Friday 10 May 2013

Sakit hati : hentikan prejudis

Petang tadi aku keluar jenjalan dengan tunang aku. Beli barang yang mana patut yang belum settle lagi.

Tengah tengah mencari barang, aku bertanya la kat beliau:

"Awak, kenapa yer lelaki lelaki ni suka pada yang cantik aje. yang tak cantik cantik, buang kat tepi. Ramai kawan kawan saya yang dah kawen kata suami dah berubah hati bila si isteri dia dah tak cantik. kita yang pempuan ni tak pernah nak pikir pasal cantik cantik ni. hurm, ni yang tak suka dengan lelaki ni"

"ini adalah isu sampah yang selalu sangat gadis gadis utarakan bila tak puas hati dengan lelaki lelaki macho. saya boleh jawab soalan awak tu..lepas beli barang saya bagi jawapan ..ok..."

aku mengangguk anguk.

*************

kat kedai bata, kedai kasut prinsess, kedai kasut esarli, kbmall kota bharu.
waktu : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

dah berejam rejam dan berpuluh puluh kodai kasut si pakcik meneman si makcik mencari kasut, namun hampa.

si pakcik : awak2, bila awak nak pilih ni..banyak sangat dah kedai kita masuk, tapi tak jugak beli beli. dengan nada keluhan.

si makcik : haih, bukan tak nak beli..tapi belum jumpa yang 'CANTIK' dan berkenan dihati.

si pakcik : hurm, yela.

********************

di kedai beg, kb mall kota bharu,parkson kota bahru, mydin kubang kerian, tesco kota bharu.
waktu, pukul 3petang hingga 6petang.

si pakcik dan si makcik duduk membelek belek beg tangan yang kononya mahu digunakan untuk majlis makan malam.

si pakcik : awak2..ambik yang ni lah..dah okey ni kot..pujuk si pakcik sebab dah letih berjalan.

si makcik : tak nak la..tak CANTIK la warna dia..design pun tak CANTIK sangat.

si pakcik : iyer la awak..kita cari lagi yer. dalam hati dah panas dah

****************

di kbmall tingkat satu. bahagian laptop dan empon.
waktu : raya puasa tahun depan.

si pakcik baru dapat bonus, nak belanja si makcik empon dengan laptop baru.

si apek : abang, kakak, angkat ini hempon la..bagus wooo, model baru lagi . dengan semangat sambil menunjukkan empon yang dimaksudkan.





model  : cumcung gelisi
function : 3G, GPS, wifi, touch screen, android, screen 10 inci
harga : rm 1999
sifat : candi bar, kaler putih.


si pakcik : a'ah la wak, kita beli yang ni la yer...bagus dan murah. pujuk si pakcik.

si makcik : takmo takmo, nak yang empon yang tu la awak .sambil menjuihkan bibir kepada sebuah empon 








model : cokia hello kitty
function : 3G, takde wifi, GPS lagi la haram takde. bukan touch screen, saiz screen 2.5 inci
harga : rm599 . agak mahal sebab sticker hello kitty
sifat: slide phone, warna warni

si pakcik : alaaa..kenapa taknak yang cumcung? kan spesifikasi dia lagi bagus..

si makcik : tak cantik la awak, kaler putih je..yang ni kaler kaler pink, CANTIKKK!!

si pakcik : hurmmm yerla awak...

*******************


on the way nak hantar aku balik rumah, si tunang bagi jawapan. awak dah faham?

aku mengeleng geleng.

"bukan lelaki sahaja yang nak cantik..perempuan pun nak cantik jugak..(sambil bercerita tentang situasi di atas) dan sentiasa utamakan yang cantik..sememangnya manusia sukakan sesuatu yang cantik. jangan nak suka sangat prejudis kat jejaka jejaka. tak baik. bukan semua jantan jongos. dan tak semua gadis bagus (sambil beliau tersengih...perli.)

dunia akan lebih aman seandainya kita memahami sifat mereka yang berlawanan jantina dengan kita,.give and take, pelajari apa yang mereka suka selain kecantikkan. tersengih lagi.

percaya lah, lelaki akan tolak ke tepi kecantikan andai hadir seorang wanita yang benar benar pandai mengambil hati beliau semua. kami tidak hanya memandang kecantikkan wajah dan keseksian body yang sementara."

panjang lebar dengar khutbah.

kelu lidah kejap. T_T













No comments:

Post a Comment