Saturday 11 May 2013

yang bermacam macam

perhatian: ini adalah kisah benar. nama dan lokasi tiada kaitan antara hidup dan mati orang lain.


Kawan, bila mana dia melihat kawannya berduka dia menceriakan.

"minah, apasal masam mencuka je aku tengok ni.."

"tu haa..itik aku tu tak boleh menetas..dah berapa kali dah aku kasi laki kat die..tak juga bertelor"

"dah dah..jangan masam mencuka..tak shomel..meh aku belanja aiskrim"

"taknak aiskrim..nak KFC!"



Kawan, bila mana dia melihat kawannya hidup susah, dia juga merasa susahnya. senang cerita, cubit kaki kanan sakit..kaki kiri jugak merasa perit.

"mak ayah aku sakit la...aku dah takde belanja dah nak wat makan duk sini"

"sabarlah yea..aku pun rasa susah tu..meh makan megi sama sama. kita belah megi sebungkus ni..nak?"

"aku rasa aku kena berhenti belajar,..kerja..."

"ish..daripada engko berhenti..baik engko kerja part time..,.meh tolong aku jaja kerepok keliling dorm esok nak?"



Kawan, bila mana rahsia hidupnya diceritakan kepada kawannya, lalu disimpan rapi rapi. tanpa ada syak wasangka. menerimanya tanpa banyak soal.

"weh, aku nak cerita hang, cerita hidup mati aku ni..."

"apa dia?"

"aku sebenarnya...sebenarnya..sebenarnya...."

"sebenarnya apa? aku janji tak cerita kat sapa sapa lah..takkan hang tak kenal aku camne lagi...buruk baik engko..ni 'poket' aku simpan dan zip..takde nak terburai keluar.." sambil menunjukkan kat sebelah kiri beliau.

"aku sebenarnya dah kahwin dengan brad pitt"

"yeke? okeh okeh..aku simpan simpan...janji..."serentak jari kelingking beliau dengan jari keliling si kawan bersatu..memulas..



Kawan...bila mana mengetahui 'tahi lalat' hinggap di hati kawannya..maka di tinggalkan kawannya sehingga lalat lalat membuat sarang.

"aku cerita ni sebab aku dah tak tau dah nak rujuk kat sapa..aku percaya kat korang je..tolong lah aku..korang semua kawan baik aku kan..kan..kan.."mula nak terburai air mata

"iye..cerita lah.."sambil dengar acuh tak acuh.

"aku dah kena @#&%&*()*&*^@!*"

"woiiii..engko ni apa sal haa?? engko tak malu ke buat macam tu? malu aku dapat kawan macam engko nih!! pi jauh jauh..busuk!" jawapan diberi dengan hanya mendengar satu kenyataan.

"nanti la dulu..biar aku jelaskan satu persatu.."

"nak jelas apa lagi?? bukti dah bersuluh...tak payah nak explain lebih lebih..orang macam engko tak layak berkawan dengan kami.."

"bagi lah aku peluang....."

"takdenye peluang peluang bagai..apa? engko ingat boleh pusing balik masa lepas? dah dah..pi jauh..pi jauh...nanti tak memasal kitorang pun sama bau busuk engko tu.."sambil memalingkan badan beliau ke  tempat lain.

maka berlalu lah si kawan dengan airmata kerana kentutnya yang amat amat lah busuk,






p/s: bagi kawan kawan aku yang masih berada dekat di hatiku, walaupun jauh di mata aku..korang semua memang best..susah nak dapat kawan macam korang..terima kasih kerana layan kerenah aku yang gila gila. yang selalu menyakitkan hati korang..yang selalu menyusahkan hidup korang..

bagi kawan aku yang masih tak dapat maafkan aku..aku harap engko dah maafkan aku..aku tau engko sayangkan aku..sebab tu engko marah marah aku teruk teruk..kerana nak tengok aku jadi orang yang baik...terima kasih masih ambil berat tentang aku walaupun guna orang tengah, tepi, depan belakang.. engko tetap kawan aku dunia akhirat..



























No comments:

Post a Comment