Tuesday 14 May 2013

Dia masih sayang


bismillahirrahmanirrahim...... Alhamdulillah!!! salam sayang sahabat fillah ana..senyum sikit!! ^_^ (olololo..tomey2..hi.hi).. baru dua hari blog nie ditinggalkan sepi...habuk pun da mula menebal tinggi..Allahu Rabbi..sukarnya untuk membuka layar disaat mood melayang pergi...hari ini fajarku diiringi dengan titisan-titisan mesra sang hujan yang menyapa...subhanallah..nyaman terasa jiwa..hati pom mula merasa tenang...

buka pc > online > rindu > buka belog > baca entri2 lama > mood datang..
(Alhamdullillah........ ^^)


tidak tahu apa yang ingin dikongsikan..sekadar mengikut rentak hati yang mula kebas dengan bermacam rasa...dua hari itu tidak lama..tapi pengisian dalam tempoh itu sangat bermakna..perkongsian ini sekadar menjamu sedikit sarapan pagi buat hati-hati kalian..aku bukan sasterawan yang mampu menulis berjela-jela puisi tarbiyah..bukan jua pakar cinta yang layak mengutarakan bait-bait bicara indah..tulisan aku tidak menarik..tidak juga cantik..tapi biarlah santapan ini mampu memberi makan buat hati kalian.. tidak banyak, sedikit pom cukuplah...
......................................................................................................................................................................................................................................................................................
Seorang LELAKI berjumpa dengan seorang ULAMA
sambil membawa anaknya yang baru dilahirkan..
Lelaki itu bertanya kepada ulama tersebut MENGENAI CARA MENDIDIK ANAK..

Berkata ulama tersebut,” Kamu terlewat! PROSES MENDIDIK anak BUKANLAH BERMULA daripada anak itu DILAHIRKAN, tetapi ia sebenarnya BERMULA daripada PROSES MEMILIH IBU YANG BERIMAN dan SOLEHAH untuk anak ini..”
.......................................................................................................................................................................................................................................................................................

Allahu Rabbi...termenung sejenak..bagaimana dengan diri ini?? bercita-cita ingin menjadi solehah..namun amalku seolah-olah menidakkannya....bagaimana pula kelak?? berimpikan ulama'-ulama' yang beriman..serikandi-serikandi yang indah akhlak dan pekerti...namun umminya??
diam..merenung titis-titis hujan...bakal ummi ini perlukan perubahan...yup, mesti!! 
tersentap seketika mendengar bait-bait ayat ini..

"..demi untuk zuriat yang bakal lahir, setiap pemuda dan pemudi wajib merancang dengan baik dalam mencari bakal ibu dan bapa kepada anak-anak...jika gagal, tidak mustahil anak-anak nanti menjadi rosak dan akhirnya menjadi derhaka kepada ibu dan ayah...jangan jadi seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Umar, ''kamu telah menderhaka kepada anakmu, sebelum anakmu menderhaka kepada mu...''

Allah..Allah..Allah...tidak ingin menjadi ummi yang derhaka buat sang anak..apatah lagi sebelom menjadi zaujah...tidak ingin menjadi anak yang derhaka buat ibu ayah...aku kena berubah..yea,..dah dua tahun juga aku mula kenal diri aku..mula merasai indahnya hidup bersyariat..indahnya hidup apabila kenal siapa DIA, sang pemilik hati.. sedikit demi sedikit aku cuba belajar.. belajar dari kehidupan orang..belajar dari usrah-usrah...belajar dari ujian yang datang..apatah lagi tarbiyyah-tarbiyyah secara formal atau tidak..syukur...Dia masih sayangkan aku...kuatkan hati aku....dan tanggal 3 may 2013....sekali lagi hidup aku mula berubah... moga keputusan yang diambil ini tak menyusahkan hidup sesiapa...aku berubah kerana Dia..ingin jadi lebih baik juga kerana Dia..bukan kerana mereka-mereka..tetapi kerana terlalu rindukan peluk kasih Dia...ingin jadi anak yang solehah...zaujah penyejuk mata sang zauj...mahu jadi ummi yang baik buat sang bidadari dan ulama'-ulama'... 



ini adalah perubahan kedua aku...alhamdulillah Allah masih kuatkan hati dan diri aku...teringat perubahan pertama dua tahun yang lalu...aku mula beristiqomah mendekatkan diri pada sang pencipta. subhanallah..ujian itu datang tanpa henti...bukan mengalah..tapi aku cuba untuk gagah..yakin Dia ada disisi..tapi kadang-kadang longlai terasa kaki ini..di hadapan makhluk, aku mampu berlagak kuat..tapi, bila berkeseorangan..air mata sentiasa berjurai..menemani hati yang sedang terluka mungkin...

perubahan ini bukan semua orang suka....dan tidak dinafikan, tak semua orang percaya kita mampu kuat...mampu beristiqomah dengan apa yang kita pilih.. aku hanya mampu tersenyum..sungguh, banyak persoalan yang meniti dibibir sang pemerhati...kadang-kadang terasa dihargai..tapi kadang kadang, rasa diri seolah-olah dipermain...sedih... lalu..aku cuba pujuk diri...perubahan ini kerana Allah bukan?? kenapa mesti lemah??kenapa perlu mengalah?? 

bagaimana nak jadi ummi buat anak-anak kelak..kalau ujian kecil nie pom dah nak nangis..dushh... terkena sebijik..hurmm.. dan kadang kadang, terkilan jugak..apabila ada yang tak mengerti perasaan kita..dan akhirnya, terluah jugak di laman sesawang...

Allah...berikan aku kesabaran yang tinggi untuk menempuh jalan menuju syurgaMu..aku mengerti bukan mudah untuk menjadi yang terbaik..maka kuatkan iman ini Ya Rabb...amin.

aku mengerti..ujian itu pelukan sayang Allah...kerna itu aku kena kuat..Allah nak uji keikhlasan hati ini mencintaiNya..terima kasih buat yang selalu disisi..yang memberi kata-kata semangat untuk terus kuat... dan alhamdulillah..hari ini aku mampu kuat lagi..dengan sebuah senyuman..aku mampu berdiri gagah...yup, Allah takkan uji hambanya kalau Dia tahu hambanya itu tak mampu nak pikul ujian itu... subhanallah betapa besarkan kasih Dia..mencintai hamba dengan memberi ujian...ujian untuk dekatkan lagi diri ini dengan Dia...
hurmm..tak terucap rasa syukur ini.....terima kasih Tuhan...

aku mula mengatur langkah lagi...namun satu langkahan yang penuh ''hati-hati''..agar tak terpijak duri-duri tajam dijalanan..agar kaki ini tidak lagi terluka..masalah dan ujian itu selalu ada...malah tak pernah berhenti..aku cuba pegang pada prinsip, ''hidup tanpa masalah ibarat belajar tanpa ada peperiksaan...''.. kita hanya hidup sambil lewa..tiada arah tuju kan??.. bila diuji..baru kita sedar jalan yang kita lalui ini betul atau salah...indahnya perancangan Allah..

aku inginkan title solehah!! yup, solehah......bukan mudah kan..tapi inilah jalannya..berubah menjadi lebih baik... nak anak soleh...kena mula sekarang right?? ^_^ senyum je bila sebut anak....sabar.. lambat lagi diriku sayang..perbaiki diri dahulu...doakan agar Allah sentiasa kuatkan diri..kuatkan iman..kuatkan hati...jangan mudah sentap...nak jadi si solehah bukan mudah..kena lalui jalan yang susah dulu..andai tak mampu bertahan, menangislah...agar tangisan itu bisa membuat hatimu kuat kembali..
diriku..ingatlah... ''seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama..kerana dia ada Allah disisinya..dan kesedihan bukanlah cara hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya..''
teruskan melangkah..pandang kehadapan..senyum..wanita solehah itu dambaan kamu bukan??ikhlaskan niat keran Dia...bersusahlah dahulu..syurga menantimu sayang...

senyum!!

#contengan perjalanan....sedikit melalut...tak mampu melontarkan bahasa indah..hanya yang reti mengerti.... Allah yang maha Kuat sedang melatih diri untuk jadi kuat....^_^





No comments:

Post a Comment