Wednesday 24 July 2013

berubah sebab terpaksa

Aku pernah la melalui phase 'tak ikhlas' ni. Aku kalau jahat, memang jahat betul dulu. Banyak kali gak konflik timbul pasal parents nak aku jadi budak baik tapi aku nak jadi budak jahat. Parents aku paksa buat benda2 but x pernah terangkan elok2 pasal ikhlas x ikhlas ni.


Tapi satu hari entah camner tergerak aku nak bawak bertenang dari kehidupan yang sungguh duniawi tu, so aku pun merangkak2 start sembahyang balik, belajar baca quran, belajar benda2 yang aku rasa x penting satu masa dulu (dulu aku mmg jahil nak mampus).


Mula2 buat memang rasa tenang, tapi lepas tu start rasa malas balik and rasa terpaksa.


Aku dah nak tinggalkan benda baik tu dan kembali kepada hidup penuh duniawi balik, lepas tu aku 'terdengar' cam orang bagitahu aku dalam hati 'segala apa yg kita lakukan kepada Allah itu tidak akan pernah sia2'. So aku pun terfikir lama jugak pasal benda tu , sebab aku jadi jahat adalah everytime aku buat baik kat orang, orang mesti takkan hargai. Aku terfikir, kalau aku buat baik kat Allah, apa reward aku dapat?


Kerana curiosity itu lepas tu aku PAKSA diri aku untuk teruskan dengan rutin2 islamik ni, sebab aku ni jenis orang, kalau aku jahat, memang jahat betul. Kalau aku nak jadi baik, baik aku jadi baik betul; jenis orang yg go all out. Lepas tu aku paksa diri aku tutup aurat dengan lengkap walaupun aku tahu ia akan membuatkan aku nampak cam makcik.


Banyak btol orang2 cakap 'eh u lagi hot kalau x pakai tudung, dah pakai tudung camni nampak cam makcik pulak' or 'sayang la u pakai baju longgar2 besar2 cam ni... i thought u said u're proud of ur curves and assets? u pakai baju besar2 cam ni buat u nampak gemok' or 'apesal u x pakai tudung lilit2 selendang selak2 tepi sumer tu? lagi style kan, cam orang muda'.


Tapi secara otometik aku defend undang2 Allah and terangkan kat diorang. Secara perlahan2 aku jatuh cinta dengan Islam. Dan bila aku jatuh cinta aku memang go all out. Lepas beberapa lama aku teruskan lifestyle Islamik tu, baru aku sedar hanya kerana aku paksa diri aku untuk extend lifestyle islamik tu untuk beberapa minggu je, Allah berjaya bagi hidayah kat hati aku yang memang gelap dan degil ni slow2. And here i am today,

No comments:

Post a Comment