Sunday 4 August 2013

penghapus dosa



Barangsiapa yang beriktiqad di dalam hatinya bahawa ubat panadol yang menyembuhkan penyakit atau demam, maka dia telah syirik kepada Allah. Bukan panadol yang menyembuhkan penyakit, tetapi Allah yang menyembuhkan penyakit. panadol tiada kuasa apa-apa untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Allah sandarkan sifat penyembuh kepada ubat tersebut, jadi, ubat itu berfungsi sebagai penyembuh penyakit. kalau kita cakap dengan lidah bahawa ubat itu menyembuhkan demam, itu dibolehkan, tetapi jangan sesekali beriktiqad di dalam hati bahawa ubat yang menyembuhkan penyakit kerana ianya syirik. Hanya Allah sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit.


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ 
البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment