Tuesday 18 June 2013

Dari sahabat ke sahabat

Hari jumaat yang lepas, sedang aku leka dan kusyuk menghadap konsol permainan PS3 aku, tetiba, kekusyukan bermain terencat seketika bila henset iphone 4 aku berbunyi menandakan kemasukkan satu sms baru.


"huh,cuti cuti pon ade sms lagi?" - suara2 kecil ketidak puasan hati bermain2 kerana mengandaikan sms tu atas urusan kerja, mmg sejak kebelakangan ni, lebih byk sms urusan kerja yang aku terima berbanding urusan personal dan cinta~


dengan dedikasi aku menekan butang "pause", mataku ku alihkan ke screen henfon ku ;

" 1 new message from timah "


"timah?betaun baru nak sms, ni lain tidak nak ajak g clubbing la ni" - hati kecilku mula membuat tuduhan liar
"jah, mlm ni spital usm jom, kiah(bukan name sebenar) warded. kanser hati dow" - timah

"hah, kanser hati??!!" - fuh, penyakit paling membunuh la, nak begurau pun tak payah nak sampai main kanser hati.

"agak2 la der, nak bergurau tak payah lebey2 der" - sms balas ku hantar kepada timah.

"kalau aku tipu, ko bunuh aku" - sms balas timah


******


dalam perjalanan, aku dan timah sekadar mendiamkan diri. sisi releven otak kami berdua masih lagi gagal untuk menerima berita yang ku terima seketika tadi. satu persatu kenangan kami bertiga bermain di minda.


aku, timah dan kiah merupakan kawan yang akrab, sangat akrab. kadang kala aku rasa, hubungan aku dan mereka berdua lebih akrab dari hubungan aku dan 6 orang adik aku.kami bertiga memulakan sesi persekolahan di sekolah rendah yang sama. ditakdirkan berada dikelas yang sama dari darjah satu hingga ke tingkatan 3, bermain guli mewakili sekolah bersama, .boleh kate semua bende bersama la, kecuali tidur je lain2, sebab rumah lain2. err, kami juga meminati jejaka yang sama di sekolah dulu~ aoran ajis. 


kiah, orangnya aku boleh katekan memang sebijik perangai macam din beramboi, melawak memang tak pernah nak berenti, otak memang giler.dunia dia ibarat dipenuhi kegembiraan, nak tengok die sedih?memang susah yang amat.hati memang kental habis, aku yang sekarang ibarat bayangan dia, betol la orang kate, remaja mmg mudah dipengaruhi rakan sebaya.


*****

sampai di hospital, kiah sedang makan. bila nampak jer aku dan timah di muka pintu, senyuman di bibir beliau terus terukir.

"walaweh, kembar aku da sampai. hahahaha" perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau

"gini la member, makan tak ajak"- balas ku

"hahaha, jemput2" - pelawa beliau, " betahun da tak makan sesama ngan korang"

"giler, bukan ker baru bulan lepas kite makan kat kenny rogers, ko memang sengal la kiah" - balas timah.

" hahaha, rilex la mah, pernah ke aku cakap bende yang betol.hahahahaha"


******


selesai makan,kami menghabiskan masa berborak. segala jenis cerita, berita, gosip, kenangan kami borakkan. dari situ jugaklahyang kami dapat tahu yang kiah kini berada di tahap kritikal kanser beliau. sudah 3-4 bulan lepas lagi beliau sudah tahu akan penyakit beliau, namun sengaja beliau sembunyikan dari pengetahuna kami berdua.


"ko ni kiah, betul ke ko sakit ni,nampak cam orang sihat, ketawa memanjang" - soal timah

"abes?ko nak tengok aku sedih je la?" - soal kiah kembali

"takdela, aku kagum giler la ngan ko, serius dow, ko memang lagend la kiah, kalau aku la, sure aku da terkulai kat katil, berair air mata da"- ujar timah lantas di sambut dengan anggukan kepala dari aku

"hahaha, der, korang da berkawan dengan aku dari sekolah rendah, 19 tahun da kite kenal, pernah korang tgk aku sedih?pernah korang tengok aku tak dapat ape yang aku nak?"


"aoran dulu pon aku yang dapat walaupon aku paling tak emsem. hahahaha" sambung kiah lagi


*******


"der,meh aku nak cakap,sejak dari aku kecil der, Allah tak pernah kecewakan aku. segala macam bende Allah beri pada aku. Allah beri aku keluarga,bagi aku kembar 2 orang ni, macam2 lagi. 25 tahun der Allah tak pernah hampakan aku, takkan la dengan ujian yang macam ni aku nak sedih2, nangis2 macam la selamani aku tak pernah hidup bahagia kan?ujian yang macam ni belum dapat memadamkan nikmat yang Allah bagi kat aku walaupon sikit tau. so knp aku nak kene sedih?"


mata aku da mula digenangi air mata. "member aku yang seorang ni memang kental" ujar aku di dalam hati saat mataku memandang mata beliau yang agak kekuningan akibat kenser


" korang pernah tengok kal ho naa ho kan?" soal kiah lagi

" pernah la derr" - jawab timah

" kan shahrukkan kate, ketawala, gembira la, kerana mungkin, esok tiada lagi.hahaha" - ujar kiah


airmata aku memang tak dapat di tahan lagi, pelahan air mata mengalir di pipi aku.

" ko ni memang ati lembut la jah " -

korang, if nanti aku da tak ada, korang kene janji dengan aku, jangan tinggal solat.aku tau korang kaki tinggal solat subuh kan?kan?hahah janji tau"


aku dan timah sekadar mengangguk. "ko memang sahabat la kiah, ko memang betul2 sahabat"

malam itu terus berlalu. aku dan timah sama2 menemani kiah tidur di hospital malam itu, banyak yang kami bualkan. macam tak jumpe bertahun2 lamanya.


Kenapa puasa kalau tudung tak nak pakai?

" Kak, adik nak tanye sikit la, tu pon kalau kak pandai la " - ayat provokasi dari mulut adik aku

" mende? " jawab aku ringkas

"kenape yer, orang tak puase polis tangkap, tapi orang yang tak pakai tudung tak kene tangkap?" - soal beliau

"da polis nak tangkap orang yang tak puase je nak buat macam mane" - balas aku malas2

"adik pelik la, puase ade dalam quran, pakai tudung pon ade jugak, tp yang tak puase kene tangkap, pakai tudung tak kene tangkap, bodoh jugak polis ni" - sambung beliau lagi yang membahasakan diri sebagai adik

" ntah "

*******

"pastukan, kenape orang yang tak pakai tudung tu puase? "

" laaa, da sebab di nak puase la, kan ke wajib tu " - jawab aku endah tak endah

"pakai tudung tu hape pulak?sunat muakkad ke?" - lagi soalan dari beliau





#menghitung hari nak ramadhan dahhh.




Kedekut

Tengahari tadi, bos aku mengidam nak makan makanan sedap sedap cikit. Stress punya pasal, dapat jugak lah aku mengambil kesempatan.

Tempat yang dituju, restaurant Haza Bistro. Dah nak masuk 1bulan kot tak singgah makan sini. 
Lepas cun park kereta, aku jenguk luar tingkap. 
Mencari perkataan Haza Bistro.

"Bos, kita salah jalan ke?"

Bos aku yang pada mulanya sibuk gayut dengan telifon, menjenguk.

"Haiyaa..dah tutup.."

Kali ini restauran tersebut tertukar nama - Restauran Chef Li apa entah...

Masuk dalam. Susunan atur tetap sama.cuma nama sahaja bertukar.

Aku tanya si waiteresss, dibilangnya berhijrah...

**********

Kata bos, hari ini makan best sikit Mi..

Aku mengangguk.

"Chicken chop and white coffee." Bos aku mula meng-order.

"Sama dengan dia, cuma air teh O beng." aku meng-order. tapi nampak muka si waiter tu cam berkerut.

"Teh O Ais" aku menafsir. 

Lebih kurang 15minit, kitorang punya order sampai.


cilok dari google. takde masa aku nak snap gambar makanan.















Lebih kurang macam ni la kitorang punya makanan.

Nampak pinggan bukan main besau gedabak. dalam tu secoit je. Ayam, bahagian paha, kalau bahagian paha ibu ayam takpe jugak, ni paha baby ayam.
Yang selebih hiasan dalaman. sayur sayur dengan sekeping orange,tu pun buah orange potong senipis nipis. takde rasa.

Perut dah berbunyi. apa lagi, dengan lafaz bismillah..aku tibai semua. 

"Mi, banyak lapar ke?"

"Tak la, biasa biasa je. Kenapa?"

"Itu perhiasaan kamu makan jugak.?" ->sayur sayuran

"oh,,bos..ini..kalau makan dengan budu lagi best. " 

Siap sahaja makan, bos membayar, dihulur sekeping not 50hinggit, aku melihat baki, hanya beberapa keping seringgit dikembalikan.



#kalau bukan kerana bos aku, aku memang tak masuk kot kedai makan ala ala cam gitu.
air teh O beng kat warung baru seringgit, masuk kat situ, dua hinggit. double. cas aircond punya pasal. 













Saturday 8 June 2013

cuti sekolah yang riang ria

cuti sekolah dah pun nak abis.
aku baru je nak taip entry.
semoga entry ni buleh buat si uncle superman senyum sampai ke telinga.
tulis satu entry, tak cukup. nak lebih!
bosan dengar beliau membebel.














naik panas jugak dengar syarahan uncle.
tapi tak boleh nak panas panas sebab beliau tak tahu apa benda.
jadi, terima jela apa yang dia nak syarah malam malam buta.
tau, dia tulis sambil pejam mata.
tu pasal ikut sedap rasa.
huh!

****************

cuti sekolah bagi budak sekolah.
cuti kerja bagi dua merpati yang tengah naik pangkat jadi suami isteri.
aku?
tak ade cuti cuti.
ngadap kerja sampai ke pagi.

alhamdulillah, di musim cuti sekolah ni, kawan sekerja, senior designer, merangkap kakak aku telah melangsungkan perkahwinan beliau bersama dengan pasangan beliau.

"Mi, wajib datang tau, jangan nak ngelak ngelak, nak balik kampung la, anak ayam mati la, nati kak nik yang tolong matikan Mi!"

haaa..kan dah dapat warning tu..

aku sejak kecik kecik lagi memang tak berapa nak suka sangat pi kenduri kendara.. orang ramai sangat..pastu lak kena jumpa orang sana sini,
pastu mula lah dorang tanya, "anak siapa ni?" - sebab diri aku lain berbanding dengan adik beradik aku yang lain. Benci betol dengan soalan itu.
dulu, kecik kecik, kalau ma abah aku nak pi kenduri..mesti aku melambatkan diri untuk mandi..
tapi bila dah sampai sana..tak hingat diri nak balik..
sebabnya..
tunggu orang kasi telur rebus sama dengan bunga seketul.

dan satu lagi aku tak berapa suka nak pergi kenduri..sebabnya..

kena pakai baju kurung!

dah lama dah aku tak pakai baju kurung..majlis kak nik ni terpaksa lah aku buka bagasi aku, tengah tengah belek belek baju kurung kurung yang tersusun kemas dalam beg yang besau gedabak. maka...

"Hoi kak Jah! dah berapa kurun tak pakai baju kurung ni...dah macam selongkar cari harta karun dah"

aku cuma tersengih sengih mencari baju yang rasa sesuai.

tengah bersiap siap.

sekali lagi telinga aku rasa panas panas.

"Dah macam budak sekolah pakai camtu. Lain bebenor." sindir adik aku lagi.


finally, i'm wearing baju kurung!!












#nak buat macam mana, memang kerja aku jenis yang lasak.
takkan nak pi site kena pakai baju kurung jugak?? kalau kena kejar anjing liar kat site, tu tak ke naya..huh!





Friday 7 June 2013

Kenapa aku tak melancong

Lepak adalah budaya tak sihat.
Tadi teguk sirap kat kedai mamat janda.
Tengok senetron 'sebenarnya aku isteri dia' sambil lepak. sebab rumah ada tv tapi nak rasa feel layan cite sambil sembang sembang. Dalam kes ni lepak dibenarkan.
Sambil melepak member bukak cerita pasal melancong

Best!
Ada yang dah pergi london.hongkong.LA.california.amsterdam.paris.tokyo.tomyam.barcalona.rome.milan.paling cikai singapore.
Sampai part aku.

Sorry la brader. aku tak pernah pergi melancong luar malaysia pon

Lol! selekeh gile. gaji banyak. bujang. tapi tak melancong. rugi dow - timah.30. ejekutif.

Gile kesian dow - nita. 27. kerje swasta.

Yang lain tumpang gelak.


Aku tarik napas. pandang muka sorang sorang lantas berkata :

Ustad aku cakap.kalau duit banyak pegi haji dulu. tak pon umrah. kalau dah sempurna kedua duanya barula pergi melancong. kalau Allah tanya kenapa tak pergi haji. takkan nak jawab duit habis shopping kat paris. - jawapan padu aku yang mensunyisepikan kedai mamat janda buat seketika.

Korang dah daftar haji ke? - saja tambah kasi lagi panas


Sekian. -_-


Best tak uncle superman???

Monday 3 June 2013

celahan rumput

Dari mata yg bersuara,, pada celahan rumput itu..
Usahlah mncari yg terbaik, apa yg ada didepan itulah yg terbaik. Usah mencari yg terbaik,tapi jadilah yg terbaik.Usah menoleh ke belakang lagi,teruskan mara.Yang sudah ketinggalan ,biarpun ada di antaranya yg terbaik,usahlah cuba berharap lagi. Apabila kita sudah bertemu dgn seseorang, usahlah kita berusaha untuk mncari yg labih baik daripada dia. Kita patut hargai insan yg berada di depan kita sebaik-baiknya..

Kita terlalu lemah dalam memilih..Jika kita tidak mndapat yg kita suka, maka kita perlu suka apa yg kita dpat..

Pada celahan rumput itu,,pasti ada ,rasa yang benar hakiki..Cuma, mohon ditetapkan hati..Mohon ,agar segalanya bererti dan bukan hanya, mainan sebuah kehidupan dan perasaan...



Buat diri ini yg masih mencari dan masih tercari...
Usah menunggu bulan jatuh ke riba..DUNIA adlah madrasah hikmah yg amat luas..Tersenyumlah dgn setiap masa yg kita lalui..biarpun perit atau gmbira..kataknlah, akhirnya aku masih hidup sampai kini...Alhmdulillah..

Sekali-sekala diri kita disakiti..apa salahnyakan?? Sudah menjadi hukum hidup, setiap yg mudah harus dilalui susah terdahulu..

Bak kate pepatah :
berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ketepian,
bersakit-sakit dahulu,
besenang-senang kemudian..

Kita ialah guru kepada diri kita..Latihlah hati untuk sentiasa tercabar dgn survival dan hidup yg adventurous..

Cube kita menghargai apa yg kita ada..iaitu DIRI kita,HATI kita..Jadilah diri sendiri..Trimalah siapa kita yg amat istimewe ini..Kita tidak perlukan apa2 untuk insan di sekeliling kita..Kita perlu tunjukkan diri kita sendiri yg sedng diperbaiki..

You dont really need someone to complete you. You only need someone to accept you completely.. Kita tidak perlukan seseorang untuk melengkapkan kita. Kita cuma perlukan seseorang untuk menerima kita selengkapnya..

who?

"kadang-kadang Allah hantar orang baik dekat kita, sebab kita tak cukup baik. Dan kadang-kadang Allah tarik balik diorang semua, sebab Allah nak tengok, kita jadi baik sebab DIA, atau sebab manusia.''

#Being alone with Allah is better than being crowded by people 

rembesan molekul hijau pekat di atas helaian


everyone surely has darkness..hidden somewhere in their heart..dear awak, when things are going bad, don't use that as an excuse to give up..use that as motivation to push harder..don't be sad and never give up!!


#kain tempat kita mengelap air mata takkan pernah mengerti bahawa kita sedang menangis..namun, ketahuilah bahawa Allah itu sentiasa tahu akn keadaan hambaNya..yea, Maha Mengetahui..so dear little girl, myself..please be calm, remember that Allah always with u..u will get through this..yup, u can!!! Keep smile..

Saturday 1 June 2013

why you are asking this question??

kenapa hati resah gelisah??
badan rasa sakit dan berat.
semuanya jadi tak selesa.
buatkan hati rasa sakit.
buatkan hati rasa sedih.
buatkan hati rasa marah.

kenapa hati rasa gelisah??
cuba kita periksa semula amal ibadah.

kenapa tak amal perkara yang selalu kita buat??
kenapa tinggal-tinggalkan surah yassin??
kenapa tinggal-tinggalkan bacaan al-quran??
kenapa buat-buat lupa solat malam??

justeru Allah datangkan perasaan tue, agar kita kembali menghadap Tuhan..Allahu Rabbi..dan benarlah, ''semua pasti akan menuju Allah setelah matinya..tapi orang yang berbahagia adalah dia yang menuju Allah dalam hidupnya...'' (Salim A.Fillah)

#ingatan buat aku dan kamu, yang sering gundah...
Ya Allah, kami tak mahu kalah..kuatkan iman kami menampung segala ujian serta tarbiyyah dariMu..kurniakanlah kami satu rasa yang tak pernah putus untuk selalu mengingatiMu..Allahu Robbi, permudahkanlah urusan-urusan kami, berkatilah setiap tuntunan langkah kami..jadikanlah kami ini hamba-hamba yang soleh dan solehan...ameen ya Rabb...