Tuesday 14 May 2013

sepi itu indah

Alhamdulillah, pena masih lagi dapat ditarikkan setelah agak lama menunggu ketibaan YB"MOOD" ni sampai..setelah beberapa lama membiarkan halaman maya yang dahulu itu kosong tanpa sebarang contengan..perasaan rindu untuk membiarkan jemari agar terus menari di titian keyboard ni menerjah kembali..sehingga aku mampu membuka halaman baru yakni the.jiwa kini..

hari ini tiada apa apa yang inginku kongsi..sekadar menconteng kisah hati di kala sepi membelenggu diri..biarlah tak difahami oleh semua orang, asalkan Allah mengetahui setiap bait bait sepi ini..betapa nikmat ini begitu berharga buat diri ini..terima kasih ya Rabb..

Adakah kau tahu, pasti ku  merindu,
gelak tawa mesra mu itu, kita terhibur selalu..
terpisah akhirnya, kasih kita bersama,
tak mungkin kau ku lupakan, saat kita mesra bersama
selamat tinggal kawan ku, moga kita kan bertemu
walaupun, kau jauh, aku ingat kamu selalu
telefonlah diriku, SMS,MMS,YM setiap waktu ku rindu suara mu..
selamat tinggal wahai kawan ku!!


dalam sedar tak sedar dah dua tahun rupanya diri ini menjadi seorang designer..dan dalam dua tahun ini jugak lah aku terpisah dengan sahabat sahabat seuniversiti...lima tahun bersama kamu semua..ukhwah dan kenangan yang tercipta ini seolah olah begitu kejap berada dalam dakapan memori..aduhai..rindunya mereka...

dalam sepi ini..diri terkenang saat pertama kali kereta waja milik pakcik saudaraku meluncur laju..memasuki pintu gerbang matrikulasi uia.

dan pertama kali jua kaki ini memijak laman matrik ini..

perasaan gembira dan sedih bercampur baur..gembira kerana aku bisa selangkah lagi meneruskan pengajianku..sedih kerana meninggalkan ma abahku di kampung..ini lah saat pertama aku berjauhan dengan mereka..terlampau jauh..agak kecewa juga kerana abah aku takdapat menghantarku..namun aku faham keadaan abah yang tak sihat..dia merelakan aku pergi..terlihat ada mutiara jernih ditubir matanya..akhirnya hari itu aku akan tinggalkan mereka..berat kaki ini melangkah..bersabarlah..mujahidahkan kena kuat..


dan..aku seolah seolah menjadi orang 'baru'
yup..disini ku cuba kuatkan diri supaya istiqomah dengan caraku..semoga Allah tak memesongkan hatiku dari landasanNya..hari pertama aku di matrikulasi bermakna hari ini kali pertama abang sulongku melihat aku bertudung besar..labuh melepasi dada..bidang 60..senyumannya menenangkan hatiku..

minggu orientasi juga dikira ujian buatku..ujian kecil namanya..baru pasang niat..Allah dah nak uji ikhlas tak niat tu..walaupun matrikulasi uia..bunyi nampak islamik..tapi tudung rasmi yang diberikan agak singkat..tipis..aduss..hatiku berbelah bagi..misi memburu istiqomah?? akhirnya aku memakai tudung putih yang besar..mula mula agak takut..takut dikenakan tindakan displin..takpe..takkan sekali ku tundukkan nafsu..misi ke'istiqomah'an itu lebih penting..yup..aku bahagia dengan caraku..tambahan pula, aku berjumpa dengan seorang yang sama dengan diriku..inginkan perubahan..alhamdulillah..

dua tahun berlalu di matrikulasi..langkahku diteruskan ke menara gading..main campus uiam,.seperti biasa, ma aku yang menghantar aku pergi..hari pertama berada di uiam gombak, lain perasaannya..tidak sama dengan langkahan pertama memasuki matrikulasi..mungkin kerana aku sudah mengenali kawan kawan aku yang sama sama berjuang bersama ku..

disini, aku agak terleka dengan dunia..terlupa sekejap tentang istiqomah ku...
sehingga gelap gelita menutup mata ku..

namun


di sini jua ku jumpa teman teman yang kutemui..
dan saat ini..kerenah mereka itulah yang paling dirindui..
teman sebilik pertama dan bilik keduaku..subhanallah..teramat rindu..gelak tawa yang kadang kadang menikam kalbu itu membuatkan rindu pada mereka kian membara..walau tak bisa menatap wajah..photo photo yang dirakam bersama mereka menjadi pemujuk hati..aduhai..

dan tidak lupa jugak kepada teman teman yang selalu membantu aku meningkatkan prestasi pembelajaran ku..pretasi imanku..pretasi tindak tandukku..

kenangan bersama kalian tidak ternilai harganya..walau seketika cuma..tangis tawa kita tak kan pernah luput ditinggal masa..akan ku pastikan ia tersimpan rapi disudut memori..ukhwah yang terbina kerana Dia..semoga kekal selamanya..

disini juga aku merasa detik kejatuhan yang paling teruk..yang aku rasa aku tidak layak lagi untuk menduduki dunia ini..dan kerana peristiwa itulah yang aku mulai mengenal diri aku..

mengenal untuk apa aku di sini..
mengenal untuk apa aku berubah,,
mengenal kerana apa aku berubah..

di saat aku keseorangan..

masjidlah yang menjadi tempat persinggahanku..masjid itu lah yang menyatukan kita..tanpa disangka kau dan aku menjadi sahabat rapat..alhamdulillah..Allah menemukan aku dengan dirimu..hidup berusrah memang indah...sahabat yang menjadi penasihat dikala resah..dan teman ketawa dikala gembira..segalanya terakam indah disini..

Qurratu Aini dan Noorzehan..
jalanan itu kita lalui bersama..terima kasih sahabat kerana mempercayai diriku ini..

tasbih indah itu akan aku simpan selamanya..insyAllah..
sahabat..ku doakan yang terbaik untukmu..jaga diri...jaga iman..jaga hubungan kita dengan Allah..pasti Allah akan menjaga kita..

dan dikala sepi ini..merekalah yang dirindui..memori lalu kian menerjah dilaman hati..seolah olah semalam baru kita ucapkan assalamualaikum tanda perkenalan..rupanya rupanya sudah
dua tahun kita melontarkan maassalamah tanda perpisahan..aduhai begitu cepat masa berlalu..

dan sepi itu
membawa rindu ini lebih kemuncak pada cinta Ilahi..

Aku perlu kembali
demi meneruskan perjuangan yang belum selesai ini
walaupun perdu mataku ini bersarang seribu kedukaan..
yang mungkin akan menjadi penghalang perjuangan ku kali ini

aku perlu bermujahadah lagi
walau jalan mujahadah itu bisa mengundang derita
tapi kerana derita itulah aku akan kuat
mengharungi mehnah perjuangan
demi amanah suci ini
kau perlu kembali duhai diri
demi cita cita yang melangit tinggi

kau perlu bermujahadah lagi
yakinlah
engkau tidak keseorangan
dalam mengutip butiran butiran ilmu
kerana Allah sentiasa bersamamu disepanjang perjuangan ini,.

perjalanan itu akan ku redah lagi..
misi keistiqomahan itu takkan pernah berhenti
dan aku perlu memperbaiki diri

kutinggalkan belog yang dahulu kala..tinggalkan fb yang dahulu kala..hatta handphone sekalipun..kutinggalkan..semuanya bermula untuk yang baru..aku kembali kepada misiku..

seorang daie adakalanya perlu beruzlah kerana dia perlu sedar dalam masa dia mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemaksiatan dirinya tidak sedar sebenarnya hatinya sedang terluka..Allahu Rabbi..hakikatnya " betapa ramai manusia mengajak manusia lain kembali kepada Allah namun dia sendiri 'lari' dariNya"..nauzubillah..dan akulah sebahagian daripadanya..Allah..

subhanallah..benarlah sepi itu indah..

dalam sepi..banyak perkara yang ditemui..
ada jiwa yang merintih..dan berkeluh kesah
mengenang pahit manis kehidupan..
sepi buat kita mengelamun
terkenang masa silam yang indah..
ada derai air mata..ada senyum dan tawa
mereka berkata..sepi itu indah..
namun hatiku berbisik..sepi itu adalah kerinduan
ada pilu yang mendera..ada lara yang menyaluti jiwa..
kerana dalam sepi...rindu kian membara..
bergelodak didanau yang memilu
lalu rebah dimuara sendu..kerana sepi itu adalah rindu..
rindu dakapan Rabbul Izzati..

#Nabi SAW bersabda: "cintailah Allah kerana Dia yang telah memberimu makan dan kenikmatanNya. dan cintailah aku dengan Allah SWT kepadaku"










No comments:

Post a Comment