Friday 31 May 2013

Dan keranaNya

Dan, kerana Allah, bersabarlah.
Walaupun itu sangat melukai hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…
walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah,
dan kerana Allah, bersabarlah…
bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru,
namun kerana percaya pada Allah, maka bersabarlah..
dan kerana yakin pada Allah, maka bersabarlah…
dan kerana Allah, maka bersabarlah..
tiada ketentuan yang sia-sia.
tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA.
tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA.
Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
Maka pujuk hatimu,
dan kerana Allah, bersabarlah…

ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG YANG SABAR..
JIKA kamu HILANGKAN SABARmu MAKA ALLAH akan menghilang darimu....

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
 
saat ujian datang bertimpa-timpa,
Allah cuma mahu menduga,
masihkah kamu sabar dengan kekurangan,
dan
masihkah kamu redha dengan ketentuanNYA.

No comments:

Post a Comment