buat gaya perempuan.

Aku cuba untuk berubah menjadi wanita ayu. Tapi, masalahnya, makin aku wanita, makin aku tak menajdi wanita. Hmm, cam mana nak construct ayat ni. Ok, makin aku bertambah usia, makin aku tak wanita. Hormon lelaki beranak dalam badan aku ke apa?!
Meh aku kasi few example:
1. Kat rumah ke,..kat luar ke..,melainkan pi keje (oleh kerana dah kena sound dengan bos) ..aku lagi suka pakai baju t-shirt dengan seluar. jarang sangat nak pakai baju ladies.. mak aku pernah kena tegur dengan nenek aku, "Ani..engko buleh tak tegur anak engko yang sorang tu..jangan bagi pakai seluar..pakai kain." Nasib baik aku tak dengar nenek aku membebel..kalau tak dah lama aku ceramah nenek aku. Hihi.
2. Kalau aku keluar jalan jalan dengan adik perempuan aku ke..dengan member perempuan aku ke..kaki aku ni mesti setengah meter ke depan. Kadang kadang aku terpaksa stop, dan tunggu dorang datang dekat dengan aku, baharu la kitorang buleh jalan sesama. Masa tu, dorang mulalah bising bising, " Hoi minah...engko nak masuk maraton ke?"
3. Suara. Yang ni paling aku tak suka nak habaq. tapi aku nak cerita jugak. Aku tak suka cakap kasar kasar. tapi suara aku yang membuatkan aku menjadi kasar. cam mana tu?? Paling sadis bila aku call ma aku. Kebiasaannya ma aku dengar suara aku cam nak marah marah, kasar, tinggi, kuat. tapi entah mengapa, pada hari tersebut, aku call ma aku, boleh pulak ma aku tanya, "Ni Jah ke? Ma dengar macam suara Cikin(adik aku)". Adik aku yang sorang ni manja cikit. *cikin, jangan nak perasan!

Memang aku begini rhupe..nak buat macam mana..redha jela kan. Bukan aku dua alam sepertimana superman aku pikir.  Walaupun gaya aku lebih kurang macam jantan. Gelak aku macam gelak evil. Tetapi hati aku tetap ayu. Chewah. Geli gelimang tulis macam nih!

#Baik tulis yang happy happy, walaupun hati masih tak happy lagi, sekurang kurang kita berusaha untuk teruskan hidup supaya happy dan yang membaca blog ini pun turut tersenyum... InsyAllah,..bahagiamu pasti tiba! bersabar lah! :)



Tuesday 28 May 2013

senyap seketika


nak menulis entry..kena ada
jari jari..tak kira jari kaki ke jari jemari..
kena ada hati dan jugak feel..
baghu idea tu datang..

jari aku dah sempurna alhamdulillah..
sekang ni hati aku hentah kemana..feel lagi la takdak..
izinkan aku cari ati aku kejap..
bukan aku nak lari..bukan aku nak menyepi..
aku nak cari kekuatan..meraih kembali semangat juang..


awak..saya yakin..
setiap pengorbanan kerana tuhan..akan beroleh ganjaran yang amat setimpal..
andai saya pemegang tulang rusuk awak..dan saya amat berharap sayalah pemegangnya..
saya mohon pada tuhan..agar diberi ketetapan perasaan dan rasa hingga tiba masanya..
kita menyepi bukan kerna benci..jauh sekali..
kita menyepi kerna ingin menjaga hati dari terus dicemari..
jaga hati hingga saat awak menjadi halal untuk diri ini..
jangan biarkan makhluk ini bertakhta dihati melebihi sang pemilik hati itu sendiri.. 

"Ya Rabbi, pegang hati kami, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.
aku terus berusaha dan menanti saat itu tiba..aminn..

Monday 27 May 2013

dan bila mata air itu pecah

dan akhirnya, air mata itu gugur jua..
saat hanya mencari sebab untuk menangis..
bukan manja dan mengada-gada..
tapi rasa macam it’s too much to be tolerate..
rasa macam sangat over limit dah..
nak marah tak boleh..
ada satu tahap,
kita dah tak tahu nak marah macam mana..
dan kat sini,
aku belajar banyak benda..
bahawa kemarahan aku tak wajar diluahkan dengan mulut dan kata-kata..
tak wajar, atau tak mampu??
itu aku sendiri tak pasti.
dan bila,
satu rasa yang sangat-sangat berat itu..
tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata..
atau dengan tindakan..
maka akhirnya air mata menjadi jalan menghambur segala-galanya..
dan bila marah,
aku hanya mampu diam-sediamnya,
dan lari jauh-jauh..
benci dengan diri..
bila menangis sebab benda-benda kecik yang tak munasabah, 
dan sebab-sebab remeh temeh yang menyakitkan hati..
that's me...
oouch....sila berubah diriku!... :'(

Sunday 26 May 2013

satu saat diam itu lebih baik.



bismmillah......selamat malam sahabat fillahku...kaifa hal?? semoga sihat-sihat semua yea...alhamdulillah dapat bersua lagi kali ini kat halaman yang daaa berhabuk tebal nie..lama tak kemas..lama tak edit..lama xjenguk..uisssh..pemalas betol kan..hi..bukan pemalas cuma tak de mo0d sejak akhir-akhir nie...lagipom tengah duk asingkan diri seketika..he..hari nie layarku bertebar megah lagi..insyaAllah ku cuba kemudi bahtera ini sebaik mungkin semoga sahabat yang membaca dapat manfaat jua darinya...sahabatku, ambillah apa yang baik dariku sebelum Tuhan mengambil nyawaku...pekongsian untuk smua...hatiku dan hatimu kian bersatu dalam saf yang satu....insyaAllah.. :)
.............................................................................................................................................................................................................................

sepanjang hidup kita nie...tak terkira insan yang hadir dan pergi..ada yang hadir seketika cuma seperti bayu yang menghembus..ia datang dan pergi begitu saja tanpa bagi kesan apa-apa...dan mungkin kita tak perasan pom akan kehadirannya..begitu juga dengan dia...

ada jugak yang datang dan begitu setia dengan kita..tapi kita tak rasa pom kepentingan dirinya untuk terus bersama kita..malah kadang-kadang mungkin kita rasa lebih baik dia tak wujud daripada tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita hinggalah dia pergi buat selama-lamanya...subhanallah.. kadang-kadang kita nie terleka... ''sesungguhnya Allah datangkan seseorang dalam hidup kita nie adew dua sebab je..sama ada untuk hidup selamanya dengan kita atau kita akan mempelajari sesuatu darinya...'' subhanallah..sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kita dapat pelajari dari dia..walaupom tak banyak kan..syukurlah sebab masih ada yang sudi hadir dalam kamus hidup kita....

dan kadangkala...kita rasa kita tak mampu kongsi apa-apa dengan sahabat kita..betol x?? :)
kita selalu kata, "xde pape laa...''
tapi dalam hati kita hanya Allah yang tahu keperitan yang kita rasa...ada perkara kita tak dapat nak cerita pada sahabat-sahabat malah orang yang terdekat dengan kita pom..dan hanya pada Allah yang boleh kita luahkan..

''..segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami ke(syurga) ini kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan kami..''
Al-A'raf:43


kadangkala lebih baik diam daripada menjelaskan apa yang kita rasakan..kerana menyakitkan ketika mereka boleh mendengar tapi tak pernah mengerti apa yang kita maksudkan....benar?? hurm..tapi pot pet jugak

maka bersabarlah.....:)

ini untuk diriku jua...seringkali kita berada dalam kelemahan...kelemahan untuk menghadapi cabaran dan onak duri dalam kehidupan serta menongkah segala tekanan yang membelenggu hari-hari kita..ketahuilah sabahatku..kelemahan tue hakikatnya adalah diri kita...lemah tak berdaya dan semestinya kita memerlukan kebergantunggan pada yang lebih kuat dari kita...yang mampu bagi kita semangat..mampu mendoakan kita....kalau tak, mana mungkin ia dapat menyalurkan kekuatan buat diri kita yang makin lemah nie...namun kadangnya terfikir dijiwaku ini..kepada sape kita perlu bergantung harap??lebih hebat dan agung?? masyaAllah.....seringkali jua kita meluahkan segala isi hati kita pada teman-teman namun kita selalu terlepas pandang pada yang Hak..Allahu Rabbi...sesungguhnya Dia yang lebih kita dahulukan daripada sesiapa...Allah..Allah..Allah..

terbaca dalam satu artikel baru-baru nie... ''kelemahan jiwa tue bukanlah penyakit sebenar tapi ianya tanda hati kita ini sedang lemah pergangtungannya pada Allah SWT..'' subhanallah...tersentap seketika..rasa kena hempap ngan kuali panas daa muka nie...aduhai..kita seringkali nafikan kelemahan jiwa tue dengan nak tambah kekayaan..nak kaut keuntungan..nak miliki segalanya..tapi dalam sedar kita sendiri tahu kita tak pernah merasai ketenangan..kelapangan dan merasa cukup dengan apa yang kita adew saja..astaghfirullah...

diceritakan adew seorang lelaki datang kepada rasulullah dan bertanya..
"..wahai rasulullah..apakah Tuhan kita jauh sehingga kita perlu menyeruNya..atau adakah Dia cukup dekat sehingga cukup untuk kita berbisik padaNya..??''

maka turunlah firman Allah SWT...
''..dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentangKu..sesungguhnya Aku adalah dekat..Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon padaku..maka hendaklah mereka tue memenuhi segala perintahku..dan hendaklah mereka beriman padaKu..agar mereka akan selalu berada dalam kebenaran....'' (al-baqarah:186)

subhanallah..Allah telah menjelaskan segala-galanya dalam kitabNya...yakinlah bahawa Allah akan menerima doa kita..dan ingatlah sahabatku..sangka baik pada Allah tue tersangatlah penting..jika terdetik kat hati kita.. ''..Allah terima ke doa aku nie..??'' maka begitulah juga sangsi Allah pada kita..yakin sebenar-benar keyakinan kita pada Allah adalah bukti pergantungan kita padaNya..insyaAllah..sahabat fillahku..setakat nie saja dulu dariku untuk kali ini...ambillah sedikt pengajaran yang terkandung sepanjang kalian meniti pelayar nie..yang baik itu datang dari yang Hak..dan yang buruk itu datang dari kelemahan diriku sendiri....
Duhai sahabatku sayang..ingatlah kebergantungan pada Allah itu yang pertama...sesungguhnya Dia sntiasa disisi kita...



nota kaki
~sekadar peringatan buat diriku jua sahabat...nampak mudah sangat bagi tasji' pada orang kan?? bila kita sendiri  yang terima ape apa musibah atau ujian...aduhai..lemah terkulai je rasa...moga dapat manfaat yea.. :)
~last ingatan utk aku dan kamu.. ''dan musibah apapom yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri..dan Allah memaafkan banyak (kesalahan-kesalahan) mu..'' (as-Syura:30)
~let's smile sahabatku..... :)


pesan hati pada jasad





wahai mata ku, janganlah menangis tersedu sedan meratapi setiap keperitan yang menjalar memakan perasaan...kerana kau harus percaya bahawa setiap  dugaan yang sedang kau rasa adalah takdir dari yang maha Esa...tiada duka yang akan abadi selamanya...dan Allah maha perkasa menentukan segalaNya...Redhalah dengan suratan yang telah di gariskan...maha adil Allah akan menjadikan segalanya sempurna. 

lekak lekuk di kehidupan sementara nie adalah lubang-lubang yang perlu ditampung dengan kekuatan dan iman yang kukuh, barulah perjalananmu bisa menjadi sekuat aloi yang  tidak akan runtuh.

wahai mulut, kau diciptaNya begitu unik dan tiada sesiapa yang bisa menggantikan fungsinya walaupun sebuah robot ciptaan manusia yang berharga sejuta..melaluinya, Allah menghadiahkan pula suara...dan aku mengharapkan suara yang akan dikeluarkan bukan segala jenis umpatan dan cacian terhadap kejadian yang terlihat di penglihatan...jadikanlah mulut tue sebagai saksi suara melafazkan ayat-ayat Allah dan memberikan nasihat dan kebaikan...

wahai telinga, dengarkan segala nasihat-nasihat yang bernilai yang akan memimpinmu menjalani kehidupan ini dengan sempurna...tutuplah telingamu dari mendengar suara-suara sumbang yang cuba membengkokkan jalan yang lurus, yang cuba melalaikan dan menidurkan mindamu dari berfikir perkara kebaikan..

wahai jasad yang akan hancur lumat dimamah tanah, kau adalah amanah dari Allah...siapa kita untuk menjadi perosak diri?..tega sungguh wahai manusia jika kehidupan sementara yang dilalui diisi dengan melakukan maksiat yang hanya akan memakan diri.

bukankah diri adalah amanah dari Allah untuk kita jaga dan lindungi dari azab api neraka?? Allah hadiahkan kita penglihatan, pendengaran, suara, sentuhan dan segala kemudahan. Dia tidak meminta bayaran di setiap sedutan udara yang kita gunakan...apakah hendak bersyukur dengan menyebut sepatah “Alhamdulillah “ pun terasa berat untuk diucap kan..?? subhanallah....

duhai pemilik diriku......duhai jasad...
''berterima kasihlah kepada Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..nikmat yang di anugerahkan ini terlalu bernilai...jagalah dan gunakanlah di jalan Allah dan bukan gunanya untuk meraih dunia semata-mata..''





welcome to my heart..






selamat datang ke sebuah hati..masuklah bila kau mahu mengikat dengan akad..masuklah bila kau sedia bergelar suami...

#nafsu datang pada mereka yang letih menunggu, cinta akan hadir pada mereka yang sabar menanti...maka, bersabarlah.. :)






Friday 24 May 2013

tazkirah buat jiwa di hari barokah

duhai diriku sayang..lihatlah dengan mata hatimu, betapa ramai manusia yang mengajak manusia lain kembali kepada Allah namun dia sendiri 'lari' dariNYA.. adakah dirimu jua begitu??nauzubillah.. jiwaku..berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup tidak selalu bahagia..sedekahkanlah satu senyuman walaupun dihatimu tidak lagi mampu bertahan..berlajarlah memaafkan walaupun hatimu terluka..berhentilah memberi alasan walaupun ingin menyatakan kebenaran.. hiduplah dalam iman walaupun hari dipenuhi dugaan..dan berpeganglah kepada Allah walaupun DIA tidak kelihatan..bukti kasihNYA kita wujud di dunia pinjaman ini..ada sebab bila berlaku sesuatu perkara..yakinlah Allah menguji setiap hambaNYA yang mengaku beriman kepadaNYA..

diriku, jangan terlalu berkhayal untuk jadi terbaik kerana hidup tak semudah itu..anggaplaa kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki..moga lelahmu dihargai Ilahi walaupun dicemuh insani..ingatlah bait-bait firmannya "sesungguhnya Allah akn mmberikan pahala kepada orang2 yang sabar tanpa dihitung."(Az-zumar;10).. maka bersabarlah sayangku, jangan terlalu tunduk pada dunia..kerana hidup nie taklah seindah kata-kata..hanya semangat dari kata-kata tu yang mampu membangkitkan kembali jiwa yang lara..diriku, tak salah untuk berkhayal namun buktikanlah dengan perbuatan..untuk menjadi yang terbaik tue impian, namun impian takkan tertunai andai dirimu sendiri tidak cuba melangkah kearah itu..bangkitlah!!bina kekuatan...

belajar untuk senyum disaat hati sedang menangis...^__^.. tengok kambing, senyum pada kambing.. tengok awan, senyum pada awan....^^hakikatnya tak susah untuk berlagak kuat dihadapan makhluk2-Nya..tapi susah sekali untuk berlagak kuat di hadapan Dia yang mengetahui setiap inci kelemahan diri..subhanallah..kita nampak hebat dimata manusia bukan kerana pangkat, rupa dan segala-galanya yang kita adew tapi kerana ALLAH masih sudi menutup aib-aib kita..jika Allah menyingkap aib kita nescaya seluruh manusia berasa jijik untuk memandang..Allah..Allah.. sedarlah diriku...

diriku..senyumlah..Allah datangkan ujian sebab Dia daa ada cara tersendiri untuk pujuk hatimu...jangan terasa diri keseorangan..sesulit mana jalan yang ditempuhi, ingatlah kebersamaan Allah bersamamu..disetiap hela nafasmu..tak pernah sesaat meninggalkanMu..berjuanglah da'ei..jangan merajuk.!!!

selangkah kau menghampiri, seribu langkah pula Dia mendekati..biarpun dosa-dosamu menggunung tinggi..tak pernah jemu menanti taubat yang hakiki...subhanallah..

buat jiwa yang makin malap....hayatilah..
pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagai mengenggam bara api...andai terus digenggam hancur luluh jiwanya...namun andai dilepaskan hancurlah dunia..jangan takut untuk berjuang kerana orang yang berjuang memang dirintangi ujian...sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar...kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan...syurga menjadi impian!!!

Thursday 16 May 2013

mencari jalan menuju syurga






alhamdulillah, bersua lagi aku bersama coretan yang tak seberapa 'molek' ini..sekadar melakar lukisan hati di awangan dan bakal gugur berderai bersama titisan keinsafan..insyaAllah.. menulis bagaikan sudah menjadi terapi buat jiwa yang selalu  ditarbiyah nie...segala yang terbuku di hati akan dicoretkan melalui tulisan lalu menterjemahkan segala rahsia disebalik sekeping hati.......:) .alhamdulillah...(yang terakhir mungkin untuk bulan mei)..

Hatiku Merindu Untuk Beruzlah!!

astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah.......segala puji-pujian bagiMu ya Allah, Tuhan yang melimpahkan nikmat dan rahmat kepadaku jua hamba-hambaMu..... Alhamdulillah.. impianku kian terlaksana...Syukur padaMu ya Rahman....sekian lama menyimpan hasrat untuk menuntut dan me'nadah' kitab di 'pondok' akhirnya Engkau makbulkan...semoga Engkau permudahkan segala urusanku dibawah rahmat dan keredhaanMu..amin.

sangat mudah untuk mencipta angan-angan namun untuk menggapainya punyalah terlalu susahkan....hrrmm..(apa hrmmm, hrmmm..??jangan mengeluh, Allah tak suka..) senyumlah andai apa yang kamu impikan belum tercapai..mungkin Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kamu mahu...subhanallah sungguh baiknya Dia kan..sentiasalah berdoa padaNya..jangan tinggalkan Dia..sesungguhnya Allah sentiasa ade dan selalu merindui rintihan hamba-hambaNya yang datang mengadu padaNya..tertarik dengan bait-bait ayat penulis Hillal Asyraf ''bila Allah tidak memberikan kita apa yang kita impikan, Allah SWT sebenarnya sedang memberikan kepada kita apa yang sepatutnya kita dapatkan..'' ..terkedu dengan ayat nie..membuatkan mukaku tertunduk malu..Allah, betapa nikmat yang dah kita dapat selama nie selalu disia-siakan...tapi kita tak pernah mengalah..selepas mintak satu..mintak lagi...dan lagi... tapi Allah terlalu baik untuk kita...sekalipum kita melakukan kesilapan yang besar padaNya, Dia selalu memberi apa yang kita inginkan malahan lebih baik dari apa yang kita pinta...

sahabat-sahabat kesayanganku, cuba kita sama-sama renungi sedalam-dalamnya diri kita..betapa nikmat yang kita perolehi selama ini dimana kita letak..dimana kita simpan...''kamu guna sebaiknya tanpa membinasakannya???'' tipu!!!!dusta semata!! betapa nikmat yang kita miliki ini tak pernah disyukuri..malahan terus dilapah nikmat ini dan dikoyak rabakkan atas kejahilan kita sendiri...renungilah dengan mata hatimu..berapa kalikah didalam doamu, kamu mengucap syukur padaNya??berterima kasih padaNya?? Allah....sungguh jahilnya diri ini..betapa terlalu banyaknya yang aku pinta dariMu sehari-hari..dipohonkan agar Engkau kabulkan permintaanku.. tapi aku langsung tidak pernah mengucap syukur padaMu atas nikmat yang melimpah ruah Kau kurniakan padaku apatah lagi menggunakan nikmat kurniaanmu sebaiknya...


subhanallah..betapa banyaknya kesilapan-kesilapan yang ku ''agung-agung'' kan dizaman silamku..seakan tidak ingin untuk aku menoleh lagi..ampuni khilafku ya Allah..kesempatan yang kuperolehi ini tidak akan aku sia-siakan lagi...izinkan aku mengulangi janji-janji baru atas kesilapanku yang lalu..Ingin sekali aku merasa indahnya hidup berlandaskan syariatmu..mengamalkan segala perintahmu dan membiasakan diri dengan amalan-amalan sunnah RasulMu...Ya Allah..betapa hati ini tidak kuat menongkah mehnahMu..pimpinlah hambaMu ini ya Rabb...tenangkan lah hatiku disana.....

duhai diriku, janganlah bersedih lagi...untuk apa kamu menangisi sesuatu yang telah berlaku dan tidak akan berpatah balik kembali sedangkan kamu lupa mempersiapkan diri agar tidak bersedih dan menangis di akhirat nanti...terimalah kesedihan sebagai sebuah belaian Ilahi untuk kamu kembali padaNya sepenuh hati..kamu selalu ingin agar tertunai apa yang kamu mahukan, sedangkan Allah memberikan apa yang kita perlukan....diriku, cukuplah dengan kesedihan semalam..sapulah air matamu, lapangkanlah dadamu sayang, ikhlaskanlah hatimu...katakanlah ''selamat tinggal masa silam yang suram!!!!'' mujahadah nie bukan benda yang mudah..tak ada mujahadah yang sedap macam air oren yang sejuk sekalipun kadang-kadang sedikit masam..itulah kehidupan..tapi kalau tak pedih dan tak sakit tu bukan mujahadah namanya...kuatlah diriku... penuhi dirimu dengan makanan-makanan rohani...yang mampu membentuk jati dirimu nanti..

bukan mudah menjadi hamba yang sentiasa taat..tak terlalai dan tak terjebak dengan maksiat..iman yang adakalanya naik dan adakalanya turun ni selalu menjadikan manusia rebah dan tergelincir sekalipun selalu memasang azam untuk terus kuat dan kuat..lumrah kelemahan ini tak sewajarnya untuk kita berasa jemu apatah lagi berputus asa..sepatutnya lumrah nie menjadikan kita terus kuat....sayangku, jangan terlalu berdukacita denga kesilapan lalu...tak ade kesenangan yang tak diiringi kesukaran..Allah telah bagimu peluang...gunakanlah sebaik mungkin apa yang sudah ade didepanmu....jangan bersedih hati...Allah bagi kita terang untuk kita bersyukur..Allah bagi kita gelap untuk bersabar..maka bersabarlah!! 

diriku..kembalilah padaNya dalam segenap keadaan dan bertawakallah padaNya..ketahuilah kasih sayang Allah sentiasa bersama kita....

''sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ''Tuhan kami ialah Allah'' kemudian dia meneguhkan pendirian mereka..maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih: dan gembiralah mereka dengan Jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu''
Al-fusillat:30

 subhanallah....
Allah memilihmu..

  
Kenapa hati muslim kena KUAT?

Kerana muslim ada ALLAH.
Kerana muslim percaya pada ALLAH.
Kerana muslim hanya bergantung harap pada ALLAH.
Dan kerana muslim sentiasa YAKIN pada ALLAH...
Dan, bila hati ada ALLAH,
Yakin, percaya dan bergantung kepada DIA,
PEMILIK dan PENENTU
segala-galanya,
Bagaimana mungkin
hati muslim begitu rapuh dan lemah...
senyum...^___________^

diriku..i love you!!


Bismillahirrahmanirrahim...
untuk sekeping hati yang lara, aku tidak punya penawar...sementelah hati ku pun sedang luka...mungkin masih parah...

kita masih sedang berusaha melupakan segala kesedihan...segala keperitan itu umpama belati yang menusuk hati...pedih...tiada siapa yang mahu belati itu kekal membikin luka tambah parah...kita mahu belati itu dicabut dan hati itu segera diubati...tapi luka tidak akan sembuh sekelip mata bukan???

berhenti berusaha mencuba sedaya upaya...mulalah menerima...terima lah luka itu sebagai antibiotik untuk menjadikan hati kita imun pada serangan-serangan seterusnya...

mengapa Tuhan memberi luka??mengapa aku tidak melihat hikmah??

berhenti lah bertanya kenapa dan mengapa..dan mula lah menerima segalanya sebagai takdir...takdir yang telah tersurat dari luh mahfuz..takdir yang tidak akan Tuhan biarkan kau jalaninya sendiri..

luka memang sakit...sampai bila pun luka di hati itu akan sakit...tapi alah bisa akan tegal biasa bukan??pengalaman itu guru terbaik dan Allah tidak akan membebani kita melebihi kemampuan..tiada satupun yang terjadi pada kita tanpa pengetahuan Tuhan...yakinlah pada Tuhan..yakin dan percayalah...cuma itu ku mohon..

maafkan diri sendiri yang telah membiarkan hati dilukai..mula lah mengasihani diri sendiri..

perlahan-lahan, usaplah kepala sendiri...
“kesian kau..kesian hati kau sakit..kesian otak kau penat...mulai hari ni aku akan jaga kau...supaya hati kau tak sakit lagi..dan otak kau tak penat lagi...aku sayang kau, diri sendiri...”
^___^



#ya! dia bukan perempuan yang berjiwa rapuh
hanya kerana pernah jatuh!


Tuesday 14 May 2013

Jatuh



Meninggalkan bumi uiam setelah tiga tahun berhampas pulas menanggung segala kegembiraan, kesedihan, keperitan dan bermacam macam lagi ke...ke..ke..jika mengimbau kembali terasa bodoh dan kerdilnya diri aku ini. 

Aku kembali ke pangkuan ibu bapaku. terasa amat nyaman di sini. terasa beban yang aku pikul hilang sekelip mata di bawa angin. sedang aku berada di zon selesa, Allah masih menguji aku. ya, ini semua tarbiyah daripadaNya. 

Ketika waktu ini, aku merasa tidak layak untuk menjadi seorang yang solehah kerana aku rasa diriku sejijik jijiknya. Herdikan dan hinaan membuatkan aku jatuh kembali. Jika tujuh tahun dahulu, aku memakai pakaian yang tertutup. melabuhkan tudungku sehingga menutup segalanya daripada pandangan ajnabi. bajuku juga dibesarkan ketahap maksima sehingga tiada seorang pun dapat menganggar bentuk size badanku. Handsock....stokin..sentiasa dipakai sehingga aku berjalan di atas pepasir pantai, meredah sungai tetap aku pakai..

Betapa lemahnya imanku...

Memasuki alam pekerjaan, membuatkan aku alpa pada diri sendiri..alasan bertambah alasan..
aku kotor..aku tak layak nak tunjuk alim..aku tak layak berpakaian sebegini rupa kerana diriku diseliputi dosa dosa..

perlahan lahan aku meninggalkan pemakaian handsock..yup..nak berubah jadi jahat aku lakukan secara perlahan lahan..sama seperti aku  ingin berubah menjadi baik..aku cuba untuk tidak memakai stokin..namun iman senipis ini masih tidak kuat..mungkin malu pada diri..perlahan lahan aku memakai tudung yang agak singkat..tidak selabuh tudungku yang dahulu..diangkat sedikit keatas sehingga menampakkan lengan bahu..Allah..malunya pada diri..malunya aku pada Engkau..betapa hinanya aku ini..betapa tidak sabarnya aku dalam menghadapi ujianMu. Hanya kerana tomahan manusia yang sama taraf dengan aku, aku terus tunduk mendengar pujukan daripada sang Iblis..

Seperti hambamu yang lain...aku juga diuji dengan perasaan. Perasaan yang meluat luat untuk dikasihi dan disayangi oleh seorang yang bernama lelaki..leka dengan dunia fantasi yang aku ciptakan sendiri..sungguh, aku malu padaMu ya Rabbi..saat diri ini patut mengharap cinta dariMu, aku jauh tersasar..

Allah...adakah mungkin aku mampu menjadi wanita solehah seperti yang aku idam idam kan sebelum ini? Ku pujuk diriku kembali..merenung kembali kisah aku sebelum sebelum ini..Apakah niat aku berubah untuk menjadi wanita solehah hanya keranaMu? Atau adakah hanya kerana makhluk yang bergenetikkan adam? 


Saat kita menempuh onak duri,
Derita sekali sekala mencuit hati,
Hati remuk, menangis tak henti,
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati,
Ketika itu sabar pun sudah tak dikenali lagi,
Dalam terharu,
Air mata tertumpah lagi.

Wahai Hamba ILAHI!
Begitulah kehidupan di dunia, 
Kita sesekali tidak dapat menjangka,
Apa yang ALLAH aturkan untuk kita,
Adakalanya kita tersangat gembira,
Adakalanya kita tersangat suka,
AturanNYA bukan pilihan kita.

Namun,
Jangan risau wahai manusia,
ALLAH itu Tuhan kita,
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangNYA.

Percayalah!
Dia tidak menduga hambaNYA,
Kecuali untuk melihat hambaNYA,
Tersenyum di sana.
Tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa,
Oh indahnya!

Wahai hamba ALLAH!
Jangan bersedih, 
Kerana anda telah melalui kesedihan itu kemarin,
Dan ia sama sekali tidak memberi manfaat pun pada keesokan harinya.

Kesedihan demi kesedihan,
Bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan,
Dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna,
Padahal dunia inilah kesempatan untuk dekatkan diri kepada ALLAH,
Untuk kita meraih syurgaNYA,
Yang tersangat indah.
Serta bebas dari rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan,
Air yang manis terasa pahit,
Makanan yang lazat terasa hambar,
Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu.

Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata mengalir di pipi,
Lantaran terasa diri begitu kerdil di sisi ALLAH,
Dan begitu berdosanya diri kita di sisi ALLAH.

Wahai hamba ALLAH!
Lihatlah sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu,
Sepanjang hidup dan usia jangan mudah berputus asa.

Senyuman yang kau berikan,
Dan air mata yang kau titiskan,
Simpan...jadikan tauladan,
Segala yang kau pandang dan dengar,
Simpan..buat pedoman.


Semoga perubahan aku yang kedua kali ini hanya keranaMu..kerana rindu aku kepadaMu..kerana takut akan azabMu..


#Allah turunkan angin dan musibah untuk kita kembali bermuhasabah ^_^