Tuesday 9 July 2013

Seronoklah orang perempuan dosa orang tanggung

Dosa seorang anak perempuan ditanggung oleh ayahnya. manakalah dosa si isteri ditanggung oleh si suami.

1. Statement kat atas tu boleh menyebabkan 97% manusia salah faham. seriusly.

2. Biasalah,kalau dah jenis melayu yang tipikal, surely apa yang dibaca tu la yang betol, takda dah usaha nak cari penjelasan. jenis terima apa yang disuap je.

3. Seriusly,bagi lelaki yang berfikiran singkat, beliau pasti berfikir rugi la jadi lelaki.baik jadi perempuan.dosa orang tanggung.

4. Bagi lelaki lain, mungkin ada yang terpaksa cancel plan nak kawin tahun depan. ape pekdah nak tanggung dosa orang lain, baik jaga dosa sendiri yang sendiri tak mampu nak jaga.

 
Gambar : Suri nanti besar jadi budak baik tau.kesian ayah kene tanggung dosa suri nanti

5. Yang suka sangat post kat fesbuk pasal dosa main tanggung-tanggung tu, Cuba baca maksud petikan ayat Quran ni pulak :

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

6. Totally kontradik kan? so mana main tanggung-tanggung dosa?

7. takpayah la nak garu kepala. make it easy.pemahaman mudah adalah seperti berikut :

8. Siti seorang yang free hair dan suka tayang line seluar dalam. dosa untuk kedua dosa tersebut dah tentu lah siti yang tanggung. banyak cantik bapak die nak tanggung.kalau bapak dia tanggung dia senang2 la masuk syurga?

9. Apa yang bapak dia tanggung? bapak dia bukan tanggung dosa freehair dengan tayang seluar dalam, tapi beliau menanggung dosa tidak mendidik anak dia dengan baik. or dalam bahasa yang simple, saham dosa tersebut.

10. faham? so what if bapak dia memang dah nasihat, ajar anak dia baik, tapi anak tetap berperangai cilake?bapak kene tanggung jugak ke? yang ni susah nak jawab. tapi guwa tak rasa bapak dia still menangung dosa. berdosakan nabi nuh dan nabi luth sebab anak mereka tak beriman?

11. Sekian. Wallahualam




No comments:

Post a Comment