Thursday 25 April 2013

Mak bapak ke anak?

Aku perasan, mak ayah zaman sekarang amat suka menentukan kerjaya anak anak. Sejak dari keluar dari perut mak lagi, mereka dah tetapkan, anak aku ni nak jadikan doktor, jadikan cikgu dan macam lagi.

Sampai aku tengok anak dorang tension habis. Result exam dah ok, cemerlang dengan jayanya, tapi masih terlolong lolong kat facebook, twitter, cakap tak suka.

Kesian.

Reason dan alasan mak bapak?
1. mak bapak nak tumpang bangge...

mau taknye, bila sembang dengan kawan kawan, sure la rasa proud bila anak kerja doktor.
cuba bayangkan kalau anak tu kerja biasa biasa aje?

2. susah nak dapat kerja sekarang.

ni alasan yang banyak mak bapak guna bila mengarahkan anak anak jadi apa yang mereka nak. lagi lagi bila si anak minat dalam bidang berkaitan komputer, dituduh susah dapat kerja. biasanya mak bapak suh jadi cikgu..senang katanya. maka dipaksanye anak jadi cikgu..biarpun anak tak mahu. kesannya? banyak wujudnya cikgu yang tak serius dan malas mengajar.


*********

Salah ke mak bapak camtu?
Salah dan tak.

Tak salah sebab mereka semua concern dengan masa depan anak anak. Kang tak amik tau dah kira mak bapak derhaka.

Salah bila mereka bertindak semua benda dorang tau padahal bukan semua tanggapan mereka betol.

Untuk mak bapak, hentikanlah menentukan kerjaya anak anak. korang semua boleh nasihat. Tapi jangan jadi pembuat keputusan. Percayalah, korang boleh merosakkan anak anak.

Untuk anak anak, plissss, jadi orang yang kamu nak jadi. pilih kerjaya yang kamu betol betol minat. kemudian, jadi yang terbaik dalam course yang korang pilih. takkan ada isu mak bapak membebel "itulah engko,aku suruh pi jadi cikgu engko tau mau!!"... 
Tapi jangan DERHAKA!!


*********

" Choose a job you love, and you will never have to work a day in your life" - Confucius

"Everyday I get up and look through the Forbes list of the richest people in Amerika. If I'm not there, I go to work." -Robert Orben.

"When people go to work, they shouldn't have to leave their hearts at home." -Betty Bender.

" You know you are on the road to success if you would do your job, and no to be paid for it." -Oprah Winfrey.



P/s:  matang kan??





















No comments:

Post a Comment