Tuesday, 18 June 2013

Kedekut

Tengahari tadi, bos aku mengidam nak makan makanan sedap sedap cikit. Stress punya pasal, dapat jugak lah aku mengambil kesempatan.

Tempat yang dituju, restaurant Haza Bistro. Dah nak masuk 1bulan kot tak singgah makan sini. 
Lepas cun park kereta, aku jenguk luar tingkap. 
Mencari perkataan Haza Bistro.

"Bos, kita salah jalan ke?"

Bos aku yang pada mulanya sibuk gayut dengan telifon, menjenguk.

"Haiyaa..dah tutup.."

Kali ini restauran tersebut tertukar nama - Restauran Chef Li apa entah...

Masuk dalam. Susunan atur tetap sama.cuma nama sahaja bertukar.

Aku tanya si waiteresss, dibilangnya berhijrah...

**********

Kata bos, hari ini makan best sikit Mi..

Aku mengangguk.

"Chicken chop and white coffee." Bos aku mula meng-order.

"Sama dengan dia, cuma air teh O beng." aku meng-order. tapi nampak muka si waiter tu cam berkerut.

"Teh O Ais" aku menafsir. 

Lebih kurang 15minit, kitorang punya order sampai.


cilok dari google. takde masa aku nak snap gambar makanan.















Lebih kurang macam ni la kitorang punya makanan.

Nampak pinggan bukan main besau gedabak. dalam tu secoit je. Ayam, bahagian paha, kalau bahagian paha ibu ayam takpe jugak, ni paha baby ayam.
Yang selebih hiasan dalaman. sayur sayur dengan sekeping orange,tu pun buah orange potong senipis nipis. takde rasa.

Perut dah berbunyi. apa lagi, dengan lafaz bismillah..aku tibai semua. 

"Mi, banyak lapar ke?"

"Tak la, biasa biasa je. Kenapa?"

"Itu perhiasaan kamu makan jugak.?" ->sayur sayuran

"oh,,bos..ini..kalau makan dengan budu lagi best. " 

Siap sahaja makan, bos membayar, dihulur sekeping not 50hinggit, aku melihat baki, hanya beberapa keping seringgit dikembalikan.



#kalau bukan kerana bos aku, aku memang tak masuk kot kedai makan ala ala cam gitu.
air teh O beng kat warung baru seringgit, masuk kat situ, dua hinggit. double. cas aircond punya pasal. 













No comments:

Post a Comment