Sunday 31 March 2013

Tidak! Dia tidak pernah...




















"Dan Tuhanmu berpesan.
Berdoalah kepadaKu,
nescaya akan Aku perkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang orang yang menyombongkan diri
daripada menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina"
-Surah al-Mukmin: 60-


"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang berada dalam kesulitan,
apabila dia berdoa kepadanya dan yang menghilangkan kesusahan
dan yang menjadikan kami (manusia) sebagai khalifah di bumi?
Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang lain)?
Amat sedikitlah kamu mengingatinya."
-Surah an-Naml: 62-










Saturday 30 March 2013

different

















Si rongak dengan si jongang
Si debaq dengan si cengkeding
Si kaya dengan si miskin
Si putih dengan si hitam
Si cerdik dengan si lembap
Si macho dengan si serabai
Si cute dengan si comot
Si sopan dengan si gelojoh
Si hebat dengan si kecundang..

Terlampau banyak jurang perbezaan..

Kerana Allah

menjadikan setiap sesuatu secara berpasang pasangan
untuk menutup ruang yang terbuka
agar kita saling lengkap melengkapi.

black and white










meh kite nak tolong jawab,

kalau kulit putih melepak bak snow white,
tapi hati hitam legam macam arang,
campak kat akhirat ,
hitam legam jugak jawabnya.

kalau kulit hitam macam jalan tar,
tapi hati bersih suci,
akhirat nanti,
dia lah seperti cahaya.

Friday 29 March 2013

mulut manis

Kadang kadang
lelaki yang tak pandai bekata kata
itulah lelaki yang lebih sweet
dari sweetalker,

dia tak cakap,
tapi dia buat
sekali lelaki ini berkata kata

perempuan akan
ingat sampai bila bila

lagi bermakna.

Macho kah lelaki itu?



Lelaki lagi macho kalau
dia ikhlas tinggalkan
semua kejahatan dahulu kala
untuk menjadi lebih baik
demi redhaNya
di samping wanita yang
dia sayang sepenuh hati.

Thursday 28 March 2013

Riwayat hidup siput sedut



















Pada masa dahulu.
Terlahirlah seekor siput.
Yang bernama Sedut.
Sedut seekor siput yang yatim piatu
Sebatang kara pulak tu.

Satu hari.
Sedut keluar dari rumah beliau untuk bermain.
Petang itu
Kawan kawan Sedut mengajak Sedut berlumba lari.
Namun,
Sedut tidak dapat berlari dengan pantas
kerana pergerakkan beliau yang agak terbatas.
Kawan kawan Sedut mulai mengejek Sedut.

"Oii Sedut, aku jalan selangkah, engko jalan sepuloh langkah! "

Sedut membawa diri ke tepi sungai.
Sedut menangis mengenangkan nasib beliau.

"Apasal aku nih lambat sangat?" rintih si Sedut.

Sedut melihat dirinya ke dalam sungai.
Tiba tiba
Beliau ternampak sesuatu di belakangnya.

"Eh, sejak bila aku pakai benda alah ni?"
Sedut cuba untuk menanggalkan sesuatu yang berada di belakangnya.

Setelah berusaha sekian lama.
Sedut dapat membebaskan diri daripada cengkaman si cengkerang.

"Owhhhh..ringannya rasa diriku.."
Selama ini Sedut tidak perasan dia membawa bebanan.

"Nyah engko cengkerang! Engko lah yang merosakkan hubungan aku dengan kawan kawan aku! Pergi engko dari sini! Aku tidak perlukan engko lagi!"

Berjalan si Sedut dengan excitednya. Tanpa cengkerang.
Pergerakan si Sedut semakin cepat.
Sedut juga dapat mengalahkan kawan kawannya yang lain.

Namun,
Tiga hari kemudian. Kulit si Sedut menjadi
Kering
Mengelupas
dan juga
Gatal gatal.

Si Sedut merasa hairan.
Lalu dia bertanya pada si Rabbit.
Rabbit adalah tabib di kampung Sedut.

"Rabbit, apa pasal aku punya kulit jadi mengerutu?"

"Engko ni Sedut..kot yea pun nak datang jumpa aku, cuba lah engko pakai baju elok elok cikit.
Engko punya badan jadi camtu sebab engko tak pakai baju. Naked tau tak?? Pi hang balik, pakai baju!!"

Si Sedut merasa malu.

Sedut flashback..

Aku bukan tewaskan dorang.
Padahal dorang lari dari aku
sebab tengok aku tak berbaju.

Sedut berjalan ke tepi sungai
di mana tempat beliau membuangkan pakaian beliau.

Bajunya masih di situ.
Tidak reput sama sekali.
Malah masih cantik.
Sedut memakainya kembali.

Dia menoleh ke dalam sungai.
Ternyata cengkerang itu membuatkan Sedut bertambah cantik, comel,hensem, kacak,dan bergaya.

Sedut berazam,
"Mulai dari hari ini, aku tidak akan menanggalkan pakaianku lagi.
walau hujan atau panas.
walau berat se tan.
walau diejek sesiapa pun.
tidak sesekali aku menanggalkannya.
Terima kasih cengkerang kerana menjaga aurat ku! " bisik Sedut tersedu sedan.







Warkah untuk bakal suami saya

Awak.
Surat cinta saya sebelum nikah. Kalau setuju, sign. Kalau tak setuju, tak payah mengada ngada nak sign. Awak boleh memilih wanita lain sebagai zaujah awak. Saya akan kuatkan hati saya menerimanya. Sebab itu saya harap, jangan sentuh hati saya selagimana awak belum sign surat ini kerana hati perempuan ini lembut. Bimbang bila dah suka, awak pula yang menjauh.

Kehadapan bakal suami saya, saya harap warkah ini tidak mengganggu kententeraman dan emosi awak. Saya tidak berhajat nak meletak syarat bak Puteri Gunung Ledang kerana saya hanya perempuan yang serba serbi kekurangan. Namun kehadiran tinta ini hanya sekadar untuk menyatakan isi hati bakal isteri awak (seandainya saya yang terpilih menjadi calon zaujah awak)

Awak.

Saya cuma mengharapkan awak yang selalu berusaha untuk menjadi baik dan lebih baik dan mengajak saya ke arah kebaikan.

Saya tak mengharap Abang Imam atau Abang Bilal mahupun ustaz lulusan bumi anbia, tapi cukuplah jikalau awak mampu untuk mengimamkan solat kita dan kehidupan kita dari bumi ini menuju ke sana. saya tak mimpikan seorang yang sangat baik tapi cukuplah awak seorang yang ingin menjadi baik dan lebih baik dan mngajakku untuk berbuat baik. Kerana saya sedar, saya bukanlah seorang yang baik.

Pernikahan yang saling diterima oleh keluargaku dan keluarganya.

Perkahwinan bukan beerti nikahnya saya dengan awak. Tapi ia satu jalinan silaturrahim antara keluarga saya dengan awak. Saya mahukan keharmonian dan saya mengharapkan restu daripada kedua belah pihak. Saya harap awak boleh sayang keluarga saya seperti mana awak sayangkan keluarga awak. Saya juga berharap, agar saya dapat menyayangi keluarga awak seperti keluarga saya. Tambahan pula, saya hanya dari keluarga yang biasa biasa aja. Bukan anak Dato' atau alim ulamak mahupun anak raja. Kalau darjat yang yang menjadi ukuran, saya harap awak hentikan bacaan isi kandungan surat ini. Ia sudah tidak relevant pada awak lagi.

Handsome. (tolong baca perenggan ini sehabis yang mungkin)

Awak, maafkan saya. Perkataan itu bunyi agaklah demand. Saya pun malu nak cakap sebab saya bukan lah lawa sangat tapi bermimpi nak putera yang kacak. Dengan putera katak pun, belum tentu saya layak. Tapi, saya ada terbaca satu artikel. Kenapa kita malu nak minta yang handsome tapi tak malu pula nak minta syurga dari Allah.
Definisi handsome di hati saya ini bukan lah seperti kacak macam Asyraf Muslim, gorgeous macam fahrin Ahmad. apatah lagi bermimpi untuk memiliki lelaki sesempurna Nabi Yusoff. Tak.. tidak sama sekali. Cukup lah awak handsome di mata saya, walaupun tidak di mata orang lain. Titik.

Tidak garang tapi tegas.
Walaupun saya dikategorikan sebagai garang tapi saya amat tidak suka pada lelaki yang garang. Hati perempuan saya ini lembut sebenarnya, hanya luaran sahaja yang nampka garang. tapi awak, saya tak perlukan awak memanjai saya sampai saya lupa siapa suami, siapa isteri. tegaslah dengan saya pada tempatnya. InsyAllah, saya ini lurus orangnya kalau kena gayanya. Kerana, impian saya nak jadi isteri solehah.

Bertanggungjawab.
Mana mana wanita kat dunia ini, semua inginkan pendamping yang bertanggung jawab. Jadilah nakhoda yang bertanggungjawab dalam kapal selam kita nanti. Tak perlu saya catitkan satu persatu tanggungjawab yang perlu awak pikul, tapi saya amat tidak kisah  kalau kita saling mengingati tanggungjawab kita nanti. Awak suami dan saya isteri.

Jangan memperjuangkan ego
Setiap manusia ada ego masing masing. Jangan memperjuangkan ego dalam kapal selam kita nanti, takut takut nanti tenggelam terus tak timbul timbul. Biarlah ego kita bertempat. Saya tak nak perjudikan masa depan kita kerana ego. Saya minta awak rendah kan ego awak dengan saya dan saya juga rendahkan ego saya dengan awak. Saya tidak mahu isu ini berbangkit dalam kapal selam kita nanti.

Saling menerima keburukkan dan kebaikkan diri masing masing.
Awal awal saya nak bagitahu takut awak menyesal nanti. Saya memang banyak sikap buruk. Kalau awak rasa tidak mampu nak terima, saya minta jangan mohon saya untuk menemani perjalanan hidup awak. Tapi saya selalu berdoa andai seseorang yang hadir untuk menjadi nakhoda kapal selam saya, biarlah awak dan saya boleh saling menerima. Terima lah saya seadanya dan perbaiki diri saya awak, begitu jugak saya. Paling ketara, adik beradik saya cakap kebudak budakkan. Kawan kawan saya cakap saya lurus bendol. Dan mak saya cakap saya panas baran. Adakah awak sanggup?

Awak seorang yang penyayang?

Penyayang bukan hanya pada manusia, tapi pada haiwan jugak. Walaupun saya bukanlah pencinta haiwan yang tegar tapi saya sangat tidak suka pada mereka mereka yag menyepak kucing sesuka hati dan memukul itik tanpa segan silu. Saya kalau nak marah atau bengang pada mereka habis habis tidak saya tolak dorang slow slow tak pun guna senjata paling hot, saya membebel.
Awak, hati saya mudah jatuh sayang pada lelaki yang penyayang. Tak ramai yang tahu rahsia ini.Sekarang dah bocor dah..huhu. Namun, saya pohon sangat sangat, usah pamerkan nilai penyayangmu melalui cemburu buta. Itu bukanlah jalannya.

Jadilah penyuntik semangat dan pil penenang.
Awak, saya memang tidak suka makan panadol. Tolong jangan paksa saya makan bila awak tengok saya sakit lepas kawen nanti. Tapi saya masih boleh menerima suntikan dan pil penenang istimewa. Semuanya dari awak, wahai bakal suami saya.
Saya mohon, jadilah penyuntik semangat dan pil penenang dalam hidup saya.

Jangan ajak saya untuk bercinta dengan menangguhkan pernikahan kita.


Awak, saya tak mampu nak buat story pakwe makwe. Saya tak pandai dan tak reti. Kerana kalau booleh saya nak mencintai awak secara halal melalui ikatan pernikahan. Kalau benar awak nak pimpin saya dan nak saya teman perjalanan hidup awak, saya mohon tunjukkan kesungguhan yang sebenar. Saya tidak minta awak belikan kerera mewah mahupun istana mahligai. tapi ambil masa sejenak dan istikharah. Adakah saya layak untuk menjadi isteri awak dunia dan akhirat. dan mintalah secara beradab.

Pimpin saya untuk mengenal cintaNya

Awak, saya nak mengaku satu benda. Saya bukan nak jadi bidadari awak dekat dunia je, saya nak jadi bidadari awak sampai ke syurga nanti. Itupun kalau awak sudi dan redha dengan saya (blushing)

Sekian, terima kasih.

Saya SETUJU / TIDAK SETUJU




...................................................
(Bakal suami awak)









Ehem, pengakuan berani mati neh. Kalau sapa sapa baca, tolong rahsiakan (rahsia negara aku neh). Takut terbocor luas, dah tak jadi private and confidential dah. Print, sign and send to me after you do istikharah (sila ambil perhatian BAKAL SUAMI SAYA)

Kita mungkin boleh buat list panjang panjang tentang apa yang kita nak, tapi kita kena sedar His list is always the best. Redhakan hati hati ini menerimanya.





























Wednesday 27 March 2013

Betapa sayangnya Dia
















Allah turun kan hujan
sehingga hujan itu bertukar menjadi banjir
tapi Allah keringkan banjir
dengan terbitnya matahari
ketika matahari memancar
sang pelangi muncul
namun
pelangi terbias hanya sementara
kerana
Allah nak kasi langit yang membiru
angin yang lembut.


Begitu lah ujian.
Pertama kali,
Allah datangkan kita ujian dengan slow motion
Kita tak berapa nak rasa sangat sakitnya
Maka Dia datangkan pula ujian yang berat
Sehingga kita rasa tak tertanggung bebannya.

Lalu,
dikeluarkan kita dari masalah tersebut
secara spontan
tanpa kita duga.

Sedang kita leka dengan nikmat yang sementara
Allah hadiahkan kita nikmat yang paling abadi di sana.

Syukur, Dia masih sayangkan kita.





satu dalam sejuta


















Kawan, kalau one day aku jatuh, kau akan tarik aku semula tak?
Supaya kita sama sama berjalan atas trek dakwah yang sama?
Supaya aku tak terjatuh ke jurang neraka?
Jangan jawab sekarang,
jawab bila aku dah jatuh nanti..

Terkekek kekek aku membaca

Dalam satujuta kawan
nak jupa yang tarik kita sama dengan dorang
hanya seorang
1:1 000 000

Sejuta.
Lagi syok dorang tengok kita kena tibai dengan munkar nakir
Gelak sakan tengok kita jatuh guling guling
tersembam pulak muka ke batu yang tajam
tertusuk batu batu tajam
terus ke jantung.



Satu.
Belum sempat nak tergelincir.
Sepantas kilat di tarik ke tepi.
Berjalan bersama
Jika jatuh
Dihulurkan tangan
tidak sampai
Dihulurkan tali
tak kira panjang mana
asalkan sahabat beliau turut sama
naik ke realiti sebenar.


Mana satu jawapan anda?

Tunggu aku tergolek golek dahulu
Gelak sakan sepuas puas dahulu
Baharu dihulurkan bantuan.



Awek muda
















Silky white
Olay total effect
Collagen
Juga tak ketinggalan
Botox
Macam macam bagai produk diperkenal di pasaran
Gadis gadis remaja dan
yang sudah tidak bergadis pun
sibuk duk tepek kat muka
Kononnya tak nak ada penuaan
Sehinggakan keaslian yang sebenar sudah hilang


Walawehh..
Dah duopulohlima tahun aku hidup
Secalit bedak pun aku tak tepek ke muka
majoriti mengatakan aku masih lapanbolas tahun
Tak nanti aku pakai...
"tengok kak ton, comey!!"
-_-


Astaghfirullah,terlebih riak pulak.muahihi.


Sedikit sedikit meninggalkan kita

Semasa kecik kecik.
Abah ma panggil suruh turun dapur makan nasi.
Pasti di bilang satu persatu.
"Abe, Kak Jah, Kak, Abe Mi, Umi, Apih?"

Kurang confident, diorang kira lagi sekali.
"1,2, 3,4, 5, 6..haa..dah cukup."
Baru lah kami semua boleh start makan.

"Nah sikit sikit sorang, korang semua ramai" 
Si ibu membahagi bahagikan sama banyak agar kami tidak bergaduh.
Adil bukan.

Hari ini.
Aku tengok engko, engko tengok aku.
Masak lauk sedozen.
Masuk dalam peti.

Semasa kecik kecik.
Masuk dalam kereta.
Kereta gerak tak sampai sepuluh minit.
Dah ada dua tiga makhluk menjatuhkan kepala ke bahu.

"Aish..sibuk la.Bangun la. Dah la kepala macam besi"
Sambil menolak kepala si adik dengan hentaman yang kuat.

Hari ini.
Aku pusing sebelah kanan.
Aku pusing sebelah kiri.
Tiada lagi bebanan seberat satu tan kepala lori.


Semasa kecik kecik.
"Ish..nak tengok Dragon Ball!!"
"Aku nak tengok Snow White la!!!"
"Nak tengok Usop Sontorian laaaaaa!!!"
Punat televisyen hancur lunyai ditenyeh tenyeh.

"Ke tepi, ma nak tengok senetron bawang putih..."
Si ibu tersengih melayan drama.
Si anak anak tunjuk muka tak puas hati. Bengang.

Hari ini.
Tekan satu, dua , tiga, empat, lima, enam sehingga beratus. 
Plastik remote control tak buang buang lagi.

Semasa kecik kecik.
Berangan angan nak jadi anak tunggal.
Mesti ma abah sayang aku seorang.
Semua benda aku pulun seorang.
Tak perlu lagi nak berkongsi.
Tak perlu lagi nak bergusti.

Hari ini.
Berangan angan nak adik beradik ramai ramai.
Lagi ramai dari enam orang.
Tak kisah kene bahagikan kasih sayang.

Kerana 
Sekarang 
Baru aku rasa
Hidup aku 
Hanya 
Dengan sebijik PC!












Tuesday 26 March 2013

Monday 25 March 2013

Bina ayat

Masa sekolah menengah aku belajar bahasa Arab. Oleh sebab aku belajar di sekolah yang ber'title'kan agama. Jadi diwajibkan ke atas aku untuk mempelajari bahasa Arab. Masih ingat di ingatanku Ustazah yang bernama Ustazah Mariah. Beliau seorang ustazah yang berdedikasi, lemah lembut, peramah, malahan cantik dan yang paling penting bijak mengajar pelajar pelajar beliau.

Ustazah aku ni ada method die yang tersendiri semasa mengajar. Pada mulanya aku sangkakan bahasa Arab ni susah gile gile susah la.. ku pikir jugak bahasa Arab ni lagi susah daripada bahasa Inggeris..tapi sangkaan aku meleset. Bahasa Arab lagi senang..senang nak faham..

Masih aku ingat lagi bagaimana beliau mengajar kami cara cara membina ayat yang lengkap.

Contohnya,

Alamat..keyboard aku takde tulisan jawi daa..
Huh..belasah lah..

Contoh:

Kursiyun (Kerusi)

Ustazah aku cakap, 
Korang guna la imbuhan Haza (ini).

jadi

Ini + Kerusi = Ini kerusi
Haza + Kursiyun = Haza kursiyun.

Walaupun hanya dua perkataan sahaja, tapi ayat itu dah lengkap.
Senang saje kan kan kan? dah dapat dua markah!

Jadi tak payah la korang nak tulis ayat berbelit belit panjang yang entah apa apa. 
Straight forward lagi best.

Meh tengok contoh lain..
























Agaknya cikgu ni yang confuse..nak tanda right pun serba salah.. -_-









Memori makan bersama

Tengahari hari ini memang cantik. Matahari bersinar dengan megahnya, terang berderang. Peluh di dahi turun seperti turunnya air paip yang lupa ditutup paipnya. Aku masih lagi terpacak di tapak binaan. Melihat Mr.Chong selaku bos aku bersama seorang lagi designer, Kak Nik. Sedang mengukur batu bata yang tersusun rapi berdiri tegak di depan muka diorang. Aku hanya mencatat angka yang beriburibuan bersama lakaran yang entah apa apa. "Pekena singa beng (limau ais) best jugak ni..."bisik anak tekak aku.

Selesai sahaja mengukur, kitorang menembusi Grand Livina berwarna..macam nak silver..tapi tak..sampai hari ini aku masih tidak mengenalpasti warna kenderaan pacuan empat roda milik Mr.Chong. "Zurpppp" Aircond dipulas ke tahap maksima. Pipi aku disapa angin yang lembut.. "Aaahhh.." sambil memejam mata rapat rapat. Heaven!

*******

"Mau makan apa hari ini? " Mr.Chong bersuara.

"Ikut la Mr.Chong..dahaga air je ni.."

Lebih kurang sepuluhminit melayan perasaan bersama angin aircond, akhirnya kami tiba ke destinasi. Kali ini warung nasi kukus menjadi pilihan Mr.Chong.


*******

"Nik, kamu punya berat badan berapa sekarang?" Mr.Chong memecah kesunyian seteleh agak sekian lama kitorang sedap melantak. Aku dah faham sangat soalan bos aku ni.

"Semalam saya timbang sudah naik.. 51.6 kilogram." jawab Kak Nik.

"Kamu pulak Mi?"

"Saya?? Saya 60 kilo Mr.Chong.."

"Wah..manyak beratttt...Mi, dulu saya tengok kamu kerja tempat lama. Sudah slimmm..tapi hari ini muka kamu sudah bulat balik"

"Tak pe lah Mr.Chong..Bulat pun ramai yang suka." Aku membindas.



















Doraemon yang bulat pun ramai yang suka. Seantaro dunia tuu..

Bila dua jiwa disatukan

Walaweh tajuk entry...sekali tulis muntah hijau sekilo gram..
Aku agak tension dua tiga hari ini..
Asal aje bukak facebook..
Terpampang dua makhluk sedang berposing..
Sorang bertanjak..sorang lagi ada mahkota kecik atas kepala..
Adik aku mulai gelisah..

"Sudoooh...."berkumandang suara adik perempuan aku di cuping telinga.
Aku hanya tersengih.

Musim cuti sekolah bermakna musim 'menuai' sudah tiba.

********

July 2012

Aku mengaru garu kepala, sesekali ku cekik leherku..
"Haishhh..nak habaq ke idak ni?? seram sejuk.."

Belum sempat aku  nak buka mulut, dah ada yang bercerita

" Engko ni dah betol ke nak kawen? dah sedia ke diri nak tanggung tanggungjawab?
Aku tengok engko nak sapu hingus kat hidung pun bukan main susah lagi. Belum lagi aku nak testing macam macam bagai." bebel mak aku.

" Tapi itew dah bagi ini dah..." aku mencelah.











"Apa???!!"

"Engko ingat esok lusa engko makan bende alah ini je?? Tengok la tu? Dah la kecik. Nak dibandingkan dengan hati ayam, hati lembu, lagi besar..kenyang pun kenyang.."

Dush dush dush!! Naik beberapa bijik telur di dahi.



Friday 22 March 2013

Kadang kadang



















Kadang kadang..
Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik
Kita melihat dia punya segala galanya
Kita merasa dia selalu bahagia
Hanya semata mata kerana dia punya apa yang kita tidak ada

Tapi sebenarnya..
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya
Cuma bila kita tak membuka mata untuk menilau ujian sebagai bonus untuk 'topup' nilai kehidupan
Maka yang terlihat hanya kekurangan

Diri..
Kenapa tidak memberi peluang agar kekurangan kita membuat kita sedar diri

Kadang kadang..
Apa yang kita tidak ada itulah yang membuatkan kita menghargai apa yang orang lain sia siakan
Kekurangan kita itulah yang membuatkan kita mensyukuri perkara perkara kecil yang orang lain abaikan...

Ku pujuk jua

















Dan sudah lama ku pujuk hati,
mari kembali mencari Yang Abadi.

Dan sudah lama ku pujuk diri,
mari kembali kepada Yang Setia Menanti.

Dan sudah lama aku pesan pada diri,
supaya berhenti mencari dan berharap pada mimpi yang tak pasti.

Sungguh, hingga saat dan detik ini
hati masih begini
masih bertatih tatih mencari
dan aku cuma bimbang
bahawa kesempatan akan akhirnya berlalu pergi..

Thursday 21 March 2013

Pembahagian














Masa kecik kami adik beradik selalu bahagikan makanan sama banyak.
Ambil pembaris meter abah ukur sama banyak.

Walaupun makanan atau barang tersebut hanya sebesar duit sepuluhsen.
Kami tetap bahagikan sama banyak.

Sehinggalah kami besar panjang.

"Abah ma! Berapa sorang?"

Itulah yang kami pelajari.
Pembahagian satuperlapan.

Tuesday 12 March 2013

Ikhlas

Ikhlas ibarat buang air besar.
kita lakukan sepenuh jiwa.
tidak terpaksa.
sanggup bertahan walau di tempat busuk.
bengang bila kena bertangguh.
dan tidak merungut untuk
buang hasil proses dari puluhan ringgit dinner semalam.

Monday 11 March 2013

Matang lah sangat

Jangan ingat perempuan yang
suka senyum,
suka tersengih sengih,
suka gelak sorang sorang,
suka berlawak jenaka,
suka mintak itu dan ini,
suka mendesak,
suka terhegeh hegeh,
suka melantak,
suka segala suka lah!

Tidak matang!

Dalam jiwanya tengah melayan
seribu kepahitan,
seribu kekecewaan,
seribu kegagalan,
seribu kesedihan,
seribu bebanan,
seribu kekurangan,
seribu kedhaifan,
seribu campur darab seribu lah!

Itulah dinamakan matang
membendung perasaan daripada
pengetahuan semua orang

Sunday 10 March 2013

Tetap


Tetapkanlah hati pada agama dahulu
Sebelum menetapkan hati pada manusia
Jangan pilih yang pertama
Tetapi pilih yang terakhir 
Apabila tiba masanya

Friday 8 March 2013

Tazkirah Jumaat

Alang alang hari jumaat..sesekali nak la jugak blog aku hidup dengan Nur Jumaat..ececece..
Sempena orang duk wish selamat hari wanita untuk aku, terpikiq sejenak, adakah aku ini tergolong sebagai wanita bagi si die??


Setelah pernikahan antara Saidina Ali dengan Fatimah Az-Zahra,
Fatimah telah berterus terang dengan Saidina Ali tentang sesuatu perkara,"Wahai Ali, sebelum aku dinikahi engkau di Kota Mekah, ada seorang lelaki yang menjadi idola dihatiku. Aku sangat ingin menjadi dia menjadi suamiku." kata Fatimah. "Kalau begitu, engkau menyesalkah mengahwini aku?" Tanya Ali. "Tidak, kerana lelaki itu adalah engkau." jawab Fatimah.


Dush dush empatpuluhjutakali di muka. Aku belum sepenuhnya wanita lagi!!!


jangan bermimpi di pagi hari

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.

Kalau dah diri macam katak, jangan mengingau nak kawen dengan tuan puteri.
Kalau dah diri tu tak secantik snow white, jangan mengada ngada nak tilik cermin.
Kalau diri tu bukan cinderella, jangan berkhayal nak naik kereta labu.

Dah tu..
Paham paham jela..
Ke nak kena hantuk duopuluhribukali kat bantal??


Thursday 7 March 2013

ma cakap, " jangan bermimpi di siang hari"

Tak semua rindu boleh diluahkan.
Tak semua cemburu perlu diberitahu.
Tak semua sayang harus ditunjukkan.
Ada perkara lebih baik menjadi rahsia Allah.

Kawal rindu dengan doa.
Kawal cemburu dengan bersangka baik.
Kawal kemarahan dengan wudhu'.
Kawal nafsu dengan iman.