Sunday 10 February 2013

Comot si tikus aktif

Hai. Kenalkan ini comot, tikus dari keturunan apa entah..peliharaan aku. Aku bagi nama Comot sebab aku tengok die ni comot jer.


Tikus ni aku dapat daripada seorang member baik merangkap roomate aku ketika aku punye birthday. Aku ni bukan la dari peminat yang suka membela binatang berbulu bulu. Namun pertama kali aku pegang Comot, Comot tertunduk malu dengan menutup mata seperti rasa mahu disayangi.

Aku belikan rumah yang agak besar untuk Comot bersama dengan permainan beliau. Setiap pagi, sebelum aku pergi ke kelas, aku akan kejutkan Comot untuk mandi di dalam bekas yang berisi sabun pasir. Comot ni tak berapa suka mandi dengan air, katanya sejuk kena air di pagi hari.

Jadi, aku biarkan Comot menggayakan beberapa jenis aksi seperti kuak lentang, kuak tertiarap, renang berirama di dalam bekas pasir sabun sambil aku menyediakan juadah sarapan pagi, serta mengemas rumah beliau. Makanan kegemaran Comot, biji kuaci manakala minuman kegemaran beliau air Ribena.

Comot seekor tikus yang aktif, bila dengar je tapak kaki aku balik dari kelas. Comot akan keluar dari rumah beliau untuk menyambut kepulangan aku. Setiap petang aku akan keluarkan Comot dari sangkar beliau untuk menghirup udara yang bersih. Sesekali aku memaksa Comot untuk bersenam agar beliau tidak terkena diabetes.

Pada suatu hari, aku melihat Comot seperti muram tidak seperti sedia kala. Aku pikir, Comot ingin pasangan, jadi aku bawa Comot ke kedai Wonder Pet yang berdekatan dengan kawasan universiti aku. Lalu tauke tersebut meletakkan beliau di dalam sebuah sangkar yang banyak tikus tikus. Aku nampak Comot makin hyperaktif, mungkin gembira bertemu teman baru. Jadi, aku bawak balik Comot dan pasangan beliau yang diberi nama June.

Sejak dari itu, aku sentiasa lihat Comot dan June berkejar kejaran, bergurau senda, dan kadang kadang mereka bergaduh. Biasanya aku lah menjadi orang tengah dalam pergaduhan mereka.

Setahun kemudian, aku mulai perasan Comot menjadi super duper hyperaktif. Sangkar besi digigit gigit beliau, kadang kadang jari aku menjadi mangsa. Aku membawa Comot ke klinik haiwan. Doktor mengesahkan Comot menghadapi barah otak. Reaksi Comot yang hyperaktif menunjukkan beliau terlampau sakit. Doktor menahan Comot selama beberapa hari untuk tindakan susulan. Namun, Comot tidak dapat bertahan, Comot meninggalkan aku buat selama lamanya. Dua tiga minggu kemudian, June menyusul mengikut Comot.

Sejak daripada itu, aku tidak lagi membela binatang peliharaan kerana aku tidak sanggup melihat kehilangan mereka.




No comments:

Post a Comment