Thursday 28 March 2013

Warkah untuk bakal suami saya

Awak.
Surat cinta saya sebelum nikah. Kalau setuju, sign. Kalau tak setuju, tak payah mengada ngada nak sign. Awak boleh memilih wanita lain sebagai zaujah awak. Saya akan kuatkan hati saya menerimanya. Sebab itu saya harap, jangan sentuh hati saya selagimana awak belum sign surat ini kerana hati perempuan ini lembut. Bimbang bila dah suka, awak pula yang menjauh.

Kehadapan bakal suami saya, saya harap warkah ini tidak mengganggu kententeraman dan emosi awak. Saya tidak berhajat nak meletak syarat bak Puteri Gunung Ledang kerana saya hanya perempuan yang serba serbi kekurangan. Namun kehadiran tinta ini hanya sekadar untuk menyatakan isi hati bakal isteri awak (seandainya saya yang terpilih menjadi calon zaujah awak)

Awak.

Saya cuma mengharapkan awak yang selalu berusaha untuk menjadi baik dan lebih baik dan mengajak saya ke arah kebaikan.

Saya tak mengharap Abang Imam atau Abang Bilal mahupun ustaz lulusan bumi anbia, tapi cukuplah jikalau awak mampu untuk mengimamkan solat kita dan kehidupan kita dari bumi ini menuju ke sana. saya tak mimpikan seorang yang sangat baik tapi cukuplah awak seorang yang ingin menjadi baik dan lebih baik dan mngajakku untuk berbuat baik. Kerana saya sedar, saya bukanlah seorang yang baik.

Pernikahan yang saling diterima oleh keluargaku dan keluarganya.

Perkahwinan bukan beerti nikahnya saya dengan awak. Tapi ia satu jalinan silaturrahim antara keluarga saya dengan awak. Saya mahukan keharmonian dan saya mengharapkan restu daripada kedua belah pihak. Saya harap awak boleh sayang keluarga saya seperti mana awak sayangkan keluarga awak. Saya juga berharap, agar saya dapat menyayangi keluarga awak seperti keluarga saya. Tambahan pula, saya hanya dari keluarga yang biasa biasa aja. Bukan anak Dato' atau alim ulamak mahupun anak raja. Kalau darjat yang yang menjadi ukuran, saya harap awak hentikan bacaan isi kandungan surat ini. Ia sudah tidak relevant pada awak lagi.

Handsome. (tolong baca perenggan ini sehabis yang mungkin)

Awak, maafkan saya. Perkataan itu bunyi agaklah demand. Saya pun malu nak cakap sebab saya bukan lah lawa sangat tapi bermimpi nak putera yang kacak. Dengan putera katak pun, belum tentu saya layak. Tapi, saya ada terbaca satu artikel. Kenapa kita malu nak minta yang handsome tapi tak malu pula nak minta syurga dari Allah.
Definisi handsome di hati saya ini bukan lah seperti kacak macam Asyraf Muslim, gorgeous macam fahrin Ahmad. apatah lagi bermimpi untuk memiliki lelaki sesempurna Nabi Yusoff. Tak.. tidak sama sekali. Cukup lah awak handsome di mata saya, walaupun tidak di mata orang lain. Titik.

Tidak garang tapi tegas.
Walaupun saya dikategorikan sebagai garang tapi saya amat tidak suka pada lelaki yang garang. Hati perempuan saya ini lembut sebenarnya, hanya luaran sahaja yang nampka garang. tapi awak, saya tak perlukan awak memanjai saya sampai saya lupa siapa suami, siapa isteri. tegaslah dengan saya pada tempatnya. InsyAllah, saya ini lurus orangnya kalau kena gayanya. Kerana, impian saya nak jadi isteri solehah.

Bertanggungjawab.
Mana mana wanita kat dunia ini, semua inginkan pendamping yang bertanggung jawab. Jadilah nakhoda yang bertanggungjawab dalam kapal selam kita nanti. Tak perlu saya catitkan satu persatu tanggungjawab yang perlu awak pikul, tapi saya amat tidak kisah  kalau kita saling mengingati tanggungjawab kita nanti. Awak suami dan saya isteri.

Jangan memperjuangkan ego
Setiap manusia ada ego masing masing. Jangan memperjuangkan ego dalam kapal selam kita nanti, takut takut nanti tenggelam terus tak timbul timbul. Biarlah ego kita bertempat. Saya tak nak perjudikan masa depan kita kerana ego. Saya minta awak rendah kan ego awak dengan saya dan saya juga rendahkan ego saya dengan awak. Saya tidak mahu isu ini berbangkit dalam kapal selam kita nanti.

Saling menerima keburukkan dan kebaikkan diri masing masing.
Awal awal saya nak bagitahu takut awak menyesal nanti. Saya memang banyak sikap buruk. Kalau awak rasa tidak mampu nak terima, saya minta jangan mohon saya untuk menemani perjalanan hidup awak. Tapi saya selalu berdoa andai seseorang yang hadir untuk menjadi nakhoda kapal selam saya, biarlah awak dan saya boleh saling menerima. Terima lah saya seadanya dan perbaiki diri saya awak, begitu jugak saya. Paling ketara, adik beradik saya cakap kebudak budakkan. Kawan kawan saya cakap saya lurus bendol. Dan mak saya cakap saya panas baran. Adakah awak sanggup?

Awak seorang yang penyayang?

Penyayang bukan hanya pada manusia, tapi pada haiwan jugak. Walaupun saya bukanlah pencinta haiwan yang tegar tapi saya sangat tidak suka pada mereka mereka yag menyepak kucing sesuka hati dan memukul itik tanpa segan silu. Saya kalau nak marah atau bengang pada mereka habis habis tidak saya tolak dorang slow slow tak pun guna senjata paling hot, saya membebel.
Awak, hati saya mudah jatuh sayang pada lelaki yang penyayang. Tak ramai yang tahu rahsia ini.Sekarang dah bocor dah..huhu. Namun, saya pohon sangat sangat, usah pamerkan nilai penyayangmu melalui cemburu buta. Itu bukanlah jalannya.

Jadilah penyuntik semangat dan pil penenang.
Awak, saya memang tidak suka makan panadol. Tolong jangan paksa saya makan bila awak tengok saya sakit lepas kawen nanti. Tapi saya masih boleh menerima suntikan dan pil penenang istimewa. Semuanya dari awak, wahai bakal suami saya.
Saya mohon, jadilah penyuntik semangat dan pil penenang dalam hidup saya.

Jangan ajak saya untuk bercinta dengan menangguhkan pernikahan kita.


Awak, saya tak mampu nak buat story pakwe makwe. Saya tak pandai dan tak reti. Kerana kalau booleh saya nak mencintai awak secara halal melalui ikatan pernikahan. Kalau benar awak nak pimpin saya dan nak saya teman perjalanan hidup awak, saya mohon tunjukkan kesungguhan yang sebenar. Saya tidak minta awak belikan kerera mewah mahupun istana mahligai. tapi ambil masa sejenak dan istikharah. Adakah saya layak untuk menjadi isteri awak dunia dan akhirat. dan mintalah secara beradab.

Pimpin saya untuk mengenal cintaNya

Awak, saya nak mengaku satu benda. Saya bukan nak jadi bidadari awak dekat dunia je, saya nak jadi bidadari awak sampai ke syurga nanti. Itupun kalau awak sudi dan redha dengan saya (blushing)

Sekian, terima kasih.

Saya SETUJU / TIDAK SETUJU




...................................................
(Bakal suami awak)









Ehem, pengakuan berani mati neh. Kalau sapa sapa baca, tolong rahsiakan (rahsia negara aku neh). Takut terbocor luas, dah tak jadi private and confidential dah. Print, sign and send to me after you do istikharah (sila ambil perhatian BAKAL SUAMI SAYA)

Kita mungkin boleh buat list panjang panjang tentang apa yang kita nak, tapi kita kena sedar His list is always the best. Redhakan hati hati ini menerimanya.





























No comments:

Post a Comment