Friday 26 April 2013

Cikgu Fizik request jadi friendlist

Bila buka facebook, mata sudah semestinya terjeling kat sebelah kiri.
Mana lah tau ada mamat mamat tak pun gadis sunti hantar friend request.

Kali ini cikgu fizik aku yang request.
Memang dah lama aku cari cikgu Ellah.

Dulu, masa sekolah,
Aku, Sah dan Zini
memang tak boleh nak berenggang dengan cikgu.
asyik pergi kacau cikgu.
tanya itu dan ini.

Lepas habis SPM,
tengah tunggu result dari mana mana universiti,
cikgu Ellah panggil kami,
mintak tolong kami,
periksa kertas exam budak form four.

diberi kertas ujian yang sudah berconteng dengan jawapan.
bersama skima jawapan.

Kalau yang kertas soalan objektif
kami ikut seratus peratus skima jawapan.
tapi yang subjektif,
kami banyak tanya cikgu.
yang ni boleh tak cikgu?
yang ini macam mana cikgu? 
kerana jawapan pelajar ikut logik akal.

tidak lama kemudian, aku bersuara;

"Cikgu, banyak lagi ke yang patut kami tanda ni? Kalau kami tanda semua betol boleh tak? Senang cikit, semua anak murid cikgu dapat markah tinggi tinggi. Cikgu boleh dinobatkan cikgu fizik pandai mengajar." 

" Banyaklah cikgu pandai mengajar. Kamu cakap senang lah. Di alam sana nanti saya nak jawab apa? Gaji yang saya amik tapi saya buat cincai cincai. Saya perlu adil kepada semua. Kesian saya nanti. Dosa saya dah tak tertanggung, ditambah pula dengan dosa yang nih. Heee!"

amik nok, tak memasal masal kena belasah!








No comments:

Post a Comment