Monday 22 July 2013

Kau memamg tak pernah puas kan?

sesungguhnya pada kali ni den nak mengutarakan sebuah entry yang ideanya guwa ciplak sikit ala-ala islamik untuk renungan kita bersama

"alaa, entry islamik ke hari ni, hurmm, bosan nya" getus beberapa hati2 itam sehitam hati si perokok

haaa, tak suke la tu, kalau entry islamik2 sket je malas nak bace kan kan kan?nak aku pukul ?bace bagi abes, xkan tiap2 hari aku nak sogok ngan entry gelak ketawa dan mengkritik . sape tak bace taknak kawan.

*********************

"bahagia belum tentu tersimpan di dalam istana nan megah"


begitula kata-kata pujangga dari nenek belah emok den yang lahirnye di korea selatan(nampak sangat bohongnye) yang sering terngiang2 di benak kepala den sejak dari dulu lagi.


"jadi mane letaknya bahagia kalau takdo  istana?" soal ustazah  jiwaUs kepada pelajar2 nya

"bahagia tu bile kite mengadakan hubungan kelamin dengan pompuan sexy..!!" jerit satu suara kat blakang.

i guess u all boleh agak sape punye jawapan tu kan?


berbalik kepada soalan mengenai kebahagian, kebahagian pada den bukan la satu perkara yang subjektif sebagaimana subjektif nya kecantikan. kebahagian mampu dikecapi dan dimiliki segenap insan andai kita tahu methodnya.


"kebahagian adalah satu kepuasan"


Den yakin bebenorla, majoriti dari kita, makhluk yang bergelar manusia, tidak pernahnya puas dengan apa yang kita miliki, setiap perkara pasti dirasakan adanya kekurangan, kureng chantik, kureng popular, kureng duit serta kureng ajar.


andai begitula sikap yang sering kita zahirkan, percayalah yang kita tidak akan pernah bahagia, selamanya. bak kata nenek den, selamilah dasar hati anda yakin serta percayalah yang kebahagian itu dizahirkan atas sifat REDHA, ianya bagaikan KOOLfever yang menyejukkan kepala kanak yang demam, umpamanya payung dikala teriknya mentari dan sepertinya aircond hitachi yang mendamaikan disaat isu pemanasan global.






"REDHA"

"macam mana nak redha tu ustazah" soal maimunoh aweknye si meon.

"yakinila, segala apa yang anda miliki, adalah sebaik-baiknya untuk anda kerana Allah maha mengetahui segala apa yang tersirat dan telah ditentukan apa yang terbaik bagi kita. Dia yang memilih yang Maha sempurna aturanNya, yang suci dari cacat cela atas segala pentadbirannya"


"ketiadaan sifat redha dalam diri mengundang kesengsaraan. hidup penuh ketidak tenangan, di selubungi rasa takut, benci, amarah"


kesimpulan : kebahagiaan itu kepuasan, kepuasan membawa kepada kebahagian, kepuasan dicapai dari keredhaan, dan kebahagian itu tercapai jika dan hanya jika kita mula redha dengan segala yang capai dan perolehi



Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

No comments:

Post a Comment