Saturday 4 May 2013

nak yang macam mana ea..

Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara:
Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.
Maka pilihlah yang beragama, nescaya sejahteralah hidupnya.

Kerana hartanya?
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh semasa tengah bersembang dengan John C.Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya daripada hidupku. padaku mereka itulah orang yang berjaya. tetapi semua orang mahu menjadi aku."

harta bukan matlamat hidup. semakin kejar harta. semakin kita tidak merasa cukup.

Kerana keturunannya?
Adakah Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya boleh berkahwin dengan Putera? Tuan boleh berkahwin dengan Puan?
Allah menjadikan kita semua sama taraf. Bermula dari nabi adam yakni tanah lalu dijadikan hawa dari tulang rusuk nabi adam maka terbentuk anak cucu baginda sehinggalah kita terlahir hanya dengan setitik air mani yang bercantum dengan ovum. Yup, kalau dikaji, asal usul kita hanya serendah di pangkal paha! terlampau rendah.

Kerana kecantikkan?
Cinta itu datangnya dari mata turun ke hati. jika berkenan di mata, mudahlah memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan hati? secantik manusia akan dimamah usia. secantik mana pun manusia, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan perasaan jemu.
mahu berkahwin sementara cantik..dan buang selepas cantik dan kacak bergaya bila dah nampak kedut kedut.


maka pilihlah yang beragama..

"eh, aku kena cari yang ustaz ustazah la?"

"habis tu yang takde tittle ustaz ustazah nak taruk mana?"

"bagi dekat yang takde tittle tula..kan ramai lagi.."

"errr....errrr...."

Kerana agama;
manusia yang beragama terbahagi kepada tiga, TAHU agama, MAHU agama dan MAMPU dalam beragama.

TAHU agama- yang ni manusia yang tengok agama melalui gred dalam subjek 'pengeTAHUan agama islam'.
tahu tentang agama, tetapi adakah mereka jenis ini mengamalkannya?

MAHU agama- dia mungkin seorang yang tidak tahu tentang agama, tetapi dia mahu mencari agama. yang ni jenis manusia google..searching.....

MAMPU dalam beragama- sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

jadi, jangan sempitkan diri anda tentang agama. yang lebih penting, mereka yang mahu dan membuktikan diri mereka dengan perbuatan hariannya sehingga dia mampu beragama.

dia mungkin seorang ustazah
dia juga mungkin seorang jurutera, doktor, akauntan etc.
dia mungkin bertudung labuh.
dan

juga mungkin yang belum bertudung. tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan hidup. dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. seorang yang teachable!




























No comments:

Post a Comment