Monday 6 May 2013

rintihan


jika hidup tiada dugaan dan macam macam masalah, mungkin kita akan hanyut dengan kegembiraan dunia..kita tidak akan sedar akan apa kelemahan kita, kesilapan kita , kesedaran berfikir dan juga sebagai pengajaran sebagai makhluk Allah yang khilaf….mungkin kita akan menangis smpai terduduk tersungkur kerana tidak tahan akan tohmahan dunia,tapi sedarlah, itu tidak bermakna kita sedang diuji dengan ujian yang amat berat…

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
 
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.Setiap ujian dari tuhan membuktikan bahawa tuhan sedang mengheret kita untuk merintih dan berbicara denganNYA.

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”

(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

p/s
semakin berat ujian yang melanda..semakin rindu tuhan akan rintihan kita..sedarlah bahawa insan sedemikian merupakan insan pilihan tuhan..

No comments:

Post a Comment