Sunday 28 July 2013

si buta huruf siri 2

pagi tadi selepas sahur.
sambil duk tunggu azan subuh,
aku online la jap.
ada la mesej dua tiga ketol kat inbox.
salah satu dari atuk superman respon cerita si buta huruf.

'alhamdulillah, besar pahala mung.
P/s: kalo dia single lagi, bagitau aku yea'

yang P/S tu ....=.=

lepas seminit aku balas.
dua tiga minit dia balas. awal betol dia bangun..haha
beliau pun duk bercerita pasal ujian tilawah kat yu ai eee em

****
dulu dulu masa aku kat yu ai eee em
iklan sattt

student yu ai eee em wajib kena jalani ujian tilawah dan hafazan quran sebelum nak tentukan diri kitorang ni layak masuk kelas tilawah atau idak.
masa tu memang aku nak sangat join kelas tu.
khabar angin kelas tu best sangatt..
yang pasti ada ustaz2 hensem2.

aku ingat lagi
ujian tilawah aku kena baca surah al-hasyr dan
ujian hafazan surah an-naba'

apa lagi, aku baca la.
selesai baca ustazah yang soal aku tu senyum je.
aku pikir, aku lulus la..

tapi sistem yu ai eee em ni lain...
Lulus --> exempted dari amik kelas tilawah
Gagal --> kena amik kelas tilawah sama ada 1 atau 2
haihhh...frust tertonggeng jugak la.
kalu aku tahu pihak unibersiti mengamalkan sistem songsang 
lbh baik aku diam bila disoal.huh

***

back to superman punya story
superman share la pasal cerita rakan sekelas beliau yg sama macam cerita aku.
see..
ramai jer yang tak pandai baca quran
entah2 korang yg duk bc entry ni masih terkehil kehil lagi nak bc quran
dan tak semestinya qari qariah yg menang peringkat antarabgsa sudah ckup ilmu dorg.
belajar dan terus belajar.



p/s: Kita x boleh paksa itik lompat macam kanggaro. sbb memang itik akan tetap jalan kedek kedek. tapi kita boleh support dia untuk terus berjalan. Mungkin di atas darat dia jalan slow. cuba letak dalam air. laju dia berenang. tapi kanggaro mesti lemas. 

So life is about we are complement to each other. Cool 






















No comments:

Post a Comment