Tuesday 14 May 2013

Jatuh



Meninggalkan bumi uiam setelah tiga tahun berhampas pulas menanggung segala kegembiraan, kesedihan, keperitan dan bermacam macam lagi ke...ke..ke..jika mengimbau kembali terasa bodoh dan kerdilnya diri aku ini. 

Aku kembali ke pangkuan ibu bapaku. terasa amat nyaman di sini. terasa beban yang aku pikul hilang sekelip mata di bawa angin. sedang aku berada di zon selesa, Allah masih menguji aku. ya, ini semua tarbiyah daripadaNya. 

Ketika waktu ini, aku merasa tidak layak untuk menjadi seorang yang solehah kerana aku rasa diriku sejijik jijiknya. Herdikan dan hinaan membuatkan aku jatuh kembali. Jika tujuh tahun dahulu, aku memakai pakaian yang tertutup. melabuhkan tudungku sehingga menutup segalanya daripada pandangan ajnabi. bajuku juga dibesarkan ketahap maksima sehingga tiada seorang pun dapat menganggar bentuk size badanku. Handsock....stokin..sentiasa dipakai sehingga aku berjalan di atas pepasir pantai, meredah sungai tetap aku pakai..

Betapa lemahnya imanku...

Memasuki alam pekerjaan, membuatkan aku alpa pada diri sendiri..alasan bertambah alasan..
aku kotor..aku tak layak nak tunjuk alim..aku tak layak berpakaian sebegini rupa kerana diriku diseliputi dosa dosa..

perlahan lahan aku meninggalkan pemakaian handsock..yup..nak berubah jadi jahat aku lakukan secara perlahan lahan..sama seperti aku  ingin berubah menjadi baik..aku cuba untuk tidak memakai stokin..namun iman senipis ini masih tidak kuat..mungkin malu pada diri..perlahan lahan aku memakai tudung yang agak singkat..tidak selabuh tudungku yang dahulu..diangkat sedikit keatas sehingga menampakkan lengan bahu..Allah..malunya pada diri..malunya aku pada Engkau..betapa hinanya aku ini..betapa tidak sabarnya aku dalam menghadapi ujianMu. Hanya kerana tomahan manusia yang sama taraf dengan aku, aku terus tunduk mendengar pujukan daripada sang Iblis..

Seperti hambamu yang lain...aku juga diuji dengan perasaan. Perasaan yang meluat luat untuk dikasihi dan disayangi oleh seorang yang bernama lelaki..leka dengan dunia fantasi yang aku ciptakan sendiri..sungguh, aku malu padaMu ya Rabbi..saat diri ini patut mengharap cinta dariMu, aku jauh tersasar..

Allah...adakah mungkin aku mampu menjadi wanita solehah seperti yang aku idam idam kan sebelum ini? Ku pujuk diriku kembali..merenung kembali kisah aku sebelum sebelum ini..Apakah niat aku berubah untuk menjadi wanita solehah hanya keranaMu? Atau adakah hanya kerana makhluk yang bergenetikkan adam? 


Saat kita menempuh onak duri,
Derita sekali sekala mencuit hati,
Hati remuk, menangis tak henti,
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati,
Ketika itu sabar pun sudah tak dikenali lagi,
Dalam terharu,
Air mata tertumpah lagi.

Wahai Hamba ILAHI!
Begitulah kehidupan di dunia, 
Kita sesekali tidak dapat menjangka,
Apa yang ALLAH aturkan untuk kita,
Adakalanya kita tersangat gembira,
Adakalanya kita tersangat suka,
AturanNYA bukan pilihan kita.

Namun,
Jangan risau wahai manusia,
ALLAH itu Tuhan kita,
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangNYA.

Percayalah!
Dia tidak menduga hambaNYA,
Kecuali untuk melihat hambaNYA,
Tersenyum di sana.
Tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa,
Oh indahnya!

Wahai hamba ALLAH!
Jangan bersedih, 
Kerana anda telah melalui kesedihan itu kemarin,
Dan ia sama sekali tidak memberi manfaat pun pada keesokan harinya.

Kesedihan demi kesedihan,
Bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan,
Dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna,
Padahal dunia inilah kesempatan untuk dekatkan diri kepada ALLAH,
Untuk kita meraih syurgaNYA,
Yang tersangat indah.
Serta bebas dari rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan,
Air yang manis terasa pahit,
Makanan yang lazat terasa hambar,
Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu.

Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir air mata mengalir di pipi,
Lantaran terasa diri begitu kerdil di sisi ALLAH,
Dan begitu berdosanya diri kita di sisi ALLAH.

Wahai hamba ALLAH!
Lihatlah sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu,
Sepanjang hidup dan usia jangan mudah berputus asa.

Senyuman yang kau berikan,
Dan air mata yang kau titiskan,
Simpan...jadikan tauladan,
Segala yang kau pandang dan dengar,
Simpan..buat pedoman.


Semoga perubahan aku yang kedua kali ini hanya keranaMu..kerana rindu aku kepadaMu..kerana takut akan azabMu..


#Allah turunkan angin dan musibah untuk kita kembali bermuhasabah ^_^




No comments:

Post a Comment