Monday 29 April 2013

Hentam Perempuan

"Pehal ni der? asyik team team awek je yang kena tiaw" - siti markonah, parit bongsu.

"semua bende pon pompuan salah, kami yang kene rogol, pastu kami yang kena kutuk, salah pakaian la, tayang body la, apa pun tak boleh" -peah jambu, simpang ramas.

"50 teguran kat blog, 49 daripadanya mesti teguran kat gugurl,pastu tegur kasar pulak tu.hina sangat ke we all ni?? -saida shub, kampung bumbung


************************

berikut berikut adalah luahanhati jujur gadis gadis kepada aku.

sungguh, luahan hati tersebut menyelinap masuk ke hulu hati aku yang bertaman.pilu hati aku melihat kaum kaum yang sepatutnya dibelai manja dihentam secara berleluasa.

kesian...aku setuju , saban hari, waktu danketika ber'SEPAH' teguran dan kritikan terhadap makhluk yang dinamakan gadis itu, isu tudungnya, isu leggingnya, isu seluar nampak linenya, isu pakai kebaya nampak singlet dan tiub basikal serta isu isu lain yang tidak menyebelahi gadi gadis, setiap teguran pulak, amat sukar mencari teguran yang lembut dan berhemah, kebiasaanya, sure, semua nak jadi kononnya bapak bapak yang garang.

"salahkah we all tegur? jerit seulas anonymous

errr...errr..soalan hujah membalas dari aku pulak


"jantan jantan rogol, pengila seks yang suka main main gesek gesek, mat mat rempit, mamat mamat pukul, mat mat yang tak reti azan, mat mat yang semayang tak cuku cukup, mat mat penakut jadi imam, baca quran gagap, atau kutu berahak jantan lepak buat bising malam malam, mat mat tengok cita blue ADA TAK YOU ALL TEGUR SOUND?

kalau ada pun berapa kali? sebanyak yang we all hentam gadis tu ke?

benarlah kata kawan baik aku,
gadis diexploit dalam bermacam macam cara even bloggers pon gemar exploit wanita,guna isu wanita untuk dapatkan perhatian, traffic pon up kalau buat entry hentam pompuan kan kan?

aku kompiden, gadis gadis pembaca blog mampu menerima teguran terhadap mereka, tetapi yang mereka persoalkan keadilan terhadap mereka. Be adil dalam penulisan kita, sekali hentam gadis, sekali jugak hentam jejaka. kan best kan kan? pastu salah ke jika teguran itu disampai dengan lembut dan berhemah?

Lu orang ada pikir tak? dengan entry kononya teguran korang tu berapa ramai gadis yang agaknya berubah selepas membaca entry entry korang? hurmm, ke ramai yang baca pastu terasa dan rasa macam err errr.........*isi tempat kosong*

gadis, tidak sama bentuk ciptaannya dengan insan yang dinamakan jejaka. hati  sang gadis haluuuusss, yang amat fragile, jika kita semua nak menegur sang gadis, berilah teguran yang halus amat, biar ia bisa menembusi hati mereka yang halusssssss


aku bukan la nak jadi kononnya hero, tapi aku mendapat ilham dan kesedaran sivik yang menyatakan kebanyakkan dari kita menegur dengan cara yang mungkin kurang tepat,

kasi lu situasi:
korang sedang lepak bersama sama geng geng kat tepi jalan. jam menunjukkan pukul 7.27 pm. azan maghrib berkumandang, tetiba lalu pak imam lantas beliau dengan kurang ajar menegur.

"korang ni pekak tuli ker? bebal ke hape? tak reti reti nak balik rumah? dah maghrib ni, tak reti nak pi masjid?"

korang rasa (sila pilih):

a) nak penyepak muka pak imam sambil berkata" lu sebok pe hal?"

b) dengan penuh insaf pergi ke surau.

jawab dengan jujur,toksah nak poyo baik.





p/s: -----aku berubah nak jadi baik-----











No comments:

Post a Comment