Wednesday 29 May 2013

Ayu bukan aku, aku bukan ayu.

Hai.
Amboi engkau minah..cam western jer kasi hai hai. Dah tak reti nak bagi salam?

Assalamualaikum...
Haa..kan sopan cam tu.

Alhamdulillah. Hari ini jari jemari aku masih berada di atas keyboard. Kaku. Masih memikirkan apa yang mahu ditulis. Aku belek belek entry entry aku sebelum ini. Cukup sebulan entry aku berbaur kesedihan. Penuh jiwang.
Aku buka facebook aku. Aku belek belek inbox aku. Baca balik apa yang aku sembang sembang bersama sama dengan sahabat baik aku.

saje baca baca balik post post lama mung
kenkadang tengok analogi mung ...
some sort on different stage
mmm
maybe either your brain wiired like this or this is how architecture mind works 

Tersengih sebentar membaca mesej yang dihantar kawan baik aku yang sorang ni. Alhamdulillah. Masih lagi ada makhluk yang sudi mengambil berat tentang aku walaupun aku layan dia macam gorilla. Haha. Jangan marah atuk superman.

Ada jugak yang tertanya tanya.  Adakah aku sakit.  Hmmm.  Biarlah rahsia.  Kikiki.

okeh, sementara otak aku ni kosong, tarak tau mau tulis apa. aku nak cerita serba sedikit tentang aku. 
bagi manusia yang tak kenal aku. tengok aku awal awal. memang dorang pikir, "aku lah wanita yang seayu ayunya.." 

Bukan. Bukan aku ayu mahupun tentang seorang wanita yang bernama ayu. Aku gagal untuk menjadi wanita ayu. Jangan risau bakal mak mertua aku. Walaupun aku begini, aku tetap menjaga batas. Dah perempuan, buat gaya perempuan.

Aku cuba untuk berubah menjadi wanita ayu. Tapi, masalahnya, makin aku wanita, makin aku tak menajdi wanita. Hmm, cam mana nak construct ayat ni. Ok, makin aku bertambah usia, makin aku tak wanita. Hormon lelaki beranak dalam badan aku ke apa?!
Meh aku kasi few example:
1. Kat rumah ke,..kat luar ke..,melainkan pi keje (oleh kerana dah kena sound dengan bos) ..aku lagi suka pakai baju t-shirt dengan seluar. jarang sangat nak pakai baju ladies.. mak aku pernah kena tegur dengan nenek aku, "Ani..engko buleh tak tegur anak engko yang sorang tu..jangan bagi pakai seluar..pakai kain." Nasib baik aku tak dengar nenek aku membebel..kalau tak dah lama aku ceramah nenek aku. Hihi.
2. Kalau aku keluar jalan jalan dengan adik perempuan aku ke..dengan member perempuan aku ke..kaki aku ni mesti setengah meter ke depan. Kadang kadang aku terpaksa stop, dan tunggu dorang datang dekat dengan aku, baharu la kitorang buleh jalan sesama. Masa tu, dorang mulalah bising bising, " Hoi minah...engko nak masuk maraton ke?"
3. Suara. Yang ni paling aku tak suka nak habaq. tapi aku nak cerita jugak. Aku tak suka cakap kasar kasar. tapi suara aku yang membuatkan aku menjadi kasar. cam mana tu?? Paling sadis bila aku call ma aku. Kebiasaannya ma aku dengar suara aku cam nak marah marah, kasar, tinggi, kuat. tapi entah mengapa, pada hari tersebut, aku call ma aku, boleh pulak ma aku tanya, "Ni Jah ke? Ma dengar macam suara Cikin(adik aku)". Adik aku yang sorang ni manja cikit. *cikin, jangan nak perasan!

Memang aku begini rhupe..nak buat macam mana..redha jela kan. Bukan aku dua alam sepertimana superman aku pikir.  Walaupun gaya aku lebih kurang macam jantan. Gelak aku macam gelak evil. Tetapi hati aku tetap ayu. Chewah. Geli gelimang tulis macam nih!

#Baik tulis yang happy happy, walaupun hati masih tak happy lagi, sekurang kurang kita berusaha untuk teruskan hidup supaya happy dan yang membaca blog ini pun turut tersenyum... InsyAllah,..bahagiamu pasti tiba! bersabar lah! :)



No comments:

Post a Comment