Thursday 3 October 2013

Eh serius kau nak kahwin?

Kahwin benda yang menyeronokkan.
tapi datang juga dengan pekej kesukaran.
k. cukup intro. 


Dia sumone..
yang tak pernah nak kaver ensem..nak kaver smart..nak kaver macho bile ade depan aku..
tu membuatkan aku cukup cukup selesa bila bersama dengannya..
aku nak kentut..aku lepas je..
aku rasa nak menangis..aku menangis je..
aku rasa nak sedawa..aku hembus je..
die pon sama jugak..so tak kesah la kan..
kitorang sama sama tak kesah..sejak dari dulu sampai la ke sekarang ni hah..

still got 13 days more..gila tak berdebar nak kawen..
sebelum ni kemain lagi aku rasa jiwa raga kental tak berdebar..
kononnya lah..bila dah tak sampai berapa hari lagi..hambek ko nak..
berdebor tak hengat..sampai kekadang terasa macam nak uk uk..
mana tak berdebor..nikah kawen bukan perkara kecik..
bukan sekadar perkara suwit suwit..
ada perkara yang lebih besar dari segala benda tu..
iaitu tanggungjawab...
so bila dah nama tanggungjawab..
maka otometik akan terpikulnya satu amanah di pundak bahu masing masing..
dalam masa dok pikul amanah tu la..
perlu ada toleransi..
ada kesefahaman..
tolak ansur..
baru ada suwit suwit gitu..


ni wedding cake aku,jemput2 la dtg.



Sunday 29 September 2013

jenis manusia: cakap nak A

Cakap nak A je

Satu malam, guwa borak2 dengan adik-adik aku
Cerita pasal justin bieber
Ntah macam mane terborak pasal jenis manusia yg we all anti

*****

"ko kak jah?manusia yg macam mane yg ko benci?" - soal adik no.3 aku 

"banyak dow,tapi aku paling menyampah dengan org yang cakap nak A je. Serabut dow otak kalau ade member jenis camtu" 

"oooooooooooo" - balas si no.3 dengan memek muke buat2 paham

"oooooooo plak, ko ni tau x ape maknenye cakap nak "A" je tu? - soal aku balik bile tgk muke die bekerut

"taula,aku bukan bodoh sangat"

"cube ko cakap sikit kt akak ko ni ape tu cakap nak "A" je"

"bukan susah. Tgk ni , "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA" " 

"pang!!!!!" - bunyi pelempang aku yang hinggap tepat muke beliau

****

Maksud cakap nak "A" je :

Mengikut kamus dewan makan, golongan cakap nak "A" ni adelah golongan manusia yang bile bercakap suke mengagungkan diri sendiri,jenis taknak kalah bile bercerite, cerite lebat. Konon semua bende dalam dunia ni die tau. Jenis yang org lain takkan betol.tiada yang betol melainkan die.

Annoying kan golongan ni?

p/s : aku jenis yang cakap nak "B" je


epal yang manisss

Indah sungguh cuaca pagi itu, angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk. Sejak seminggu lalu, epal itu asyik berfikir kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus,warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar selera. Pasti mereka terbayang manis rasanya. Tapi kenapa aku tidak dipetik orang? 

Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….
Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu,janganlah kau kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.
Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.
p/s* Allah jadikan Epal yang paling tinggi adalah salah satu sebab untuk menyelamatkanmu dari dosa jika kamu berada rendah pada dahan pokok yang rendah.Di dunia mungkin kamu merasa rendah diri kerana tiada lelaki yang melihat kamu tapi ingatlah bahawa sesungguhnya kamu,Allah pelihara dari dosa dan maksiat..Aminn~

Tuesday 10 September 2013

engkau bukan

Engkau bukan malaikat.

Malaikat yang tidak pernah membuat salah.

Malaikat yang jauh dari dosa.

Malaikat yang tiada kepentingan diri.

Malaikat yang hanya memuji dan mumuja Tuhannya saban hari tanpa ada penat, lelah mahupun lemas.

Engkau juga bukan syaitan dan konco- konconya.
Yang berjanji tak akan sekali mengikut Tuhan yang mencipta mereka.
Yang suka akan dosa.
Yang cinta akan neraka.
Yang hidup matinya mahu menyesatkan insan.
Yang misi selamanya tidak mahu melihat anak adam itu mengabdikan dirinya hanya buat Tuhannya.

Engkau tak suci dari dosa, bukan juga pembuat dosa yang kekal tiada berubah.
Manusia itu ada ‘aqal, pemberian agung Tuhannya dan ditambahi dengan BukuNya yang tiada salah, ditunjuki lagi dengan contoh dalam realiti hidup seorang manusia (Muhammad SAW) yang segalanya dalam satu pakej istimewa, yakni Islam.

Tidakkah engkau itu merasa bangga akan apa yang dikurniakanNya?
Manusia itu bisa menjadi sebaik malaikat, bahkan lebih baik, tapi awas, manusia itu juga bisa menjadi syaitan dalam nafsunya sendiri yang mungkin lebih juara daripada syaitan sebenar. Na’uzubillah.

Monday 9 September 2013

aku kau dengki, eh ape yang kau dengki sangat ni

Manusia, eh melayu kot , selalu sangat, bila dikata, di kritik, dikondem,
eh semua la.
tegur suruh tutup aurat pon termasuk

akan pakai alasan ;
eh, jangan jaga tepi kain orang,
melayu memang suka dengki dengan bangsa sendiri.

Tak ape. harapnya satu hari nanti awak akan terus "sesat" selamanya tanpa ada orang dengki, jaga kain, kritik, kondem. 
semoga awak-awak semua akan terus hanyut dengan perasaan perasan betul selamaya awak.

selalu jugak, alasan yang awak bagi
tegur biar berhikmah, baik-baik , lembut-lembut.

betul, tapi dah 18 kali tegur dengan hikmah awak buat bodoh, memang dah sampai masanya, malah layak awak kene tampar dengan selipar pon

bukan semua yang tegur tu dengki, jangan perasan yang awak tu bagus sangat sampai ingat semua orang pon nak dengki dengan awak.
mungkin yang menegur, jauh lebih baik dari awak.

sekian

nota stokin kaki : awak tu untuk semua, bukan awak yang baca. awak la. aah awak.

Monday 26 August 2013

katanya

katanya,
suruh tengok2 hati dia
dah kecik. katanya
suruh tengok2 perasaan dia
dah calar, katanya

asyik kita menengok-jaga
yang kita punya terlanyak2
ada orang tanya?


Letih.
Lelah.
Air mata mula jadi murah.
Air mata mula jadi teman setiap masa.


Hingga terkadang,
dia rasa seperti mahu berhenti dari semuanya.
dia mula mengharapkan orang lain
untuk memahami yang dia juga manusia biasa,
yang dia juga punya hati dan perasaan,
yang dia juga erti jatuh dan rebah.
Bila dia terkontang-kanting sendirian,
dia mula sedar…
yang benar-benar peduli cuma Dia.


Saat itu,
dia pujuk diri,
dia yakinkan hati,
untuk teruskan langkah dan jangan mengalah
tak kira berapa kali jatuh
sebab Allah tu ada -
jadi sumber kekuatan.

“A lot of things that I choose not to tell anyone not because that I want to keep them as a secret, but because no one would ever understand.”


Tuesday 6 August 2013

Ucapan raya dari perantauan


Hai

Assalamualaikum

Eceli aku nak wt video nak kasi ucapn raya mcm org2 y penah wt guna keekkk tu...
namun memandangkn aku punya voice mengalahkan avril lavigne dan aku punya muka terlebih comel. maka terpaksa la aku kuburkan hasrat murni aku tu, bkan pe,.susah org lain nak cari mkn nati.ceit,bajet retis ajo

Jadi harap korang terima lah ucapan secara manual.baca lah dengan nada seperti hang pa sume baru dapat kad raya sebesar pintu gergasi okeh.

Insyallah, kalu ank bulan kelihatan, lusa kita yg beragama islam akan menyambut bulan syawal. sempena dengan itu, aku ingin memohon kemaafaan atas tindak tanduk penulisan yg aku selalu post. y mn ada terguris ati tu.den mnta maaf la.den bukan sajo2 nk buat kome sume terasa.tapi kdg2 cakap lembut2 tak guna.kasi hentam kuat2 br ati kito sume ni tergerak. lagipun setiap apo y den tulis, bukan untuk kome shj.tp buat nasihat untuk diri ini juga.

kepada kawan2 yang knl aku, terutama kwn baik aku yg sllu ada time aku susah dan senang (sory byk2 aku tak tulis nama siapa..byk sgt..nt tulis, tertinggal..terasa ati plok..kira umum la ek) ,,terima kasih sebab sudi mengambil berat tentang aku, mnta maaf atas silap sepnnjg kita berkwn dan mnta maaf buat korang sakit kple melayan kerenah aku ni,serius, aku try nak jadi matang depan korang. namun hampa..sifat semulajadi aku ni mmg ssh nk pisahkan.heee..

buat pakcik2 yg suka pggil aku mek jah..terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku nih..wlpn kita knl secara alam maya.sesungguhnya perkenalan ini memberi aku seribu pengalaman.cewah..mual guna ayat senimental.mnta maaf yea pakcik bikin otak pkcik kusut masai.

okeh, buat atuk superman dan kdg2 jadi ultraman.terima kasih kerana sudi merelakan diri menjadi sbgai watak utama dlm penghasilan karya aku nih. wlpn mung selalu mnyampah, tegur aku jangan post, jgn terlampau merevealkan diri mung.aku tetap berdegil jugak.terima kasih lah  sb sudi layan kerenah aku y biol ini. aku mnta maaf sb selalu buli mung. pas raya aku buli mung lagi deh!  aku tau mung suka aku buli mung tiap hari.

dan last sekali, buat pembaca yang selalu baca blog aku nih, samaada yang follow aku atau tidak, aku tak kisah pun kalu tak follow..alhamdulillah, dalam bulan ramadhan ni,aku perasan aku punya overall stats meningkat sebnyak 1.5k. terima kasih sngat kepada yang sudi menjengah kat blog ni..harap apa yang aku update, boleh dijadikan pedoman, yg mn buruk terutama gaya percakapan tu xsoh nak ikut sgt la..amik y baik2 ajo deh.;)


terimalah nyanyian daripada aku..kikikiki



okeh la pembaca2 sekalian.sebelum nak menutup tirai kain meroh ni..nak habaq ni..mulai esok dan spnjg raya, aku tak update blog cam biasa..spend time ngan family..besa lah..anak solehah..kiki..insyallah, esok pagi aku nk terbang balik ke tanah air..doakan perjalanan aku slmt.

pergi bandar masuk pasar raya
beli sardin dalam tin
selamat hari raya
maaf zahir dan batin



p/s;siapa2 nak kasi duit raya kt aku bleh bank ink kn duit raya anda ke 0613554687854543 (jiwaUsbank) :P

Monday 5 August 2013

Ramadhan hampir ke penghujungnya

Perasaan berbaur menanti esok dan lusa tiba.
Takut jika masa yang ada tidak digunakan sebaiknya.

Masih terasa berat dengan 'kotoran' yang sedia ada.
Tak tahu 'hati' sudah disental atau tidak.
Tak tahu diri sudah di cuci dari ke bawah atau tdak.
Adakah aku sudah kaut extra point?.

Moga, Ramadhan kali ini bukan yang terakhir.
Jika yang terakhir, moga, kali ini yang terbaik.

Aku mahu melangkah ke bulan seterusnya sebagai 'seorang' yang baru.
Aku mahu menjadi seorang yang cintakan al-Quran, cintakan amalan sedeqah, cintakan amalan sunat, dan cintakan qiam serta cintakan senjata mukmin yang paling hebat iaitu doa..
Moga madrasah Ramadhan mendidik jiwaku dan jiwa kalian...


Iklan Raya Aidilfitri Maxis 2013



Baru dpt tgk iklan ni..tu pun kt youtube,.
huhhh..
rindu zaman tecik2
nati blk nak ajak abg dan adik2 aku main..
syokkkk

Sunday 4 August 2013

penghapus dosa



Barangsiapa yang beriktiqad di dalam hatinya bahawa ubat panadol yang menyembuhkan penyakit atau demam, maka dia telah syirik kepada Allah. Bukan panadol yang menyembuhkan penyakit, tetapi Allah yang menyembuhkan penyakit. panadol tiada kuasa apa-apa untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Allah sandarkan sifat penyembuh kepada ubat tersebut, jadi, ubat itu berfungsi sebagai penyembuh penyakit. kalau kita cakap dengan lidah bahawa ubat itu menyembuhkan demam, itu dibolehkan, tetapi jangan sesekali beriktiqad di dalam hati bahawa ubat yang menyembuhkan penyakit kerana ianya syirik. Hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit.


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ 
البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

Precisely, in fact respectable & genuine replied..

Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman.

lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: " Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran.

Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".

Saturday 3 August 2013

Subuh punya cerita




Ini serius.
Semalam aku sembang dengan member aku.
semua cina
loo, lee, dan lim
cerita pasal macam-macam
paling banyak pasal lelaki. 
pelik. pempuan kalau sembang mesti pasal lelaki
dari rambut sampai kaki.ape yang best ntah.

satu soalan aku
lama da aku nak tanya
sebab aku perasan,bebudak cina selalu bangun awal

"weh,lu orang cina selalu bangun pukul berape dow"

"pagi la jah.masa itu azan subuh, kita sudah bangun maa" - lee, disambut dengan anggukkan dua yang lain

"melayu bagus maa,ade azan.untuk kejut kasi bangun.bangun pagi bagus.boleh exercise." - loo plak tambah


*****


"dem! yang cina bangun time azan,yang melayu?" - dalam hati


p/s : aku azan subuh baru tido.azan zuhur bangun.wakakaka



klik gambar untuk tumbuhsaran















fakta dari falakonline.

Sambil sambil nak ke masjid waltu Subuh esok pagi, Ahad 4 Ogos 2013, jengah-jengahlah ke arah TIMUR.

Bulan, yang kini semakin nipis sabitnya, akan berkumpul dengan 2 buah planet, iaitu Musytari dan Marikh.

Ketiga-tiga ni membentuk 3 segi tu!

Musytari akan berada ke KIRI dari Bulan.
Marikh pula akan berada ke BAWAH dari Musytari.

Musytari jauh lebih terang dari Marikh, dan tidak mungkin kita akan terkeliru dengan bintang lain.

Tapi Marikh ni, agak kelam, dan mungkin mencabar sikit.

Oppss.. jangan lupa tengok buruj Orion yang dah mula kembali ke langit pagi kita ni... arah ATAS KANAN dari kedudukan Bulan.

Selamat memburu!



Friday 2 August 2013

cerita ramadhan
















sedor sedor tak sedor dah hari 24 bulan ramadhan ni hah...ada yang sedang rancak menghitung hari.ada yang tak hitung hitung pon..wat dek je manjang..orang pose die pose..orang berbuka dia berbukak ..orang main mercun dia tumpang sama ..orang sahur dia sahur..entah entah orang dah umum esok raya..

ada orang makin lama berpuasa makin turun berat badan.ada orang..makin lama puasa makin naik sukatan jarum mesin penimbang tu hah..mana taknya..berbuka tak hengat dunia..sahurnya dengan air mineral je..tu pon nasib baik mineral tu ada sebelah katil..kalau tak,teguk air basi je la jawabnya..dah tu mase berbuka..melantak macam dah tak berbuka seminggu jugak la jawabnya..

aku sendiri punya cerita juga dalam bulan ramadhan kali ni..berada jauh dari family.berbuka pulak nasib baik ad jugak kwn di sisi. .malam malam di isi dengan perkara lebih berfaedah..alhamdulillah..semoga nekad aku untuk menjadi orang baru akan kekal hingga akhir nafasku..insyallah..


harga kamu berapa?

minta maaf, gambar agak seksi di sini


Situasi 1:
A: Eh, wanita wajib ke pakai stokin.
B: Aku tak pasti pasal hukum hakam ni, tapi setahu aku wanita hanya boleh dedahkan muka dan tapak tangan je.
A: Tapi hari tu aku pergi pasar, aku jumpa makcik pakai jubah, tudung labuh, dia tak pakai stokin pon, tak tutup pon kaki dia.
B: …………

Situasi 2:
A: Eh, wajib ke tutup aurat dengan abang ipar?
B: Aah. Wajib tutup aurat dengan abang ipar, sebab kita bukan mahram dia.
A: Tapi ada kawan aku tu, budak baik. Memang jaga lah aurat dia, dia cakap depan abang ipar dia tak paka tudung pun.
B: ………………………

Situasi 3 :
A: Eh, keluar berdua-duaan dengan makwe tak baik kan?
B : Aah. Kita dilarang berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahram kita.
A: Tapi kenapa ketua dakwah kat kampus  aku dulu selamba je dating ngan makwe dia.
B: …………………….

Satu kesilapan umat islam zaman sekarang adalah melihat islam itu pada diri seseorang. Seseorang yang dicop budak dakwah dan budak baik akan dijadikan sebagai hujah untuk menyokong hujah yang dicipta sendiri. Ya, ia berlaku kerana adanya umat islam yang tidak mengamalkan islam sepenuhnya, mengambil perkara yang dirasakan mudah dilakukan sahaja. Telah berfirman Allah s.w.t dalam al-quran;

” Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” [ Al-Baqarah 2 : 208]

Allah s.w.t telah mengingatkan kita untuk masuk ke dalam Islam secara keseluruhan. Tidak ada firman yang memerintahkan umat islam untuk memilih melakukan perintah mana yang dirasakan sesuai bagi diri senirik.

Bagi yang merasakan berat untuk menutup aurat sepenuhnya, bagi yang rasa berat untuk melaksanakan perintah Allah sebaiknya, usah menciptakan hujah sendiri, jangan budak dakwah dijadikan bahan untuk membuktikan hujah anda betul.

Kerana manusia itu tidak semua sempurna, jangan meletakkan kepercayaan korang pada islam melalui seseorang manusia sahaja.
Kerana Islam itu agama yang sangat suci, yakinilah bahawa setiap yang ada pada islam itu punya hikmah untuk memberi kebaikan kepada kita dan seluruh umat Islam. 


Thursday 1 August 2013

manusia


















manusia tidak duduk dengan kita 24jam.
jika dia melihat kala kita marah, tanpa pernah bersama kita kala kita bersabar, maka pemarahlah kita di matanya..

jika dia melihat kita kala kita berhujah lantang, tanpa pernah sempat bersama kita kala kita menerima pendapat, maka keras kepalalah kita di matanya..

namun Allah,Dia tidak tidur, tidak mengantuk..Dia bersama kita setiap masa..sepanjang waktu..di mana kita berada..kala kita naik atau jatuh..Allah Maha Tahu siapakah kita..maka tak mengapa jika manusia membenci dan melabel kita..

kadangkala bersuara menjelaskan keadaan sebenar hanya tambah menyakitkan kita..kerana mereka manusia, macam kita juga..lebih banyak menduga, tapi kenapa xbertanya..??

jujurlah dengan Allah, di hadapan dan di belakang manusia, dari situlah kekuatan daripadaNya akan hadir, buat hamba lemah seperti kita...dan terkadang Allah bagi kita 'kuat' lebih dari apa yg kita fikirkan...kan?? 





p/s:kene slow update entry dh.start buzi di studio.mugo Allah mempermudahkan.

mendustai Allah

bila ada seseorang mintak sebotol jus blueberry dari seseorang yang lain..dah tu orang tu dah bgi..yang mintak tu menoalnya pulak...maka jenis apakah orang yang spesies cenggini???

dan seterusnya dia terus menerus meminta jus tersebut dengan orang yang sama..tapi setiap kali diberi jus tersebut..dia tetap menolaknya lagi dan lagi dan lagi..bolehkah aku nak kata yang meminta itu sedang mempermainkan si pemberi tersebut???dan apakah perasaan si pemberi tersebut???

sehari hari..hidup selaku seorang muslim..maka bersolat itu menjadi satu kewajipan bukan???tujuh belas rakaan sehari semalam jika dicampurkan kesemuanya..bermakna..tujuh belas kali la kita akan membaca surah alfatihah yang merupakan salah satu rukun sembahyang..kalo tak baca mana nak sah semayang kita..tu tak kira yang mana rajin solat sunat lagi tu..kalo tak bertambah tambah lagi la jawabnya..


maka setiap kali alfatihah dibaca..berulang ulang jugaklah doa doa dan permintaan kepada ALLAH diulang ulang..ketikaman kita membaca..
“Kepada-Mu kami menyembah, dan kepada-Mu kami meminta pertolongan. “(Al-Fatihah: 5).

Tunjukkanlah kami ke Jalan yang lurus. “(Al-Fatihah:6).

akan tetapi realiti berbicara lain bukan..kita meminta dan menyatakan dalam setiap rakaan solat yang kita kerjakan..namun apa tindakan kita..apa usaha kita..bila kita dikurniakan ALLAH akan sesuatu yang kita pinta..adakah kita dapat menerimanya dengan hati yang terbuka..adakah kita kembali mengucapkan lafaz kesyukuran pada yang esa..atau..adakah kita..bermain tarik tali dengan doa yang kita panjatkan kehadrat ALLAH yang maha kuasa..sesungguhnya..jutaan umat islam didunia sedang berdusta dihadapan ALLAH..meminta namun dalam masa yang sama menolaknya..ALLAHU RABBI..
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.dan Engkau lah jua tuhan yang memegang hati hati kami  

Wednesday 31 July 2013

cikgu suka tibai budak





















belek surat kaba online malaysia 
cikgu kena saman dengan bapak budak 

manja sangat budak zaman skrg

dulu dulu dahi aku berdarah kena hantuk dengan cincin mata batu zamrud sebab tak pandai matematik.
dulu dulu badan aku berbirat birat kena rotan sebab tak pandai mengaji.
dulu dulu muka aku kena conteng dengan marker sebab salah mengeja perkataan omputih.
dulu dulu kaki aku lenguh2, berdiri lama atas kerusi sebab tertinggal buku.

balik rumah aku cuba mengadu kat mak bapak aku.
sekali pembaris panjang singgah kat tapak tangan aku.
kena tibai lagi skali 

rasa nak bungkus bungkus baju2 dan harta2 aku nak bawak lari
apa harta aku?
makan minum buku2 baju2 sume mak bapak aku kasi.
kalau nak lari bawak body je. xpyh pkai baju. tu mak bapak engko yang kasi

manja betol budak zaman skrg

dulu dulu ma abah aku pesan kat cikgu2 kalau anak dia wat salah pukul je.
sekarang
bapak pesan, "anak aku wat salah aku pukul engko cikgu!"

terima kasih cikgu cikgu yang pernah hantuk, sekeh, tampar, rotan aku.
dan terima kasih ma abah sebab tibai aku lagi sekali
kerana u all aku ada kat sini :)


Apak wajib pandai baca Quran

sedang abang dollah tengah bersantai santai sambil pekena cengkodok dan cempedak goreng bercicahkan cili sos dengan bini kesayangannya si peah..pengarang jantung hati..sentiasa setia disisi....azmir anak tunggal pasangan tersebut datang berlari lari anak..tergesa gesa sambil memegang muqaddam kecik ditangannya...

"apak...berkebetulan adik dok tengok apak dan mama sedang bersantai riang..azmir ada kemuykilan yang azmir inginkan apak untuk merungkainya"

abang dollah terkedu bila melihat muqaddam kecil yang dipegang azmir..namun begitu abang dollah tetap kaver dan maintain cool...


"apa dia sayang apak????..nak apak terjemahkan muqaddam tu ke???"


"tak la apak..tadi azmir tanya mama pasal macam mana nak baca surah abu lahab ni apak..tapi mama kata bulan telah mendatangi dia..hentah hapa imiginasi mama tu apak..jadi mama suruh tanya apak..mama suruh apak ajarkan"


"erk..kan apak dah hantar azmir mengaji dengan pak imam..pak imam tak ajor ke..buat apa apak bayar pak imam tu"


"pak imam cakap..lagi afdhal kalo apak yang ajarkan.ulangkaji dengan apak dulu sebelom pak imam perbetolkan bacaan azmir....apak2 abu lahab dan abu jahal tu orang yang sama kan???


peah tersengih sengih sambil menguyah cengkodok...


p/s
nak jadi apak..bior pandai mengaji..

aku dah matang


Perjalanan hidup ini penuh dengan macam2 cobaan...
ada yang rasenye mudah untuk kita terima dan ada jugak yang rasenya macam nak pecah kepala hotak mencari jalan keluar... 
hikmahnye...
apakah setiap yang berlaku itu mematangkan kita...

hari ini aku nak cerita tentang kehidupan, nak cerita bab matang mematang...
matang ke kita pada usia sekarang ini atau kita masih macam budak kecik yang selalu pekena cekelat lollipop dan akan berguling guling jika kehendaknya tidak dipenuhi....

kadang2 kita rase gah pada usia yang begini..
kita melihat semua tindak tanduk kita adalah benar belaka tanpa ada prasaan prejudis..

macam mana yang orang kata matang nie agaknye?
---->adakah orang yang baik tak banyak cakap itu matang?
---->adakah orang yang tak melakukan kesilapan itu matang?
---->adakah matang itu di pandang dari sudut cara orang itu menyelesaikan masalah?
---->adakah matang itu sekadar satu perubahan wajib bila umor sudah meningkat?

so bebalik pada diri kita sendiri jangan dok tuding2 orang lain...
matangkah aku?
atau aku nie masih sengal2 macam kanak2 yang bersalut pampers dan berseluar getah...
sendiri la nilai ye..

senang tak nak jadi orang yang matured katanye...
rasenye biar masa menentukan tak elok nak force2 diri kita sendirik...
almaklum kang biol plak jadinya...

tapi aku percaya keadaan akan buat kita dewasa...
aku rase setiap orang tak perlu nak ubah apa2 pada diri dia sendiri kerana bila masalah datang seseorang akan menjadi matang secara otomatik...
melihat masalah itu dari pandangan yang berbeza walaupun pada waktu biase dia adalah orang yang mempunyai personaliti yang berbeza...

sungguh indah ciptaan Allah keatas makhluk yang bernama manusia...
jangan lupa mengucapkan syukur atas kurniaanNye pada kita...
sesungguhnya kita makhluk paling istimewa di atas muka bumi ini...

aku perasan..entry entry aku dah makin  matang..muahaha..

Tuesday 30 July 2013

hadoiii wanginya..

buwat pertame kalinye dalam sejarah kehidupan
aku kayuh basikal tak lebih pon 50km/sejam selame 15 minit..
punye la layan..sambil mate melilau ke ke kiri ke kanan..
mulut tak lepas2 mencurahkan senyuman kasih mesra kat sume orang yang lalu lalang..
bajet peramah le sangat..

sampai kat satu jalan tu.tetibe renungan tajam mate aku waloupon rabun dapat tangakap bayangan 2 orang gadis turut merempit same..rupe paras takyah cakap le..memang lawo habes le..

aku agak deorang baru balik kenduri kot..
tapi bile je besikal deorang melintas besikal aku.
aku sesak nafas..uhuk3..
woitt...ape dasat sangat bau minyak wangi ni..kuat bebeno..

aku cube cari kot2 ade lori perfume terbabas kat tepi2 jalan ke hape ke..
takde la plak..
dah memang tak syak lagi..ni mesti bau awek rempitan tersebut..
daast gaban baunye..sampaikan sekilometer jalan terlekat bau perfume ,,
kalo memalam le aku terbau camni..mau meremang bulu ketiak..

wahai wanita..
ni aku nak kongsi satu hadis le..bukan niat nak sembur ke nak kritik ke... hape ke..
sekdar berniat nak kongsi ilmu yang secopet ade ngan aku je ni pon..
untuk peringatan kite bersame kan.
makna hadis tersebut lebih kurang le..

"sesiapa sahaja dari kalangan perempuan yang pakai minyak wangi..lalu die lau kat tempat orng ramai sampaikan orang ramai tu tertarik perhatian dek kerna bau minyak wangi dari tubuhnye..maka die adalah permpuan zina"

jadi timbul persoalan kat sini..
kire pompuan ni takley pakai wangian langsong le ek??
tak jugak..kalo dah ketiak tu bau tengik semacam..
tambah pulak ade kalangan wanita tu badan die berbau semacam je..
maka hukumnye mesti la pompuan tu pakai minyak wangi tu..
dengan sebab ditakuti orang rase 'yekksss'*makne kate laen jijik dengan die..
akan tetapi kadar pemakain wangian tu jangan le sampai berlebih lebih sehinggakan kalo cicak yang terlekat di dinding rumah tu pon boleh terjatoh kerna mabok dengan baunye..

sebab kalo pakai berlebih lebih..nanti die akan menarik perhatian mata2 liar kaum lelaki..
orang lelaki ni kalo dah tengok..die tak dernye nak tengok sikit2..maunye die tenung atas bawah..yer tak..kan ke cantik tu hukum yang ALLAH ta'ala tentukan..

untuk pengetahuan yang lebih lanjut ape kate korang menggugel je la..hehe..
aku pon bukanye reti sgt..
tapi korang gugel pon pastikan website yang bagi jawapan tu memang boleh digune pakai..contohnye..zaharuddin.net ke..
iluvislam ke..ehehe..okeh..
xpun pun engko search je kat ustaz  idrus di youtube.xpyh bc,dgr ajo ;)