Sunday 10 February 2013

bawang putih bawang merah versi 2013

Alkisah, di zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil. Tinggal sepasang suami isteri yang bernama Dollah dangan Joyah. Hasil perkahwinan mereka, maka terlahirlah seorang bayi perempuan yang putih melepak, oleh sebab bayi tersebut keluar je mintak bawang, hatta, mereka menamakan anak beliau Bawang Putih.

Belum je bawang putih ni mencecah umur setahun, si Dollah ni terasa gatal untuk menambahkan seorang lagi isteri. Selepas meminta kebenaran daripada Joyah, akhirnya Dollah berkahwin dengan Peah, si janda anak seorang. Secara kebetulan, Paeh mempunyai anak yang bernama Bawang Merah.

Hiduplah laki dan bini bini serta anak anak dengan aman damai serentak dengan peningkatan tumbuhsaran Bawang Putih dan Merah. Namun, langit yang cerah tak kan selalunye cerah. Dollah menghembuskan nafas yang terakhir ketika menggulung gulung rokok daun beliau.  Sepermegian Dollah, perangai mak bawang merah mulai berubah, dari yang lurus bendul kepada brutal. Paeh mula tunjuk taring.

Awal perkahwinan beliau lagi, Paeh berdendam kesumat dengan Joyah kerana Joyah merampas cinta pertama beliau. Maka, Paeh menanam hasrat untuk membunuh Joyah. Joyah yang tidak tahu menahu tentang  hubungan cinta Dollah dengan Paeh zaman muda mudi dahulu, menjadi korban setelah ditolak kedalam perigi.

Bawang Putih yang tak pernah berenggang dengan mak beliau merasa pelik apabila Joyah tidak pulang ke rumah. Menangis lah Bawang Putih seharian sehingga beliau tertido dan bermimpi..

“Wahai anakku Bawang Putih. Akulah mak engkau. Mak telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak Bawang Merah. Engkau datanglah bermain dengan mak pada tiap-tiap hari. Bawalah makanan untuk mak sekepal nasi melukut dan sayur keladi.”

Tersedarlah Bawang Putih dari mimpi..dan berlari lari lah beliau ke perigi..menangislah Bawang Putih sehingga menjelma ikan kaloi yang boleh bercakap dari perigi tersebut dan memperkenalkan diri beliau.

Keesokkan harinya, setelah memasak untuk hidangan breakfast Paeh dan Bawang Merah. Bawang Putih turun ke perigi untuk bertemu bonda kesayangannya yang sudah bertukar menjadi ikan kaloi..maka Bawang Putih bergurindam,

“Mak….Mak…..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Putih datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.”

Setiap hari Bawang Putih sentiasa menemani ibunya dengan membawa nasi berlauk sayur keladi. Tetapi, rahsia pertemuan Bawang Putih dengan Joyah si ikan Kaloi diketahui Bawang Putih dan Paeh. Apa lagi, Paeh tidak puas hati, dipancing ikan kaloi tersebut dan dimasak gulai tempoyak serta diberi makan kepada Bawang Putih. Bawang Putih yang memang kebulur memakan ibu beliau dengan lahap sekali..sehingga tinggal tulang sahaja.

Setelah kekenyangan, Bawang Putih seperti biasa membawa nasi untuk santapan ibunya, kali ini bukan lauk sayur keladi, tapi lauk gulai tempoyak yang bersisa. Bawang Putih bergurindam, namun ikan kaloi tidak jua timbul..menangislah Bawang Putih buat kali kedua..tidak semena mena terdengar lah satu suara yang entah dari mana,

“Tidak usahlah engkau menangis Bawang Putih. Ikan kaloi sudah ditangkap oleh Mak Bawang Merah dan sudah dibuat gulai yang engkau makan tadi. Dan sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan tanamlah.”  

Mendengar permintaan suara tersebut, Bawang Putih ke bawah rumah, mencari tulang tulang tersebut, dibungkus, lalu dibawa ke dalam hutan agar mak Bawang Merah tidak menjumpainya. Lalu ditanam, tidak sampai seminit tanam, tulang tersebut mengeluarkan pokok yang rendang, dan sekali gus membesar menjadi pokok yang tinggi lagi kuat dahannya..di situ tersedia sebuah buaian..

Bawang Putih yang excited melihat buaian tersebut, terus duduk di atas buaian dan menyanyi..

Tinggi-tinggi pohon beringin
Kalau tinggi menyapu awan
Kalau rendah menyapu bumi
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku yatim piatu

Nyanyian Bawang Putih kedengaran ke cuping telinga anak raja yang tengah bermain main di dalam hutan,.anak raja yang dah memang miang, tidak boleh dengar suara perempuan, terus mencari jejak suara tersebut. Akhirnya beliau terlihat seorang gadis yang hanya berkembang, bermain buaian sambil menyanyi teresak esak.

Anak raja yang pantang melihat perempuan cantik, terus mengajak Bawang Putih berkahwin. Bawang Putih bersetuju dengan syarat, agar dibawa pokok dan buaian tersebut ke istana. Maka digali gali lah pokok tersebut dengan forklift ke istana. Berbahagialah anak raja dan Bawang Putih di istana dengan buaian ajaib.





p/s: aku nak pi gantung buaian kat wayar letrik yang cross jalan, mana la tau masa duk nyanyi nyanyi lagu, kereta anak raja datang, buleh kawen dengan beliau..hoho.


Tinggi-tinggi tiang letrik berangin
Kalau tinggi menyapu wayar letrik
Kalau rendah menyapu tar jalan
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku..
Aku nak kawen dengan anak raja

No comments:

Post a Comment