Wednesday, 24 April 2013

Home renovation : Part 2


Aku tengok dua tiga harini entry aku asyik duk bercerita pasal hal kerohaniah.
Sesekali nak jugak rasa hal duniawi kan kan.
Islam jugak mengajar, kejarlah dunia seperti mau hidup selama lamanya.
dan kejarlah akhirat seperti nak mati esoknya.

Selaku interior designer yang terhebakk di dunia ni. gila poyo ayat.
Aku nak kasi beberapa tips kat korang mengenai ubah suai rumah.

Ini berpandukan pengalaman aku sebagai interior designer selama setahun nak masuk dua tahun kerja.
Korang tak nak caya. ikut hang lah. Kalau boleh, percaya lahhhh..

Okeh2, fokus pada tips:

1) Berapa bajet? untuk melakukan pengubahsuai, anda perlu tahu bajet korang. Set kat kepala hotak korang tu  berapa mau abiskan duit untuk renovation. Kalau rasa diri tu kudukut, limit lah kewangan korang tu. Kalau rasa diri tu tak pandai nak membajet, korang bagitau je berapa bajet korang kat designer. (yang upah designer la. kalau yang upah tukang tukang kampung, bagitau la jugak. Dorang lagi arif pasal benda alah ni)

Tapi, sepanjang aku kerja, berapa jejemput je aku jumpa manusia nak kasi dorang punya bajet. Bajet taknak kasi tau sengkek la tu..huhu. Serius aku cakap. tak payah nak membajetkan diri ada duit banyak banyak tapi sebenar tak hade. Bukan nak memperlekehkan. Cuma nak habaq kat hangpa. Kalau korang terus terang kan senang, senang kitorang nak buat kerja. Tak payah nak menghedit kerja dua tiga kali.

2) Fahami bajet anda. Macam yang aku bagitau kat perenggan tadi. Kalau takde, buat cara takde. Jangan nak mengada. Aku selaku ketua persatuan interior designer (tunjuk poyo lagii..) tak pernah nak pandang serong kat korang kalau korang ada bajet sejemput. Aku akan syorkan barang yang berkualiti tanpa anda mengeluarkan wang yang lebih.

3) Pi jalan jalan, masuk kedai kedai dan bandingkan.  Serius. Inginkan rumah idaman yang lengkap untuk hidup seumur hidup perlukan modal yang cukup besar. Betul tak rakyat jelata?? Anda perlu mengeluarkan ratus ratus ribu ringgit untuk memuaskan hati anda agar rumah anda bertukar menjadi 'syurga'. Oleh itu, rajin rajinkanlah diri anda untuk menyemak harga barang di pasaran dan kualiti barang tersebut. KUALITI!! disini aku tegas sekali lagi. sesetengah orang pikiq barang murah takde kualiti, sesetengah orang pulak, pikiq barang mahal kualiti gempaqqq...

Jangan masuk satu kedai, dengar dorang pot pat pot pek terus percaya. Biar lemak korang cair meleleh, daripada keluar duit meleleh leleh, tapi bila tengok hasil....fuhhhh..pada masa itu, nangis tungging tungging takde guna dah.

4) Bila korang dah percaya dengan agen renovation tersebut, planning lah. Jangan serah seratus peratus kepada agen tersebut. Itu rumah korang. Kadang kadang sesetengah agen tak amik tau perkembangan rumah korang setelah mendapat wang pendahuluan. Rancanglah diri anda dengan agen tersebut di mana mahu mulakan dan bilakah masa sesuai untuk bermula. Kalau boleh, anda dengan agen tersebut perlu keep in touch hari hari.






















"aku dah berapa kali minta dorang datang tengok, tak datang datang."
"aku dah call dorang, tak angkat angkat."
"aku dah..dah..dah.."

Kebiasaannya, inilah testimoni yang aku sentiasa dengar kat corong lubang telinga ni. Aku akui, sesetengah designer yang dorang upah tak buat kerja. Sekali lagi bukan nak memburukkan. Tapi inilah realiti yang aku tengok. Sesetengah dorang, dah dapat projek, tak amik pusing. Dorang lepas tangan kat tukang. Owh..plisss, yang ini bukan akuuu..

Kebiasaan yang perangai macam ni, anda boleh mengenal pasti dari mula anda deal dengan beliau, adakah drawing yang dihasilkan beliau siap pada tempoh yang anda inginkan? adakah beliau selalu contact anda untuk mengetahui progress rumah anda? adakah beliau jenis yang mudah mendengar hasrat anda?















No comments:

Post a Comment