Sunday 14 July 2013

handphone pertama dan hari ini.

Tengah skodeng semut semut jalan terkedek kedek..aku mengikut perjalanan mereka,. barangkali mungkin mahu balik rumah untuk bersahur bersama sama famili beliau kot. 
perjalanan dorang terhenti di celah kotak kotak yang bertimbun tinggi di dalam bilik aku. 

habitat dorang terbina di sebalik harta karun aku
ohh..di sini rupanya rumah dorang. rasa nak caci maki jer. tapi kan kuruh plak pahala puasa aku.
baru sahaja nak menjadi pengacau bilau.
rasa sebak je ati mahu meruntuhkan mahligai dorang. tambahan pula, kerana dorang la aku terjumpa harta karun ku yang bernilai ratus ratusan juta tahun.
















ini lah harta pertama yang aku dapat setelah memasuki alam remaja. tak silap aku tahun 2006. ni pun dapat cilok dari abang aku. waktu tu baru lepas SPM. zaman aku dolu2 mana orang sibuk dengan handphone macam zaman sekarang ni. siapa siapa yang ada handphone tu memang dilabelkan sebagai anak tokey balak. nak buat macam mana, harga sebijik handphone nak cecah ribuan ringggit.padahal handphone takdenye touch screen bagai..kaler pun kuning itam je.

kerana handphone ini jugak aku mula wat perangai yang bengong bengong, belek majalah ulya sekolah aku, kacau bekas ketua sekolah aku yang sekarang merangkap menjadi atuk superman aku.



















oleh sebab keypad handphone motorola yang kat atas tu keras kekong macam tekan pusat lembu dan rasa tak puas ati nengok abang aku dengan handphone lipat beliau , maka bermula lah perangai nak menggedik dengan abang aku. setelah berhempas pulas memujuk mengoda abang . handphone samsung lipat yang ada  camera digital tertukar tangan. memang seronok sakan la. siap bergambar wat muka muncung macam muka tenggiling. rasa bangga gila ah.

namun kebahagian tersebut hanya sekejap cuma. handphone tersebut menjadi arwah oleh sebab aku tertido di atas beliau sambil tekak beliau terbuka luas. memang tragis la..tak semena mena, aku mendapat dua handphone dalam satu hari. 

lepas ajo handphone tu rosak. aku guna yang public phone.

waktu tu tak seksa sangat nak guna public phone tak macam harini. lagipun siapa la aku nak contact, bukan ada balak pun time tu. guna public phone tu pun atas tujuan nak call ma abah..hari ini, vandalisme berluasa.  pi public phone, ganggang sahaja yang ade. kot ye pun nak mencuri duit syiling..agak agak le.. nak call ma abah cakap tercirit pun dah susah. hmmmm.


setelah dua dekad aku mencilok handphone abang aku, aku tanam cita cita untuk mendapatkan haandphone sendiri menggunakan duit sendiri. bermula lah kisah aku berkerja sebagai cashier di salah sebuah gedung mini market di kampung aku. niat utama bukan handphone okies. 

maka, dengan sisa sisa baki simpanan duit aku, aku mengusha usha la handphone kat kedai bersama abah aku. waktu tu aku gitau abah aku nak handphone yang ada kaler kaler, tak nak kaler kuning itam je. ada radio, senang nak hilangkan kebosanan. dan akhirnya aku nak angkat la handphone yang aku idam2 tu. tapi boleh plak abah aku cakap tak payah beli. handphone tu takde special apa apa pun.. rasa nak memberontak depan kedai terus. balik umah terus masam mencuka. dalam hati siap cakap " ah, bukan nak guna duit abah pun!" agak kurang ajar jugak aku time tuh.

merajuk punya pasal, aku cakap ngan abah aku pun nak tak nak je. 
 
namun, petang  keesokkannya setelah abah aku pulang dari kerja, abah meminta aku mengambil sesuatu di dalam kereta, dengan perasaan yang malas dan geram kat abah, aku pi la jugak amik. tekejut dok soh nak cakap la. sambil kua air mata. abah aku beli handphone kat aku. walaupun tak macam yang aku tunjuk kat beliau semalam, lagi better, dengan screen handphone yang agak besar sedikit dan function handphone pun lagi bagus dari yang aku nak.

abah cakap "abah saja je tak nak kasi anak abah beli handphone semalam. sebab abah dah niat nak beli kat anak abah ni sempena result exam tu"

lagi lah aku terharu biru dengan perasaan bersalah yang amat meluat luat. kerana handphone aku hampir nak jadi anak yang kurang ajar. nauzubillahi minzallik. astaghfirullah. 


















 

memang agak lama jugak la aku guna handphone ni. dapat pulak dari abah yang tersayang dengan cara yang surprise sangat sangat la..memang sayang bebenor. sampai sekarang simpan lagi walaupun screen handphone ni bermasalah.

pastu mula la rasa nak ikut rentak peredaran zaman, nak handphone konon kononya canggih,. dengan menggunakan duit simpanan aku, maka pada tahun 2010. pertama kali dalam hidup beli handphone jenama csl. ni pun lepas kena bodek ngan kawan aku. cakap handphone ni best kaw kaw la. padahal macam hareeem..















body bukan main lawa. harga pun boleh tahan la. tapi bila guna, jari rasa macam kena plaster dengan konkrit je. keypad keras bukan main lagi. dah beli, nak track in balik dah tak laku. guna jela selagi beliau boleh guna. sampai aku punya balak slalu marah marah .apasal lambat balas mesej?? lepas tunjuk kat beliau yang handphone ni boleh buat baling lontar peluru. maka beliau pun kasi la aku guna handphone beliau.





ibarat seperti perempuan yang mata duitan. aku guna lah handphone beliau tu macam harta sendiri. last last handphone tersebut rosak di tangan aku sendiri. hampir dua tahun jugak la aku guna.



















pastu aku beli handphone baru. time ni aku dah kerja, memula beli handphone samsung lipat ni. aku tak usya lebih lebih pun. sebab niat nak guna wat call dan mesej sahaja. malas nk gps ke, mms ke, mp3 ke mp4 ke...tapi tula..otak tak pikir panjang,..camera digital aku wat hal...nak amik gambar kat site punya la bermasalah..

waktu tu hujan renyai renyai, dapat pulak call dari client aku suruh pi check umah dorang. ada problem dan complain cikit.urgent kata beliau. dengan merempit bersama sama dengan adik aku, pi la sane. nak amik gambar nak wat bukti, takde camera,. guna handphone adik aku, tapi gambar pecah. nasib engko la minahhh..



terus pi ajak adik aku pi mall..terus beli handphone yang ada kamera. cari yang murah murah sudah. asal buleh amik gambar. malas nak pikir pikir function lebih lebih. 

huiii..banyak jugak koleksi harta karun aku nih..nak simpan sume sume. mana tau boleh tunjuk kat cucu cicit aku. kalau sempat la.. mesti tersembol bijik mata dorang. agak agak tahun cucu cicit kita nati handphone mana macam ek?? ke yang jenis 3310 keluar balik?














No comments:

Post a Comment