Wednesday 27 March 2013

Sedikit sedikit meninggalkan kita

Semasa kecik kecik.
Abah ma panggil suruh turun dapur makan nasi.
Pasti di bilang satu persatu.
"Abe, Kak Jah, Kak, Abe Mi, Umi, Apih?"

Kurang confident, diorang kira lagi sekali.
"1,2, 3,4, 5, 6..haa..dah cukup."
Baru lah kami semua boleh start makan.

"Nah sikit sikit sorang, korang semua ramai" 
Si ibu membahagi bahagikan sama banyak agar kami tidak bergaduh.
Adil bukan.

Hari ini.
Aku tengok engko, engko tengok aku.
Masak lauk sedozen.
Masuk dalam peti.

Semasa kecik kecik.
Masuk dalam kereta.
Kereta gerak tak sampai sepuluh minit.
Dah ada dua tiga makhluk menjatuhkan kepala ke bahu.

"Aish..sibuk la.Bangun la. Dah la kepala macam besi"
Sambil menolak kepala si adik dengan hentaman yang kuat.

Hari ini.
Aku pusing sebelah kanan.
Aku pusing sebelah kiri.
Tiada lagi bebanan seberat satu tan kepala lori.


Semasa kecik kecik.
"Ish..nak tengok Dragon Ball!!"
"Aku nak tengok Snow White la!!!"
"Nak tengok Usop Sontorian laaaaaa!!!"
Punat televisyen hancur lunyai ditenyeh tenyeh.

"Ke tepi, ma nak tengok senetron bawang putih..."
Si ibu tersengih melayan drama.
Si anak anak tunjuk muka tak puas hati. Bengang.

Hari ini.
Tekan satu, dua , tiga, empat, lima, enam sehingga beratus. 
Plastik remote control tak buang buang lagi.

Semasa kecik kecik.
Berangan angan nak jadi anak tunggal.
Mesti ma abah sayang aku seorang.
Semua benda aku pulun seorang.
Tak perlu lagi nak berkongsi.
Tak perlu lagi nak bergusti.

Hari ini.
Berangan angan nak adik beradik ramai ramai.
Lagi ramai dari enam orang.
Tak kisah kene bahagikan kasih sayang.

Kerana 
Sekarang 
Baru aku rasa
Hidup aku 
Hanya 
Dengan sebijik PC!












No comments:

Post a Comment