Monday 22 April 2013

Mimpi

Seronok kan kalau dapat tido termimpi dengan hero pujaan. Lagi seronok dapat mimpi jumpa ultraman. Siap tangkap gambar dengan ultraman berlatarkan raksasa yang kena tewas. Syok uh. Rasa tak nak bangun. Kena sepak dengan adik tetap pejam mata kuat kuat. Tak nak buka.

Tiba tiba sahaja aku berada di kampungku. Suasana ketika itu agak kebisingan. Aku melihat dicelah celah kain. Penuh. Ramai. Jarang sekali aku melihat suasana sebegini. Aku memasang telinga. Ku tersenyum. Yeah! aku dilamar dan terus berkahwin pada hari itu juga!

Mak ayah aku merestui lamaran tersebut. Lalu, tanpa membuang masa, mak aku mengupah beberapa orang jiran, sanak saudara untuk mengadakan kenduri.

Suasana semakin rancak. Aku mulai menyibukkan diri. Namun, mereka tidak membenarkan aku melakukan apa apa sekalipun. Bermula dari mandi sehinggalah memakai baju, semua mereka uruskan. Aku berasa agak malu. Aku membelek belek pakaian yang membalut tubuhku. Putih bersih. Sesuai dengan citarasa dan impian aku untuk kelihatan bersih. Aku juga di make upkan dengan wangian yang semerbak. Cukup mengasyikkan.

Aku dibawa ke masjid. Memang aku rasa agak gementar. Diusung di khalayak ramai. Terasa diri diawangan. Langkahan usungan itu disusuli dengan sekeping surah dan di ulang ulang .

Di masjid, aku melihat imam dengan beberapa orang yang menjadi saksi kami.

Sekali lagi aku diusung. Aku dengar, dorang berkata mahu membawa aku ke rumah baru. Hadiah dari suami aku. Aku gembira sangat sangat. Impian aku untuk menduduki rumah sendiri semakin tercapai. Rasa seperti mendapat hadiah cabutan bertuah aje.

Sampai di rumah baru ku, imam membacakan beberapa surah dan beberapa potong doa. agak panjang doa tersebut. Mungkin taknak kasi bencana ke atas kami dan juga rumah baruku .

Beberapa minit kemudian, aku melihat mereka pergi meninggalkan aku satu persatu. Langkah mereka perlahan sekali. Sebak. Mungkin tidak membenarkan aku untuk meneruskan malam pertama di rumah baru ini.

Aku tersedar.

Perkahwinanku dengan kematian.













No comments:

Post a Comment