Friday 26 July 2013

Kisah benar: si buta huruf

Sempena cuti Nuzul Quran, aku ingin kongsikan tips anak bijak al-Quran berdasarkan pengalaman aku mengajar al-Quran selama 3 tahun di Yu Ai Eee Em. Ceh bajet macam tok guru professional ajo.

*****

Sebelum aku mengenal beliau, beliau adalah seorang yang tidak tahu mengaji. aku menemui beliau di satu sudut di dalam sebuah surau dengan keadaan tertukup muka. 


"Sis, apasal duduk begini?" -aku menegur


dipandang aku seperti melihat pocong. terkejut barangkali

setelah mendengar rintihan beliau yang asal dari famili yang tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Allah. 

aku menarik tangan beliau, membawa ke tempat wudhu'

"nak jadi bersih, kene bersihkan diri dulu"


di surau kecil itu, aku mula mengajar beliau cara berwudhu. agak kekok aku melihatnya,


setelah mengajar cara bersolat dua rakaat. aku mengambil muqadam dan duduk bertentangan dengan beliau. 

dia hanya tunduk. 

"saya malu. dah besar tapi tak pandai membaca quran"


"takpe..nabi muhammad asalnya dahulu pun tak pandai membaca jugak.buta huruf." -aku menjawab



sepertimana al-quran diturunkan secara berperingkat peringkat.

di situ juga aku mengajar beliau cara mengenal huruf huruf, baris baris, tajwid secara perlahan lahan.
bagi yang tak pernah membaca al-quran, memang agak susah.

teringat aku semasa kecik.

iklan sat

ma abah aku menghantar aku mengaji quran seusia umor 5tahun.

aku menangis mahu pulang ke rumah sebab tidak tahan di rotan oleh tok guru aku oleh sebab tak pandai nak menyebut huruf ra' dan perkataan Allah. kecik lagi. lidah masih pelat.

tapi biasa lah dahulu kala, kalu kat tempat mengaji kene pukul

balik rumah kena tambah lagi
tak macam sekarang
sistem pendidikan sekarang tidak sama.

tak tahan asyik kena pukul, setiap petang sambil bermain main, aku akan menyebut huruf ra dan Allah secara berkali kali. sehinggalah aku mampu menyebutnya dengan baik.


sama seperti sahabat aku. dia ibarat seperti budak kecil.-->tapi aku takdelah nak rotan macam tok guru aku dulu.

cara didikan berbeza mengikut usia.

sebutan beliau yang pada mulanya agak susah disebut.akhirnya lancar.


bak kata pepatah


berakit rakit ke hulu

berenang renang ke tepian
berpelat pelat dahulu
bermantop mantop kemudian.


***


dan hari ini, beliau 

bekas anak murid aku sudah selesai menghafal 2 juzuk minggu ini 




Rahsia anak bijak al-Quran mengikut prof madya jiwaUs,
ialah kegigihan ibu bapanya. Ibu bapa mestilah bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mendapat pendidikan al-Quran terbaik, berbelanja lebih utk hantar ke pusat pembelajaran al-Quran terbaik atau kelas tambahan al-Quran, berkorban menghantar anak ke kelas-kelas al-Quran, meluangkan masa menyemak kemajuan bacaan anak-anak, mendisiplinkan anak-anak untuk membaca al-Quran setiap hari, dan mendoakan anak-anak agar mampu menguasai al-Quran.

"Pandangan saya, ibu bapa yang gigih memastikan anak mereka cemerlang al-Quran, Allah akan kabulkan keinginan mereka dan memberikan anak yang cemerlang al-Quran. Pendidikan al-Quran memerlukan bi'ah solehah suasana yang baik, dan itu adalah tugas ibu bapa menyediakannya dan memastikan sekolah atau pusat pembelajaran yang ada suasana seperti itu. Anak-anak biasanya akan mengikut sahaja seperti mana yang diaturkan oleh ibu bapa. Adakah anda rasa seorang anak 5 tahun boleh membuat keputusan sendiri samada mahu mempelajari al-Quran atau tidak? Tentulah itu tugas ibu bapa. Saya sendiri mempelajari al-Quran berdasarkan keputusan-keputusan yang abah saya tentukan dalam sejarah pendidikan saya." jelas Prof Madya JiwaUs dalam sidang akhbar the-jiwa. ;P

Dewasa ini kita lihat ibu bapa berhabis-habisan mahu memastikan anak cemerlang dalam pelajaran untuk manfaat dunia yang sementara, sedangkan pendidikan al-Quran akan memastikan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Benarlah hadith nabi saw:

“Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah-rumah kamu di dunia ini."
Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud




No comments:

Post a Comment