Friday 31 May 2013

tazkirah di hari jumaat

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala.
Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab : “Aku takutkan api neraka…”
 
Khalifah yang adil itu memujuk : “Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka..”
Namun, apakah jawapan budak itu? Katanya : “Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?”
Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis….

Apabila rasa takutkan Allah  yang sentiasa memerhati sentiasa menjaga dan mengawasi berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang fikirkan tentang Allah, lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.


note to myself..islahnafsi

No comments:

Post a Comment