Monday 25 March 2013

Memori makan bersama

Tengahari hari ini memang cantik. Matahari bersinar dengan megahnya, terang berderang. Peluh di dahi turun seperti turunnya air paip yang lupa ditutup paipnya. Aku masih lagi terpacak di tapak binaan. Melihat Mr.Chong selaku bos aku bersama seorang lagi designer, Kak Nik. Sedang mengukur batu bata yang tersusun rapi berdiri tegak di depan muka diorang. Aku hanya mencatat angka yang beriburibuan bersama lakaran yang entah apa apa. "Pekena singa beng (limau ais) best jugak ni..."bisik anak tekak aku.

Selesai sahaja mengukur, kitorang menembusi Grand Livina berwarna..macam nak silver..tapi tak..sampai hari ini aku masih tidak mengenalpasti warna kenderaan pacuan empat roda milik Mr.Chong. "Zurpppp" Aircond dipulas ke tahap maksima. Pipi aku disapa angin yang lembut.. "Aaahhh.." sambil memejam mata rapat rapat. Heaven!

*******

"Mau makan apa hari ini? " Mr.Chong bersuara.

"Ikut la Mr.Chong..dahaga air je ni.."

Lebih kurang sepuluhminit melayan perasaan bersama angin aircond, akhirnya kami tiba ke destinasi. Kali ini warung nasi kukus menjadi pilihan Mr.Chong.


*******

"Nik, kamu punya berat badan berapa sekarang?" Mr.Chong memecah kesunyian seteleh agak sekian lama kitorang sedap melantak. Aku dah faham sangat soalan bos aku ni.

"Semalam saya timbang sudah naik.. 51.6 kilogram." jawab Kak Nik.

"Kamu pulak Mi?"

"Saya?? Saya 60 kilo Mr.Chong.."

"Wah..manyak beratttt...Mi, dulu saya tengok kamu kerja tempat lama. Sudah slimmm..tapi hari ini muka kamu sudah bulat balik"

"Tak pe lah Mr.Chong..Bulat pun ramai yang suka." Aku membindas.



















Doraemon yang bulat pun ramai yang suka. Seantaro dunia tuu..

No comments:

Post a Comment