Monday 26 August 2013

katanya

katanya,
suruh tengok2 hati dia
dah kecik. katanya
suruh tengok2 perasaan dia
dah calar, katanya

asyik kita menengok-jaga
yang kita punya terlanyak2
ada orang tanya?


Letih.
Lelah.
Air mata mula jadi murah.
Air mata mula jadi teman setiap masa.


Hingga terkadang,
dia rasa seperti mahu berhenti dari semuanya.
dia mula mengharapkan orang lain
untuk memahami yang dia juga manusia biasa,
yang dia juga punya hati dan perasaan,
yang dia juga erti jatuh dan rebah.
Bila dia terkontang-kanting sendirian,
dia mula sedar…
yang benar-benar peduli cuma Dia.


Saat itu,
dia pujuk diri,
dia yakinkan hati,
untuk teruskan langkah dan jangan mengalah
tak kira berapa kali jatuh
sebab Allah tu ada -
jadi sumber kekuatan.

“A lot of things that I choose not to tell anyone not because that I want to keep them as a secret, but because no one would ever understand.”


No comments:

Post a Comment