wahai mata ku, janganlah menangis tersedu sedan
meratapi setiap keperitan yang menjalar memakan perasaan...kerana kau harus
percaya bahawa setiap dugaan yang sedang kau rasa adalah takdir dari yang
maha Esa...tiada duka yang akan abadi selamanya...dan Allah maha perkasa
menentukan segalaNya...Redhalah dengan suratan yang telah di gariskan...maha
adil Allah akan menjadikan segalanya sempurna.
lekak lekuk di
kehidupan sementara nie adalah lubang-lubang yang perlu ditampung dengan
kekuatan dan iman yang kukuh, barulah perjalananmu bisa menjadi sekuat aloi
yang tidak akan runtuh.
wahai mulut, kau
diciptaNya begitu unik dan tiada sesiapa yang bisa menggantikan fungsinya
walaupun sebuah robot ciptaan manusia yang berharga sejuta..melaluinya, Allah menghadiahkan pula
suara...dan aku mengharapkan suara yang akan dikeluarkan bukan segala jenis
umpatan dan cacian terhadap kejadian yang terlihat di penglihatan...jadikanlah
mulut tue sebagai saksi suara melafazkan ayat-ayat Allah dan memberikan nasihat dan kebaikan...
wahai telinga,
dengarkan segala nasihat-nasihat yang bernilai yang akan memimpinmu menjalani
kehidupan ini dengan sempurna...tutuplah telingamu dari mendengar suara-suara
sumbang yang cuba membengkokkan jalan yang lurus, yang cuba melalaikan dan
menidurkan mindamu dari berfikir perkara kebaikan..
wahai jasad yang
akan hancur lumat dimamah tanah, kau adalah amanah dari Allah...siapa kita
untuk menjadi perosak diri?..tega sungguh wahai manusia jika kehidupan sementara yang dilalui diisi dengan melakukan
maksiat yang hanya akan memakan diri.
bukankah diri adalah
amanah dari Allah untuk kita jaga dan lindungi dari azab api neraka?? Allah
hadiahkan kita penglihatan, pendengaran, suara, sentuhan dan segala kemudahan.
Dia tidak meminta bayaran di setiap sedutan udara yang kita gunakan...apakah
hendak bersyukur dengan menyebut sepatah “Alhamdulillah “ pun terasa berat untuk diucap kan..?? subhanallah....
duhai pemilik
diriku......duhai jasad...
''berterima kasihlah
kepada Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..nikmat yang di anugerahkan
ini terlalu bernilai...jagalah dan gunakanlah di jalan Allah dan bukan gunanya
untuk meraih dunia semata-mata..''
No comments:
Post a Comment