Wednesday 30 January 2013

Bagaimana aku bertudung

Dari umur aku tujuh tahun sehinggalah sekarang dah tua gedabak. Fesyen bertudung bukan main berkembang pesat mengalahkan fesyen-fesyen rambut mengerbang, rebonding, langsuir dan segala jenis mahkota lah.. Alhamdulillah, perempuan-perempuan zaman sekarang dah celik mata nak jaga kepala-kepala beliau dari kepanasan api neraka sehinggakan pelbagai jenis nama-nama dan juga gaya tudung terhasil. Sampai terlebih kreatif dah aku nengok..

Seingat aku la, dulu-dulu.. aku hanya terdedah dengan tudung macam ini sahaja.

tudung jahit depan dan juga tocang di belakang

Tudung sebelah kiri tu biasa la kite tengok sampai ke hari ini kan..yang tocang tu je..memang nostalgia betol..dah lama aku tak nengok budak-budak pakai camtu.
Dulu-dulu, mak aku paksa aku pakai camtu la pergi mengaji. alah..zaman belum baligh kan..

Tapi sekarang, aku tidak lagi mengunakan gaya pemakaian tudung tersebut..dah transfrom kepada pemakaian tudung labuh..

Lebih kurang macam ni la gaya beliau.


Walaupun berada di persekitaran sekolah agama, aku hanya memakai tudung labuh hanya dalam kawasan sekolah.alah..sekadar nak ikut undang-undang orang cakap..keluar je dari sekolah..terus sarung tudung singkat..

Bagaimana aku konsisten bertudung labuh??

Hidayat Allah
Meh nak habaq..ia berlaku semasa aku nak amik result SPM. Pertama kali aku terpandang seorang minah yang bertudung labuh, naluri keperempuanan aku menerjah menusuk jiwaku yang kontang
Mak aih,memang cantik,sejuk jer memandang..aku yang perempuan boleh cair..inikan pula yang berbeza genetik.

Apa lagi, balik rumah terus pecahkan tabung->tarik tangan mak aku pergi pekan->mak tak kasi bimbang tak pakai->golek-golek,hentak-hentak depan kedai->akhirnya tudung pertama yang bidang 60(paling besar) warna pink  menjadi milik haku!!

Tapi..

siyes aku malu nak pakai



Dah nama kucing, memang malu la nak pakai kan..pakaikan mengata orang lak..berlagak nak jadi alim la tu..nak tarik minat la tu..bla bla bla bla..
Macam kucing tula aku rasa.

Mak aku cakap,"dah malu sangat, wat pe beli lagi..membaziq jer!"

Niat kerana Allah plus malu padaNya
Dengan penebalan epidermis,dermis sehingga lah ke saraf tunjang, aku pakai la jugak..Alhamdulillah..sehingga aku merasa cukup malu jikalau bertudung singkat.




No comments:

Post a Comment