Monday 25 February 2013

Menjiwai seorang designer

21hb Feb 2013(Khamis)
9 p.m: Tengah best guling guling menghadap drama tragis bawang besar dengan halia. 
Kringggggg!!!!!!!!! Kacau la handphone ni..baru sahaja nak berpuitis
"Hallo..boleh tolong siapkan dua bijik appartment yang saya kasi tadi tak? Nak tengok lusa"
"What deee??!!!"
sekilas mata memandang jam. Pukul sepuluh sudah.
Capai 2 bijik pelan.
sebijik rumah lebih kurang enam ratus per square feet.
kecik je.
Campak pelan ke tepi.
Amik bantal.
Tido.

22hb Feb 2013(Jumaat)
6 a.m lebih lebih: lepas solat subuh, tekad di hati nak buka pc, start kerja.
tengok adik masuk selimut balik.
terus berubah pendirian T_T
9 a.m: bingkas bangun cepat cepat.
terasa diri dalam kealpaan
tanpa mandi
tanpa makan
tanpa buang tahi gigi, tahi mata, segala jenis tahi
sebelah tangan di papan kekunci
sebelah tangan di tikus tikus
mata terpacak di skrin empat segi
jiwa kosong.

5 a.m: mission not possible complete

23hb Feb 2013(Sabtu)
"Moshi moshi..bos! Gua dah siap buat"
"Ok, tq ya..kita jumpa client esok"
Tersadung buat 24jam.




Alhamdulillah..berkat kerja last minute..my first proposal accepted!
Pas ni aku tak mahu percaya kata kata bos aku lagi.



No comments:

Post a Comment