Saturday 27 July 2013

peminta sedekah

Kebiasaan kalu aku keluar makan kat luar,
aku suka order nasi goreng kampung dengan air suam.
Tengah syok borak borak tetiba :

"Kak, sedekah kak" - budak kecik, muke comot, selekeh pakai baju menchester,pakai kopiah.

Aku, dengan selamba keluarkan duit rm5, terus pass kat budak tu.

"Terima kasih kak" ~

****

"Budak sindiket tu minah. apesal ko bagi duit?lain kali tak payah bagi duit.buat rugi jer, bukan budak tu dapat, baik lu bagi die makan dari bagi duit"- member aku.

"lah, aku nak bagi, pedulik la, bukan duit ko, lu aku tak nampak pon bagi die makan" - jawab aku dengan hensem dan selamba

****

Ramai orang yang macam tu,aku tau.bukan aku tak tau
Yang bile nak sedekah,mule fikir panjang. padahal bukan sedekah sampai seribu pon
Yang die punye fikir macam la nak settle kan soalan show ,
sin2x+2cosin^2x = tan3x - 8

Segala macam spekulasi, tuduhan dihumban pada peminta sedekah
Tapi time nak beli hempon baru, kasut, handbag, beratus ringgit, tak de pulak nak pakai otak.
Alasan.


Mungkin,betolla ramai yang menipu.
banyak bebudak meminta sedekah untuk sindiket
ramai yang pengemis konon kudung, lari bukan main laju ibarat Ussain Bolt di kejar hanjing bile penguasa "spot check"
ramai yang pemintak sedekah bute, tapi cerah mate bile nampak gadis
bukan aku bodoh tak tau sume tu


tapi,
pernah kite yang konon pandai ni fikir?
  • ape jadi kat budak yang minta sedekah tu kalau die balik tak bawak duit? - paling cikai aku rase pelempang lima das kat muke . teruk lagi mungkin penendang kat perut yang die dapat.
  • ape agaknye jadi dekat makcik yang betul2 kudung, pakcik2, atok2 yang betol2 buta, betol2 susah kalau semua pengemis/peminta sedekah we all cop pembohong?



bende mudah,
tak payah nak jadi bijak sangat, sampai nak menilai penipuan dan pembohongan
bile ade yang orang meminta, bagi seikhlas hati
pedulik la budak sindiket ke, makcik tipu2 kudung ke, pakcik bute ke,
sebab InsyaAllah, keikhlasan tu akan Allah bayar dengan ganjaran yang korang tak mampu nak pk pon walaupon korang budak pandai kat skolah dulu pon.


p/s : harta bukan bawak mati pon.
tapi spare la duit rm 100. buat beli kain kapan dengan upah gali kubur.

"dan barangsiapa memudahkan orang yg kesulitan maka Allah 
memudahkan baginya di dunia dan akhirat, dan barangsiapa yg menutupi
(aib) seorang muslim maka Allah akan tutup (aibnya) di dunia dan akhirat.
Allah akan membantu seorang hamba selama mana hambanya mahu
membantu saudaranya." (HR.Muslim)

No comments:

Post a Comment